Resepi Agar-Agar Berhias aka Pelangi Mudah dan Sedap

Salam hujung minggu.. Cik tom nak share Resepi Agar-agar Berhias aka Pelangi Cara Yang Mudah Dan Sedap. Resepi ni emak cik tom yang ajarkan. Famili cik tom paling suka buat dan makan agar-agar ni terutamanya masa bulan puasa. Sejuk-sejuk rasa bila makan. Resepi nak buat agar-agar ni mudah je bagi korang yang nak cuba jugak. Kat bawah ni gambar agar-agar pelangi yang dah siap cik tom potong dan sedia untuk dimakan.


Bahan-Bahan Resepi Agar-Agar Berhias aka Pelangi;

7 cawan air
2 cawan gula
1 cawan susu cair
1 sudu perasa vanila
1 peket agar-agar
3 biji telur ayam
1 biji limau nipis diperah dan diambil airnya

Cara-cara Membuat Resepi Agar-Agar Berhias aka Pelangi;

1) Agar-agar dicuci bersih.

2) Agar-agar yang siap dibersihkan dimasak ke dalam periuk yang berisi 7 cawan air.

3) Apabila sudah hancur, masukkan gula.

4) Bila sudah masak, angkat adunan agar-agar + gula dan sila tapiskan.

5) Kemudian, masukkan merah telur dan susu serta air limau dan vanila.

6) Selepas itu, masak adunan itu kembali dengan menggunakan api perlahan. Kacau adunan agar perlahan-lahan sehingga mendidih.

7) Sesudah mendidih, adunan agar2 diangkat dan disejukkan ke dalam acuan. *jika tak nak letakkan warna.

8 ) Sekiranya ingin letakkan warna, bahagikan adunan itu kepada 4 bekas. 1 bekas untuk warna asal tanpa diletakkan apa-apa warna. 3 bekas lagi di campur dengan warna kuning, merah dan hijau.

9) 3 bekas yang dicampur dengan warna disejukkan dalam peti supaya lebih cepat keras. 1 bekas tanpa campuran warna dibiarkan diluar.

10) Apabila 3 bekas itu sudah keras, sila potong secara empat persegi kecil sebesar anak jari.

11) Letakkan/ tanamkan kesemua 3 jenis warna agar yang dipotong ke dalam agar yang tidak diletakkan warna.

12) Sejukkan agar-agar ke dalam peti. Apabila keras siap untuk dipotong dan dimakan.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

56 thoughts on “Resepi Agar-Agar Berhias aka Pelangi Mudah dan Sedap

    • May 3, 2011 at 9:34 pm
      Permalink

      memang sedap…emak taufiq mesti suka…bagi la resepi ni.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  • April 30, 2011 at 12:55 pm
    Permalink

    tgk macam sedap jer.. nk buat xmau.. Cik Tom wat kan utk kami smua d sini la.. hahaha.. btw, teringin lak nk guna hosting sndiri utk blog Putera yg satu lg.. hmm
    Jom baca entri terkini Putera Helmei …Putera Dapat Anak LagiMy Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 9:33 pm
      Permalink

      insyaallah kalau pi gathering boleh la bagi…hehee….
      ok guna hosting..seronok..jomlah berhosting…xpun jom cuba giveaways cik tom..mana tau bertuah leh menang hosting..huhu

      Reply
    • May 3, 2011 at 9:31 pm
      Permalink

      salam..yup betul..memang sedap dan sejuk rasanya…tapi cik tom biasa buat tak manis sangat…sbb kurang suka rasa manis2..hee

      Reply
    • May 3, 2011 at 9:29 pm
      Permalink

      cubalah resepi ni rahmad…memang best..heee

      Reply
  • April 30, 2011 at 1:32 pm
    Permalink

    wah..sgt sesuai utk dibuat dan dibawa esok ke kuantan…wahahahhahahaa..

    akak tggu cik tom ngan yaty tau….xdtg akak majukkkkkkk
    Jom baca entri terkini sarahnajwan …-BLOGGER KUANTAN-My Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 9:03 pm
      Permalink

      sori ye akak..cik tom xdapat pi kuantan aritu…

      Reply
  • April 30, 2011 at 2:02 pm
    Permalink

    heeeeee..nak atekk:)

    ciktom nak g kuantan ke?
    Jom baca entri terkini echah mashuri …dah habis exam!-My Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 8:45 pm
      Permalink

      cik tom xgi kuantan sebab ada hal…echah gi x?hee..

      Reply
    • May 3, 2011 at 8:38 pm
      Permalink

      aah tapi aritu puding…xleh nak challenge mat gebu…mat gebu pandai memasak…cik tom beginner je..

      Reply
    • May 3, 2011 at 8:13 pm
      Permalink

      hi zaty…busy ker lama xnmpk..hehee….
      saja perubahan baru lepas berhosting..hehe
      jom la cuba resepi ni..sedap!

      Reply
  • April 30, 2011 at 7:01 pm
    Permalink

    cewwah..ciktom,pasni leh la wat blog resepi lak. mesti ciktom ni pndai masak kan?????
    Jom baca entri terkini mish …Entry TertekanMy Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 8:12 pm
      Permalink

      heheh..cik tom xpandai masak…tau basic je…ni pun cik tom share resepi kek dan puding je..kalau lauk2 surrender kot..kui3 ;p

      Reply
    • May 3, 2011 at 7:56 pm
      Permalink

      blog lama tapi cik tom tukar hosting yang baru…skang guna platform wordpress..bukan lagi blogspot…

      Reply
    • May 3, 2011 at 5:41 pm
      Permalink

      sebab comel la rasa nak makan lagi mar..hehe..
      jom la cuba resepi agar-agar ni..mudah je..

      Reply
    • May 3, 2011 at 5:31 pm
      Permalink

      memang…cik tom pun suka makan waktu bulan puasa…rasa sejuk2 je…

      Reply
    • May 3, 2011 at 5:28 pm
      Permalink

      memang sedap dan mudah je kalau shamizu nak cuba..owh org kelantan ker?cik tom bukan orang dungun tapi marang..hehe…erm cik tom panggil agar2 je…xtau la kalau ada nama lain..hehe

      Reply
  • May 1, 2011 at 6:00 am
    Permalink

    warna warni gitoo..sedapnya =D
    Jom baca entri terkini ha.s …HotMy Profile

    Reply
  • May 1, 2011 at 8:46 am
    Permalink

    Tom..namapak sejuuukkkkk jer..pos kat akak siket….:)

    *bila Tom buat entri masak-masak macam ni kan, akak rasa macam tak lama lagi Tom nak dipinang orang…*:D..gurau jeee… ( doa, doa, doa..)
    Jom baca entri terkini Cikgu Nurin …Atas Nama Saya yang Menurut PerintahMy Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 4:57 pm
      Permalink

      kalau boleh pos memang ciktom pos kat akak..tp agar2 ni bukan jenis yang kering boleh pos..hehe

      *cik tom memang tgh bersiap sedia kalau ada sesiapa nak meminang ni..hahaha…

      Reply
  • May 1, 2011 at 9:15 am
    Permalink

    hidup kalau cuma nak makn memang susah kan?sy kuat makan,tapi badan tak gak besar2..ehheee

    *tak pos pun tuk kita,kuih raya je la sy nak cik tom..heeheee

    Reply
    • May 3, 2011 at 4:55 pm
      Permalink

      cik tom dah tau achie slim walaupun makan banyak..eleh aritu tipu cakap gemuk..hehe..
      nak kuih raya mai umah..agar2 ni mana leh pos..basi nanti …ni bukan kuih tau

      Reply
    • May 3, 2011 at 4:54 pm
      Permalink

      yup setuju agar-agar ni memang best…sejuk rasanya bila baru keluar dari peti..hee

      Reply
    • May 3, 2011 at 4:49 pm
      Permalink

      ala apa susah..belalang suh je mrs belalang yg masakkan…tue cik tom siap bagi resepi lagi tue..hehe…
      ok nanti cik tom cuba join ye..sebab dlm kepala skang dah ada 2 contest nak join jugak…huhu

      Reply
  • May 1, 2011 at 6:22 pm
    Permalink

    eee sedap la ciktom! singgah sni ๐Ÿ˜€
    dah sangat la x jenguk teratak cik tom ni..rindu rsanya ๐Ÿ™‚
    Jom baca entri terkini kira kekuri …Contest Semua Tentang 4My Profile

    Reply
    • May 3, 2011 at 4:18 pm
      Permalink

      tenkiu sudi jenguk cik tom..ingat jugak kt cik tom ek..hehe…
      memang sedap..cuba la buat..

      Reply
    • May 4, 2011 at 3:02 am
      Permalink

      cuba jangan tak cuba…kalau dah cuba mestilah menjadikk..

      Reply
  • August 20, 2011 at 11:37 am
    Permalink

    nk tnye..agar2 brp gram agknye ye?slalu buat jd peroi

    Reply
    • August 23, 2011 at 3:16 pm
      Permalink

      yang agar2 tue cik tom guna 1 peket…lupa plk beratnya..maybe 20 gm or 200 gm kot…cap burung layang2..

      Reply
  • December 27, 2011 at 8:06 pm
    Permalink

    sedap kan agar2 niey ciktom

    Reply
    • December 27, 2011 at 8:44 pm
      Permalink

      agar2 ni memang sedap makan…sejuk je rasanya..

      Reply
  • December 31, 2011 at 5:28 pm
    Permalink

    salam cik tom…nak tnya…merah telur tu apa ke kuning telur tu yang dimasukkan dalam agar2 yg da siap td…pastu nak tau telur tu kacau dulu ke seblum masukkan dalm agar2 tadi atau masukkan je telur tu…..thanx..

    Reply
    • January 1, 2012 at 11:03 am
      Permalink

      salam cira..merah tue yup kuning telur..aah telur tue kacau dulu sebelum masukkan dalam agar2..selamat mencuba =)

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE