5 Jenis Beg Tangan Wanita Perlu Ada
Assalamualaikum dan salam sayang… Haa mesti ramai pengunjung wanita kat luar tak sabar nak tau lanjut topik HOT “5 Jenis Beg Tangan Wanita Perlu Ada” ni kan???
Ok sebelum cik tom cerita detail mengenai senarai wajib beg perlu ada pada setiap wanita…
Cik tom nak korang berlaku jujur dengan diri sendiri, berapa banyak beg tangan yang korang dah ada dalam koleksi di rumah?
Sudah menjadi lumrah sifat semulajadi wanita untuk memiliki banyak jenis beg dan ianya bukan lagi rahsia mengapa kita begitu menggilai mengumpul koleksi beg tangan. Jom kita lihat 5 jenis beg tangan popular yang setiap wanita perlu dapatkan!
5 Jenis Beg Tangan Wanita Perlu Ada
Crossbody bag
Ini adalah antara beg tangan yang cukup popular dalam kalangan komuniti wanita urban buat masa kini. Ianya amat mudah untuk digunakan dan cukup selesa untuk dibawa ke mana sahaja sepanjang hari.
Day clutch
Ramai yang memanggilnya ‘the brunch bag’ untuk dipakai pada hari yang tertentu di mana korang hanya keluar untuk tempoh yang singkat selama beberapa jam sahaja dan tidak mahu membawa terlalu banyak barang dalam beg. Sequined clutch agak comel untuk waktu tertentu, namun korang pasti mahukan clutch dengan rekaan yang kasual dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Weekender
Ianya bukan sekadar beg yang korang boleh gunakan untuk berkelah di tepi pantai, tetapi beg bersaiz besar ini adalah antara jenis beg wanita yang perlu ada dalam kehidupan seharian setiap orang. Cik tom pun memang ada dalam koleksi beg weekender ni. Saiznya yang besar memudahkan cik tom menyumbat segala keperluan di dalamnya. hee.. 🙂
Evening clutch
Cantik kan??? Ini adalah antara kegemaran ramai wanita di luar sana kerana ianya cukup cantik sekali untuk digayakan dengan baju gaun malam!Sesuai untuk menghadiri event atau dinner.
Cik tom belum ada lagi koleksi beg tangan evening clutch ni. Nak kena masukkan dalam wishlist cik tom.
Structured day tote bag
Ini adalah beg yang korang perlu dapatkan untuk ke tempat kerja. Dapatkan yang bersaiz besar jika korang perlu membawa tablet dan komputer riba, fail serta kertas-kertas kerja. Beli beg tangan tote yang bersaiz sederhana jika korang lebih berminat untuk menggunakannya bagi meletakkan barang-barang biasa seperti telefon bimbit, barangan solekan dan sebagainya. Dapatkan dalam warna klasik agar korang tidak perlu risau ia tidak padan dengan gaya diri korang.
Haa macam mana??
Buat pembaca wanita, korang dah ada kesemua 5 jenis beg tangan wanita perlu ada ni tak?? Yang pembaca lelaki, dah belikan kesemua 5 jenis beg tangan untuk isteri atau girlfriend tersayang?
Sharing is caring
Padan aa orang rumah pujuk2 nak beli handbag baru…rupanya gaya popular dier suka memang ada rupanya…tapi brand murah2 jek aa mampu beli…nak beli sampai salvatore feragamo…kena puasa 3 bulan aa… 😀
Cik tom gemar gaya yang mana ya?
Jom baca entri terkini si bongkok …Pertandingan Seni Komen Terbanyak Dan Terlajak Baik Punya!
beg yang boleh elak dari peragut ambil dari motor ada tak agaknya… bahaya sekarang nih.. huhu
Jom baca entri terkini zik …Keputusan penuh liga epl/bpl 2 dan 3 januari 2016
Tak de la Cik Tom, yang ada ni pun tak tersenarai kat atas tu
Jom baca entri terkini Noriza Rahman …Sumber Alternatif Pengambilan Steroid Untuk Pesakit SLE
banyak juga saya takde.. huhuh
Jom baca entri terkini Raihanah Ahmad …Wordless Wednesday: Makanan tinggi antioksida
Cantiknye beg clutch tu..adoiii gegar jiwa raga..
saya sebagai lelaki amat menghargai maklumat ini.hehe..kalau lelaki, cuma ada satu je beg..n then dalam tu letak macam-macam..
Jom baca entri terkini saps ibubapa …SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan
Patutlah selalu nampak wanita bertukar-tukar tas tangan. Belum lagi warna tak match dengan baju. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Star Wars Force Awakens ada misteri belum terjawab
biasalah tu.
bab-bab beg ni..aku sensitif sikit. haha..
Jom baca entri terkini titan …Masih adakah sinar keindahan TUJUH warna pelangi yang tidak pernah kehabisan cahayanya di ufuk timur?
patut la..selagi tak cukup 5 jenis beg ni mmng tunjuk jela jari..baru ku tahu..boleh lari dari 5 jenis beg nih..hihihi
Jom baca entri terkini hasif …Mindatif Terbaik
Bagi saya tak perlu sangat ikut fesyen sebab kekadang disebabkan fesyen kita sendiri kempunan nak pakai, kan ?
Jom baca entri terkini SapsIbuBapa …E-Operasi Sistem Maklumat Guru
ikut keadaan..kalau pergi ke event atau majlis rasmi kena ikut fesyen..kalau sekadar berjalan sana sini..baik xpayah..bahaya..
Sekarang banyak kes ragut, kepada kaum wanita yang penting keselamatan anda bukan beg tangan.
Jom baca entri terkini notasejarah …Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Pendudukan Jepun
terima kasih atas nasihat..memang kena berhati2..
Nice collections of hand bag. Thank you for posting.