Salam ramadhan dan 1 Malaysia..Cik tom dah lama teringin nak belajar cara-cara buat apam polkadot yang comel ni. Baru terjumpa resepi apam polkadot ini dari website myresepi.com. Terus cik tom copy untuk share di blog cik tom untuk rujukan cik tom nanti sebab nak cuba resepi ini kat rumah sewa cik tom memang tak dapat la. Takde alat kukusan untuk kukus apam polkadot. So nanti 27hb balik kampung untuk raya nanti akan cik tom cuba resepi apam polkadot dan upload gambar share dalam entry. Resepi apam polkadot ni memang mudah disediakan dan testimonial dari ramai pembaca yang cuba resepi ini juga sekali cuba terus menjadi dan sedap! Update terkini entri ialah cik tom dah cuba sendiri resepi apam polkadot dan memang sedap!
Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Sumber asal resepi: shell@myresepi
UPDATE UNTUK TAMBAHAN DARI PENGALAMAN DAN PERTANYAAN PELAWAT BLOG CIKTOM!!!
Tips tambahan untuk buat apam polkadots.
1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). So cara untuk keraskan filling ialah first panaskan 1 sudu besar butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..
2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.
4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
5. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.
*Sesiapa yang nak copy resepi ini dipersilakan. Kalau nak copy masukkan dalam blog/ website, sila nyatakan sumber dari cik tom. Memang sumber asal resepi cik tom ambil dari shell@myresepi. Tapi segala ayat dan tips dalam entry resepi apam polkadot blog cik tom ini telah digubah mengikut kesesuaian, pengalaman dan ayat cik tom sendiri. Terima kasih.




dan kalo nk keraskan filling tu nk guna bpe byk marjerin? ciktom xde nyatakan.. ciktom juz nyatakan 1sudu besar tepung je….
boleh guna 1 sudu besar majerin..