Pengalaman Bercuti di Pulau Redang
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…
Cik tom nak share cerita pengalaman cik tom pergi bercuti di Pulau Redang Pulau Tercantik di Malaysia pada bulan lepas. Masa cik tom pergi bercuti di pulau redang pada 13/3/2011 juga bersamaan dengan tarikh berlakunya tsunami di Jepun. Memang berdebar jugaklah sebab pada malam kejadian kitaorang diingatkan berjaga-jaga sehingga pukul 4 pagi oleh polis marin pulau redang. Malaysia dikhuatiri turut terkena tempias Tsunami Jepun terutamanya kawasan persisiran pantai. Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Cik tom sangat kagum dengan keindahan pulau redang, pasir pantainya halus memutih dan air laut yang berwarna biru lembut sangat jernih sehinggakan nampak batu karang yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan dan juga terumbu karang. Betapa besarnya kehebatan Allah.
Hari pertama cik tom dan kawan-kawan sampai ke pulau redang, aktiviti snorkelling petang tu tergendala oleh sebab ombak laut yang bergelora. Jadi kitaorang tukar kepada aktiviti jungle trekking. Sepanjang perjalanan jungle trekking takde apa yang best pun sebab mendaki bukit biasa je. Tapi… SubhanaAllah bila kitaorang sampai ke puncaknya, pemandangan pulau redang dari atas bukit memang tersangat indah. Rasa berbaloi hampir sejam lebih mendaki.
Pada keesokkan harinya, air laut sudah sedikit tenang dan kitaorang ambil keputusan untuk meneruskan perancangan snorkelling di Pusat Taman Laut, Pulau Redang. Memang seronok snorkelling di taman laut sebab kita boleh bagi ikan tu makan roti. Kalau datang ke sini jangan lupa bawa roti sekali ye. Terdapat pelbagai jenis warna ikan yang berwarna-warni dan cantik yang berebut-rebut nak makan roti kat tangan. Tapi sayang cik tom takde ambil gambar bagi makan ikan. Untuk gambar bagi ikan makan, cik tom pinjam gambar dari blog alami terengganu.
Pada sebelah petang pulak, sepatutnya kitaorang pergi snorkelling lagi di Pulau Kerengga tapi terpaksa dibatalkan disebabkan air laut kembali bergelora. So, kitaorang teruskan dengan plan B iaitu bermain bola tampar pantai, bina istana pasir dan bola bayang (ada yang panggil bola tengah dan ada juga bola beracun). Bagi bina istana pasir, kitaorang buat pertandingan kumpulan mana yang paling cantik istana pasir dan 5 bungkusan hamper hadiah disediakan bagi pemenang.
Waktu malam paling best dan happening untuk aktiviti barbeque dan majlis pengumuman pemenang dan seterusnya bagi hadiah. Lepas tue, plan untuk sesi berkaraoke tapi rupanya alat karaoke rosak. Banyak jugaklah kekurangan kat tempat ni sebab resort bajet murah. Perkara yang dijanjikan pun tak berapa nak sama dengan quatation. Pastu banyak pulak pusing fakta kepada auta. Huk3…
Esokknya kitaorang pun balik tapi banyak juga masalahnya dengan bot rosaklah. Dijanjikan balik pukul 10 pagi. Alih-alih bot rosak pulak. Dekat pukul 1 tengahari baru naik bot nak ke Jeti Pulau Redang di Merang, Setiu. Cik tom cadangkan korang pergilah bercuti ke Pulau Redang. Tempatnya memang best dan pantai pun cantik. Cuma cik tom serik je pergi dengan resort bajet murah ni sebab banyak masalah. Kalau nak pergi cubalah cari resort yang ternama dan berpatutan dengan pakej disediakan ye. Asalkan puas hati dan nyawa pun lebih terjamin. Huhu..
Kawan blogger cik tom, cik zara yang pergi sekali bercuti di pulau redang ada buat entry jugak pengalaman kitaorang bercuti di pulau redang; Pulau Redang Dan Tsunami Di Jepun (Bila Holiday Agak Tak Kena Masa).
Sharing is caring
argh!!! cantek giler pulak pulau ne.. ari tu dah g labuan, pasne pegi pulau redang pulak…set!!
Jom baca entri terkini gary …apasal blogspot ne nak carik gaduh ke!!
boleh..cik tom rekemen gary ke pulau redang..memang best dan berbaloi!
Subhanallah canteknya..berapa kali gak sblom ni plan nk g pulau redang, tp xjadi2..huuu..tgk gmbar kt blog ciktom pun jadi lah
Jom baca entri terkini ha.s …Hot
memang cantik..ni cik tom letak gambar kecil je dan xberapa jelas..kalau gambar guna dslr lagik cun…hehe….cik tom rekemen has pi bercuti ke pulau redang..memang berbaloi..
mc, best je..sy org terengganu sendiri’p belom pernah sampai ke pulau redang tu..hehe
mmg best..orang ganu kena pergi..baru boleh cerita kat org lain..huhu
cantiknyer….akak lum pernah gi lagi.huhu..nak gi jugakkkkkkkkk
Jom baca entri terkini lydia miza(aidyl azim) …Hari Ini Pizza
jom akak pergi lepas akak bersalin nanti ye…hee
belum pernah sampai lagi ke pulau redang…
boleh la try bercuti kesana nanti…
Jom baca entri terkini belalang …Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100
boleh nanti pertengahan tahun pergi bercuti kat pulau redang..memang best…bawak mrs dan belalang junior ye..hee
assalam ciktom… waahhh syoknya dapat mandi-manda kat pulau…itulaa, hari yg sama dgn tsunami…alhamdulillah ciktom selamat…
Jom baca entri terkini AdamXis …►Buletin – Selamat Hari Pekerja 2011
wsslm adam..memang syok mandi kat pulau…lain perasaannya..hehe…tue la alhamdulillah semuanya selamat..hee
subhanallah, cantiknya pemandangan kat situ..bestnyer dapat pi
Jom baca entri terkini emieysandra …buwerkkk!
memang cantik..pergilah emiey..ajak kawan2..memang berbaloi sbb pulau redang ni cantik!
ciktom!!! jom pergi perhentian pulak. tapi kali nih takpe lah kalo mahal sikit. serik dah kalau resort gini. tapi awesome jugak. pengalaman lain dari lain. ye lah. siap ada jaga2 suma. fuh. tp takot gak.
best best! best sebab pegi ngan korang-korang je aa. hehehhe
Jom baca entri terkini zaradgreat …kuala terengganu- remis ke remih tak tahu eja macam mana
setuju2..jom pakat gi geng kita 4 orang nak?cik sue, mek, zara n ciktom..best jugak tue..nanti kita plan terbaik punye..hehee
wah bestnya cuti2 ke Pulau ni kan..Ellen jarang ja nak ke Pulau..takut naik bot..miahahaa…
Jom baca entri terkini ellen …Hadiah Perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton
memang best pi pulau ellen..jom la lain kali bercuti di terengganu pulak…hee
ramainye yg pegi..bestnye tgk cik tom ngan kwn2..dh lama teringin nk pegi pulau redang tp salu x jd..huhu
satu kelas…cik to cadangkan dyla pergi..memang best..tapi kalau boleh pergi dengan pakej yang puas hati…macam pakej cik tom pergi ni kurang sikit…hehe
wow best! aku x pernah lagi pi sana.heheh..teringin maw p laut..:)
Jom baca entri terkini kira kekuri …My Will Nostalgia habis!
pergi la bercuti dengan family kat sini..memang best dan berbaloi..
walaupun duduk kat terangganu tapi tak penah sekali pun pegi pulau redang… naik bot lalu tepi pulau redang penah la tapi tak singgah pon…huhu..bila la dapat pegi ni…
Jom baca entri terkini SyafzMagz …Kempen Jom Mengaji – Sambil online sambil mengaji
nanti time cuti sem trylah pergi bercuti pulau redang..kalau xtidur pun pergi pagi dan balik petang..just pergi snorkelling kat taman laut pulau redang…
waaa…KLMJ…hehehe. teringat kenangan mase dip dulu pergi pulau nie…^_^
Jom baca entri terkini MatGanu …Jom kenali anak keDUA
baru faham baca entry KLMJ..hehe…best kan pergi pulau redang..berbaloi..
teringin nak pegi ciktom,tapi tak berkesempatan ni..heheeee
takpe nanti amik cuti akhir tahun boleh pergi bercuti pulau redang..memang best!
Bestnyaaa 🙂
Miza tak pernah sampai lagi kesini.
Jemput ke:
1. Blog Miza Yusof
2. Miza Yusof & Photo Blog
Jom baca entri terkini Miza Yusof …BERSANTAI DI TEPI PANTAI
memang best..jom la holiday kat sini..
cik tom ^_^
rindunye nk g pulau redang
best gila tempat tu. :))
Jom baca entri terkini Puteri Iqa Izyan …Kalau Bercakap Tu- SETAN kan
hi iqa..lama giler xjenguk blog iqa..harap2 iqa sihat ye…best kan gi pulau redang ^_^
wahhh.. bestnye cik tom bercuti.. alhamdulillah, takde apa2 yg tak diingini berlaku.. teringinnye nak ke Pulau Redang… nak plan la suatu harii nnt akan sampai juga ke sana… hhhehe… =)
memang seronok..anna ajak la famili atau kawan2 pergi sana…memang berbaloi!
Terlihat keren … Malaysia benar-benar indah ..
Jom baca entri terkini Maria …French Manicure Long Nail Art
yup malaysia memang indah!
tgk gambar pun dah nyaman dah..bila nak dapat pi sana tak tau heeeee
Jom baca entri terkini nuriz …Akasia Nora Elena Tv3
nyaman kan tengok gambar ni..tengok real lagi best…pergi la time holiday nanti dengan family!
Seronoknya~~wyna cuti haritu g PD..bestx3 😀
ada tag utk Cik Tom 🙂
http://wyna95nubies.blogspot.com/2011/05/pencarian-blog-putera-dan-puteri.html
wah PD..best jugak tue kan..
tenkiu tag..nanti cik tom jenguk ye sbb blogger problem kan skang..
waaa…sonoknyaaa ciktom pi melanconggg..huhuhu..
teringin nak pegi lagi..hehehe…best kan snorkling kat sana. mish suka kayak. sukaa sangat2..:)
Jom baca entri terkini mish …Nuffnang- i want more nak curang ke tak eh
memang best snorkelling..mish dtg la holiday sini utk masa akan datang..memang best!
Salam ciktom. Sihat ker? Akak tak penah pegi Pulau Redang lagi. Suami susah nak turun belah pantai timur. Lagipun kami duk berulang ke Langkawi saban minggu. Itu yg tak de rasa nak pegi pulau2 lain.
Masa kejadian tsunami baru2 ni pun kami seronok naik bot. masa tu tak tau apa2. Bila naik darat baru kecoh2 berita tsunami melanda Jepun. Alhamdulilah tiada kejadian buruk berlaku di langkawi masa itu
Jom baca entri terkini mekar …“Kelemahan” Roti Putih pada Kesihatan
salam akak…ciktom xsihat mana..skang demam..huk3..
owh akak pun tak tahu time tsunami tue ek..
alhamdulillah la kita semua selamat..
pulau-pulau belah laut cina selatan memang la cantik-cantik sebab laut dia luas tak macam selat melaka, dh la sempit sebuk ngan kapal lak tu…gambo underwater xder ke?
Jom baca entri terkini hakmi …Filem Kongsi di pawagam 12 Mei
yup memang cantik..takde gambar underwater sebab takde kamera underwater..heee
Akak belum sampai lagi di Pulau Redang ni….nak juga ke sana suatu hari nanti.
Jom baca entri terkini akakcomey …Trans-Indonesia Ride 2010 – Day 1 Banda Aceh – Masjid Baitul-Rahman
akak ajak suami akak pi ride kat pulau redang pulak..eh tapi pulau ni kecik je…hee
resort pe ek cik tom nginap spnjg kt pulau redang…dn cntik x resort tu?
pergi haji kat mekah lagi bagus.
yup betul tue..kalau buat haji lagi bagus tapi belum berkemampuan ke arah tue..tapi still cik tom menyimpan duit utk pergi haji ke mekah sikit demi sikit dalam tabung haji..ni hanya sampingan dan aktiviti masa cik tom study..xkan xnak attend kan sbb fakulti dah bagi budget percuma pergi pulau redang.. 🙂
wah…berapa budget nak bercuti kat sana cik tom??mmg teringin nk pg sana..tp fulus je lah masalahnya…pg sorang2 tak best…konvoi ramai2 baru terasa..heheh
pakej yg ciktom pergi ni rm350..banyak pakej yang ada depend on budget kita..
salaam ciktom,
boleh tau nama tempat ciktom duduk kat redang? terima kasih.
salam smz..em xboleh bagitau kan xpasal2 kena saman..hehee…tapi better jauhkan tempat yang dalam pakej Rm400 ke bawah…sbb pakej yg ciktom dapat tue rm350..
Salam cik tom,saya nk tau jugak la nama resort yg cik tom duduk tu.. sbb saya nati nk gi hanimun kat sana ,takut tkene resort cik tom je.. bole emel kat saya?
Azuan6670@gmail.com
Terima kasih
ok…ciktom email.
slm..sy seorg runner pekej bercuti ke redang dn pulau sekitarnye
sesiapa yg bermminat nk ke redang dn ade pertanyaan sila call/wasap ke no ini..
wslm..jika berminat untuk beriklan di blog ciktom boleh klik pada tab menu-“hubungi”..