Set pencuci muka bagus untuk jerawat

Assalamualaikum dan salam sayang.. Cik tom nak kongsikan set pencuci muka bagus untuk jerawat yang pernah cik tom pakai selama ni. Oleh sebab tips jerawat ni antara hot keyword dalam blog cik tom. Al-maklum tuan blog memang ada masalah jerawat semenjak dari akil baligh sehinggalah sekarang ni. hehehe…

Set pencuci muka bagus untuk jerawat

Cik tom akan share dari awal yang cik tom pernah cuba sehinggalah ke pencuci muka untuk jerawat yang paling terkini cik tom pakai sekarang.

Pencuci Muka Jenama CETAPHIL

Yang pencuci muka Cetaphil ni cik tom pakai lepas direkemen oleh pakar kulit terletak di bangunan DBKL. Lupa dah nama dan klinik doktor tue. Sekali pergi tak sah RM300-400. Nasib ayah bagi duit bayarkan. Cik tom sempat jumpa doktor tue 2 kali je. Rupanya dia bagi cik tom telan ubat mengandungi steroid. Tau sebab rasa pelik lepas makan then suh abang tanya kawan dia kerja doktor. Efek muka jadi takde jerawat, cantik dan tegang tapi banyak side effect buruk lain. Jadi cik tom stop.

Pencuci muka cetaphil.
Pencuci muka cetaphil. Sumber: Watson

Patutlah masa nak bagi ubat tue siap kena sign agreement bagai. Tak boleh mengandung la dalam tempoh 6 bulan lepas makan. Yang stop tu ubat makan.

Tapi cik tom teruskan je pakai Cetaphil ni beli kat farmasi, watson atau Guardian. Cik tom teruskan pakai dekat 2 tahun jugak. Tapi last cik tom stop konon harga agak mahal. Lagi pulak student je masa tue. Pakai cuci muka guna cetaphil ni kurang feel sebab natural produk dan tidak berbuih. Kadang-kadang rasa kulit muka macam tak cuci je. haha..

Untuk muka ada jerawat teruk memang recommend sangat bagus guna Cetaphil ni untuk kembalikan kulit pada aras normal. Tapi jangan pakai seminggu nak expect baik terus pulak. Makan masa jugak dik.

Pencuci Muka Jenama NEOSTRATA

Tak silap cik tom pencuci muka NeoStrata ni jenis gel dan likat pekat. Guna sikit je dah cukup. Satu botol tahan berbulan. Pencuci muka ni memang bagus untuk cuci muka sambil menghalang jerawat baru naik. Yang cik tom tak gemar bau dia kuat. Jerawat kurang naik tapi kesan yang tak best- keringkan kulit muka cik tom. Tak sempat habis satu botol tue cik tom tukar produk lain.

Pencuci muka NeoStrata
Pencuci muka NeoStrata

Cik tom dapat pencuci muka ni masa check dengan doktor kat Terengganu. Cik tom tak sure ada jual tak pencuci muka Neostrata ni kat farmasi. Korang boleh cuba cari.

Pencuci Muka Jenama CLINELLE

Yang pencuci muka Clinelle ni cik tom guna lepas disyorkan penjual farmasi. Permulaan cik tom beli starter kit untuk kulit berminyak. Korang boleh beli mengikut kesesuaian jenis kulit. Bila habis starter kit cik tom hanya beli dan pakai pencuci muka clinelle je. Yang lain tak pakai.

Starter Kit Clinelle untuk muka berminyak.
Starter Kit Clinelle untuk muka berminyak. Sumber: Watson

Bagi cik tom produk clinelle ni harga berpatutan. Pakai pun best je kat muka. Alhamdulillah sepanjang pakai memang jerawat jadi segan nak naik kat muka. Cik tom pakai bertahun jugak.

Tapi cik tom terpaksa stop pakai sebab kat tempat cik tom bekerja tue takde jual pencuci muka jenama Clinelle. Jadi terpaksa cik tom tukar kepada produk Safi Balqis Perfect 10 untuk kawalan minyak. Sadis yang tue je yang ada jual kat situ.

Pencuci Muka Jenama Safi Balqis Perfect 10

Permulaan terpaksa pakai pencuci Safi Balqis Perfect 10 untuk kawalan kulit berminyak. Masa tue duta produk Shila Hamzah. Alhamdulillah muka okay, kurang berminyak tapi takdelah tahap keringkan kulit. Muka pun tak naik jerawat kecuali musim tertentu atau makan seafood banyak sangat. Cik tom pakai pencuci, toner sekali dengan krim muka. Memang best. Sampai ramai tegur muka cik tom nampak perubahan ketara makin berseri.

Safi Balqis Perfect 10 Kawalan Minyak
Safi Balqis Perfect 10 Kawalan Minyak

Tapi sayang seribu kali sayang. Cik tom sempat pakai setahun je sebab lepas tu syarikat Safi hentikan pengeluaran Safi Balqis Perfect 10 ni dan keluarkan produk baru sekali dengan duta Hanis Zalikha iaitu Safi White Trilogy. Cik tom try la jugak beli produk pengganti yang baru tue.

Tapi langsung tak sesuai. Seminggu je cik tom pakai habis kulit muka jadi kering dan merah. Kulit jari tangan cik tom jadi mengelupas teruk (sebab gosok krim pencuci kat muka kan guna jari).

Pencuci muka jenama SEBAMED

Pencuci muka jenama Sebamed ni cik tom pakai lepas guna Hada Labo. Cik tom mula pakai akhir tahun 2014 sehingga sekarang. Masa mula2 nak beli tue ragu2 jugak. Kan kat botol tue tulis perkataan “TEEN” untuk remaja. Cik tom pulak time tu dah nak menghampiri 30-an. Tapi beli jugak sebab baca review ramai bagitau bagus untuk kulit berminyak dan ada masalah jerawat.

Starter kit pencuci muka Sebamed.
Starter kit pencuci muka Sebamed. Sumber: Watson

Cik tom beli starter kit punya dalam RM25++ camtu kat Watson. Dalam ada pencuci muka, toner dan gel jerawat. Lepas habis starter kit tu cik tom just beli pencuci muka jenis foam dan juga sabun.

Antara kedua tu cik tom paling suka pencuci muka foam sebab buih2 halus kan. Sabun dia pun best. Cik tom gilir2 pakai dua2 tue. Tapi sekarang ni cik tom dah malas pakai sabun. Just pakai pencuci muka jenis buih je.

Gambar bawah cik tom dengan adik bongsu ika. Muka kitorang tak pakai bedak dan pelembap bibir. Tue pucat je.Malas nak touch up pe sebab nak pergi umah abang dekat je ni.

ika bucuk

Pencuci muka jenama ZARRAZ

Yang produk ni cik tom tengah surveyy sekarang nih. Tengok testimonial yang ada masalah jerawat memang bagi feedback bagus. Jadi cik tom tengah berkira nak pakai produk Zarraz sekali dengan pakej lengkap 1 set.

Produk Zarraz
Produk Zarraz

Yelah almaklum dah berumur ni kena jaga kulit muka lebih2 lagi. Kolagen muka pun dah berkurang. Produk Zarraz ni ada jual online je setakat ni. Kalau korang berminat nak tengok testimonial boleh ke =>Website Zarraz

***************************************

Sebenarnya ada lagi produk lain yang cik tom pernah menggatal cuba tapi yang cik tom kongsikan dalam entri ni yang sesuai untuk masalah kulit jerawat dan produk yang agak lama cik tom bertahan pakai.

Antara produk lain yang seingat cik tom pernah cuba semenjak dari lepas sekolah ialah Hazeline, Tia Amelia, Sabun Al-Razi, Hada Labo dan Clinique.

  • Hazeline- stop sebab muka jadi bertambah berminyak bila pakai. bila berminyak makin banyak naik jerawat kat muka.
  • Tia Amelia- desas desus ada bahan terlarang jadi stop pakai. Masa pakai muka flawless la jugak. Lepas stop efek naik jerawat dahsyatt dari sebelum pakai…
  • Sabun Al-Razi- sempat cuba 2 minggu je sebab kulit jadi sangat2 kering
  • Clinique- tak sesuai. lepas pakai makin banyak pula naik jerawat. nasib baik beli yang trial pack je.
  • Hada labo- Sempat pakai [email protected] botol tapi macam takde kesan apa pada muka. Jadi stop.
  • Produk blemish avon-pakai macam takde efek. muka jadi suram. jadi stop.

Yang atas tue kesan produk tersebut pada muka cik tom la. Muka orang lain mungkin berbeza dan bersesuaian. Tak taulah jugak kalau teknik cik tom silap ke waktu guna tu. Jadi nak tahu sesuai atau tak satu2 pencuci muka dengan kulit, korang kena la beli dan cuba dulu. Baru tau.

Tips untuk tukar pencuci muka baru

Tips kalau nak tukar produk baru sebaiknya biarkan kulit muka  tue rehat dengan stop set pencuci muka sebelumnya selama SEMINGGU. Then barulah korang cuba guna produk baru ye.

Jangan lupa minum air masak banyak2 at least 8 gelas sehari. Kemudian kurangkan makan berminyak dan pedas.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

16 thoughts on “Set pencuci muka bagus untuk jerawat

  • January 8, 2016 at 6:06 pm
    Permalink

    takda pencuci muka… nak kata muka bersih clean takdalah perfect….cuma kena banyakkan cuci muka, lap muka dengan basuh muka dengan air biasa ok dah…biasa orang lelaki jarang untuk kecantikkan muka nih… ada juga yang ambil berat, tapi tak ramai…
    Jom baca entri terkini zik …Sajak, Perjalanan hidup ini.My Profile

    Reply
  • January 8, 2016 at 9:06 pm
    Permalink

    Dulu masa akk ank dara byk jerawat. Pedih rasa kulit .yg ni kerinh satu yg lain ganti, malah dua tiga lain berebut nk tumbuh kat pipi.

    Smpi kena sound ngan mak andam. Dh dkt nk kawen masa tu. dia suruh facial dua mgu sekali matikan sel jerawat tu. skrg ni dh nk 35 thn pun ada jerawat tp sebiji camtu la ikut musim. Tak berani cuba produk kat tv sbb tgk artis model tu smua lawa2 mmg kulit dh cantik.
    Jom baca entri terkini LM …Kasut Power- Terima Kasih ZaloraMy Profile

    Reply
  • January 10, 2016 at 4:02 pm
    Permalink

    Saya hari-hari guna pencuci muka sebab menunggang motorsikal ke tempat kerja terdedah bermacam asap dan habuk.

    Reply
  • December 13, 2016 at 5:27 pm
    Permalink

    Assalamualaikum.. Sy nak jual set sebamed botol besar Cleanser, Toner dan Cream Muka n free scrub kecik sebamed(untuk jerawat) .. . Semua set besar belum pakai lagi.. Kalau berminat hubungi sy ok? ? wasap untuk gambar 0172598280

    Reply
  • January 22, 2017 at 4:55 pm
    Permalink

    produk gini memang bagus, dah ada ujian klinikal
    semalat digunakan dan ada sijil kkm yg pentingnya

    Reply
  • February 11, 2017 at 6:55 pm
    Permalink

    Cik Tom cubalah pencuci muka terbaru nano white fresh sebab ianya juga khas untuk kulit berminyak. lepas pakai,Cik Tom akan terasa segar sbb ia mengandungi TTO( Tea Tree Oil)??

    Reply
  • August 2, 2017 at 4:06 pm
    Permalink

    banyaknya produk yang cik tom pernah guna ye. risau pulak..hihi. Tapi at least kalau kita tau kandungannya tak bahaya okeylah ye tak.

    Reply
  • July 20, 2018 at 11:08 pm
    Permalink

    Wah,banyak juga tuh pencuci muka yang digunakan untuk selesaikan masalah jerawat, memang bagus tips sebelum guna pencuci muka yang baru tuh. Nanti bercampur, lagi serius masalah kat muka.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE