Selamat Tahun baru 2016, Azam Lama dan Baru
Assalamualaikum dan salam sayang.. Ini ialah entri pertama bagi tahun 2016 yang dicoretkan di blog ini. Sebenarnya takde mood sangat nak menaip tapi tak nak la blog ni jadi macam tahun lepas bulan November baru kalut nak update blog. Cik tom nak cuba kekalkan momentum sekurang-kurangnya 3 artikel seminggu untuk blog ciktom.com ni. Mampu ke tak? Kita tengok jela. huhu…
Sayang la hosting renew setiap tahun RM200 di NetKL tapi update nya jarang sekali. Tapi alhamdulillah selama ni cik tom memang renew hosting guna duit hasil dari blog ni jugak. Permulaan guna hosting pun alhamdulillah dapat hadiah dari contest.
Blog ciktom.com ni memang banyak memberi pulangan lumayan. Cuma tuan dia ja pemalas. haha.. Yang cik tom agak terkejut pada tahun lepas ada 3 orang maklumkan berminat untuk beli blog ciktom.com. Diorang ingat cik tom dah tak berminat untuk berblog bila setahun tak update. Tapi cik tom tolak dengan cara baik. Tak tanya pulak harga yang ditawarkan. Agaknya berapa ek patut letak harga kalau mau jual? hihi…
Selamat Tahun Baru 2016
Cik tom takdelah sambut tahun baru 2016. Siap tidur awal lagi. Takde join countdown. Takpelah bukan tahun Islam kan. Kita doakanlah yang baik2 semoga 2016 ni menjanjikan keamanan dan ekonomi yang stabil di Malaysia.
Cik tom tak pernah update azam tahun 2015 di blog ni. Yelah blog pun tak update setahun. Mana nak update azam bagai kan. Aiyokk.
Ok ciktom akan senaraikan beberapa azam 2015 yang cik tom tercapai atau tidak ye sepanjang tahun 2015. Kita list dari tercapai dululah ye. Nanti senang yang tak tercapai tu kita boleh sambung terus untuk 2016. 😉
Azam Lama 2015
Nak tambah aset kurangkan liabiliti. Azam cik tom setiap tahun ialah untuk tambah aset dan kurangkan liabiliti yang ada. Contoh satu liabiliti dapat kurangkan tahun lepas ialah hutang PTPTN. Aset yang berjaya cik tom tambah pula ialah sebidang tanah. Cik tom teringin nak beli rumah tapi ada masalah. Bila ayah offer siapa anak2 yang nak beli tanah lepas pecah lot. Terus je cik tom cakap nak sebab harga ditawarkan separuh dari harga asal. Rugi la tak mau kan? hehe… Tapi tanah tue takdelah luas mana. Boleh la nak buat sebuah rumah. Nantilah ada masa cik tom cerita kisah ni dalam satu entri tapi tak janjilah. hee…
Langsaikan hutang PTPTN. Alhamdulillah cik tom berjaya langsaikan hutang PTPTN secara rasmi pada 2 Januari 2015. Entrinya ada cik tom kongsikan =>Alhamdulillah.. Pengalaman Rasa Bahagia Habis Bayar PTPTN
Beli emas sekurang2nya 2 kali setahun. Yang ni cik tom berjaya capai sekali je tahun ni sebab banyak pakai duit yang digunakan untuk keperluan lain seperti tambum tanah yang lepas beli tu je dah makan 4K. Entri beli emas => Pengalaman Cik Tom Beli Emas Lelong
Menderma setiap bulan selepas dapat gaji. Harap jangan cakap cik tom menunjuk buat tunjuk baik pulak ye. Tahun sebelum2 2015 cik tom biasa derma ikut musim je @ tak konsisten. Tapi 2015 alhamdulillah berjaya juga amalkan derma secara konsisten.
Kuruskan badan kepada berat bawah 50kg. Cik tom jarang letak gambar cik tom di blog. Jadi orang mana tau cik tom kurus ke gemuk kecuali jumpa la kan. Dulu waktu permulaan kerja (gambar pada banner blog lama) berat cik tom 47kg (2011) je. Tapi lepas kerja perlahan-lahan cik tom menternak lemak dengan jayanya sehinggalah berat cik tom naik ke 64.7kg (2014)! Itu memang tahap obese melampau! Sadis tapi itulah kenyataannya. Yelah makan pun sedap mulut je kan bila dah kerja ni.
Alhamdulillah cik tom berjaya turunkan berat badan kepada 49kg. Tapi sekarang selalu gak melebihi 50kg. Cuma masih dalam BMI yang ideal untuk ketinggian cik tom la. Citer lanjut pengalaman ni insyaAllah dalam perancangan entri akan datang.
Nak bercuti ke luar samaada USS, Krabi atau Bandung. Cita-cita ni tak kesampaian oleh sebab masalah matawang Malaysia yang jatuh. Ekonomi Malaysia yang tak stabil dengan semua barang dan servis naik harga. Kawan-kawan pun kebanyakan tak ngam tarikh cuti.
Jadi segala percutian dalam Malaysia je. Alhamdulillah seronok jugak!
Beli sofa untuk emak ayah di kampung. Cik tom dah lama plan berkongsi duit dengan adik, yaty untuk beli set sofa untuk rumah di kampung. Duit pun memang dah terkumpul. Cuma asyik busy je tak menyempat nak bawak emak pergi survey design yang berkenan di mata emak. InsyaAllah bulan ni akan bawak mak pilih di kedai perabut jika takde halangan.
Nak tamatkan zaman bujang. Yang ni pun sama azam yang tak kesampaian. Malas nak cerita lanjut kisah sedih cuma dipendekkan takde jodoh. hehe…
Azam untuk blog ialah rajin update blog, up trafik blog, baiki ranking blog, banyakkan source buat duit blog. Tapi semua kelaut. haha.. Yang tercapai satu je buat duit dari blog masih berhasil setiap bulan sebab trafik maintain 3K uv sehari dan banyak umpan lama merata masih berguna.
Ada satu lagi azam cik tom tak kesampaian tapi oleh sebab blog ni dah ramai kenalan/saudara cik tom tahu. Jadi kita diamkanlah je bak lagu Siti Nurhaliza- Biarlah Rahsia.
Azam Tahun Baru 2016
- Beli set sofa untuk emak
- Cari halatuju hidup
- Perbaiki diri untuk lebih baik
- Kahwin
- Derma
- Maintain kan berat badan
- Tambah aset kurangkan liabiliti
- Bahagiakan hati ibu bapa
- Update blog
- Optimunkan income blog 4 angka sebulan
Tahun 2015 lepas memang banyak beri kenangan yang mengembirakan dan juga menyedihkan. Tapi itulah namanya kehidupan macam roda. Ada masa kita diatas ada masanya kita dibawah supaya kita sentiasa beringat akan KekuasaanNYA.
Semoga tahun 2016 ini memberi sejuta sirna keceriaan dan kebahagiaan buat cik tom, keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan juga rakan blog serta pengunjung blog ciktom.com.
Terima kasih pada rakan blogger yang sentiasa menyokong dan sering berkunjung ke blog ciktom samaada blogger yang dah lama dan baru cik tom kenali terutamanya suri, ujie, titan, hairul hissam, anuar, biomed, sis dja, onlajer, zool, zik dan banyak lagi.
Sharing is caring
selamat taun baru 2016
selamat tahun baru 2016 ciktom…
semoga semua wishlist tercapai… amin…
blog pun dah berwajah baru 😉
Jom baca entri terkini Ummi Hanie …Urusan pencen arwah abah sudah selesai
Semoga Cik Tom bertemu jodoh tahun ni, jangan lupa jemput MV ya
Jom baca entri terkini Noriza Rahman …DERITA Puluhan Tahun Penghidap GOUT Berakhir. Ini Penawarnya!
Selamat tahun baru. Wah banyak juga kos hosting dan domain untuk blog ini. Tidak ada pelan cari pakej yang lebih rendah?
Jom baca entri terkini akubiomed …Star Wars Force Awakens ada misteri belum terjawab
Alhamdulilah aset yang bernilai tu cik tom, tanah sekarang memang dah mahal – mahal
Jom baca entri terkini onlajer …Lokasi Pertama Boss Coffee Di Johor Bahru
Selamat tahun baharu. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya.
Jom baca entri terkini sharinginfoz …Pengalaman Pertama Naik Rayani Air
Ameennn….
Beli set sofa untuk emak – Pasni cuba usaha beli kereta sebijik utk mak ayah… 🙂
Cari halatuju hidup – InshaAllah akan dipermudahkan
Perbaiki diri untuk lebih baik – Ehh bukan budak baik2 heh… 😀
Kahwin – Takkan nak masuk kuota 2nd kan… 🙂
Derma – Inshallah akan dipermudahkan juga
Maintain kan berat badan – Tinggi berapa plak cik tom ya? Berat dan steady dh tue…
Tambah aset kurangkan liabiliti – Pasti akan bertambah punya!
Bahagiakan hati ibu bapa – Cik tom gembira kan mereka biasa mereka bgtau tak?Sbb kdg2 tak tau mereka suka atau tak.. 🙂
Selamat tahun baru 2016 – Salam perkenalan dari si bongkok
Jom baca entri terkini si bongkok …Pertandingan Seni Komen Terbanyak Dan Terlajak Baik Punya!
Selamat tahun baru, moga semua azam tetcapai lebih lagi berkaitan dengan jodoh. Moga dapat jodoh sebaik mungkn.
Jom baca entri terkini Top Seo Friendly …Pengalaman Bersama ONEXOX
amin…. yang no 4 tuh kita menunggu berita baik.. hehe
Jom baca entri terkini zik …Teknik marketing dato sri vida yang kita tak perasan
nama saya xda ke, sedih tau, hehhehe. Best la ciktom trafik 3K. Tahun lepas setiap hari trafik blog 3K, sejak bulan 4 2015, trafik maintain 1.5K jer, adoii susah plak nak naik trafik. Kena plak serangan dari ashadee tutup, hilang plak lagi sumber duit 2016 ni, hehhee. kena plan benda baru plak
Jom baca entri terkini rujukan …Pengalaman Bercuti Ke Bukit Bendera Pulau Pinang
haa..
update blog selalu.
jangan malas macam tahun lepas.
Jom baca entri terkini titan …Masih adakah sinar keindahan TUJUH warna pelangi yang tidak pernah kehabisan cahayanya di ufuk timur?
betul tu..jangan malas dah menulis…kita berhenti kasi manfaaat kat org berhenti jugak rezeki kita bak kat dr azizan osman,,hihi..no 4 tu menarik..boleh dpt mkn nasi minyak free…jgn tak jempu para blogger da..
Jom baca entri terkini hasif …Serba serbi tentang Mindatif plus
Apa yang best di Bandung?
hehee..