Tips Asas Penjagaan Kura-kura Kecil

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia……
Pada awal tahun lepas, cik tom ada kongsikan entry; Tips Penjagaan Kura-kura Kecil Versi Cik Tom yang cik tom amalkan tapi ramai pulak yang tanya apa tips asas penjagaan kura-kura kecil (red ear slider) atau apa yang perlu disediakan/ beli untuk pelihara kura-kura kecil. Baru cik tom perasaan cik tom tak pernah cerita perkara asas yang perlu untuk pelihara kura-kura. So, kali ini cik tom nak luangkan masa untuk share based on experience cik tom masa first time nak bela kura-kura ye.

Kura-kura comel

Tips Asas Penjagaan Kura-kura Kecil;

1.  Kura-kura

Mestilah first sekali korang kena beli kura-kura untuk pelihara kura-kura kan? huhu… Nak beli kura-kura tue bukan main tunjuk je nak beli kura-kura itu dan ini. Sebaiknya nasihat cik tom, pegang cengkerang kura-kura tue sendiri samaada elok atau tidak. Jangan beli cengkerang kura-kura yang lembut/lembik (means kura-kura tue dah sakit dan cengkerang dah rosak). Sebabnya kalau dah bercampur banyak kura-kura dalam satu akuarium tak mustahil ada yang sakit. Selain itu, semasa pegang dan lepaskan kura-kura tue dalam akuarium cuba tengok reaksi kura-kura tue samaada aktif atau pasif? Digalakkan beli yang aktif atau medium aktif. Bimbang yang terlampau pasif sangat tue means dah berpenyakit. (pasif dan pemalu lain bezanya ye). Harga kura-kura cik tom beli ialah RM8.00 seekor. 2 ekor RM16.00.

2. Tempat tinggal (Akuarium, Kolam, etc)

Akuarium kura-kura

Kedua, dah ada kura-kura tue korang kenalah pulak sediakan tempat tinggal kura-kura samaada akuarium kecil/ besar, kolam, bekas plastik atau yang bersesuaian mengikut saiz kura-kura. Jangan pulak kura-kura saiz besar letak dalam akuarium kecil. Tak sesuai dan boleh menyebabkan cengkerang kura-kura menjadi lembik dan busuk. Pastikan tempat tinggal kura-kura ni selesa. Gambar kat atas ni first mini akuarium yang cik tom beli untuk kura-kura kesayangan cik tom, Diego dan Dora. Harga akuarium yang cik tom beli ni RM5.00. Harga akuarium bergantung pada saiz, kualiti dan kedai yang menjualnya.

3. Makanan (Pellet, Sayuran, etc)

Gambar bekas pellet ni cik tom pinjam dari haziq (link blog pada gambar). Untuk makanan kura-kura ini ada pelbagai jenis sebagaimana yang diketahui kura-kura ini ialah manusia 2 alam (boleh hidup di darat mahupun di dalam air). Selain itu, kura-kura ini juga termasuk dalam haiwan omnivor iaitu makan sayuran dan juga daging. Permulaan pelihara kura-kura cik tom belikan diorang pellet khas untuk kura-kura sebijik jenama dalam gambar kat atas tue. Untuk saiz botol yang kecil harganya RM6.00 manakala saiz yang besar harganya RM10.00. Lagi jimat beli yang besar. Makin membesar kura-kura tue cik tom mula bagi sayur-sayuran seperti kangkung, kobis, sayur ulaman. Ada suggestion dari pelawat cik tom based on experience diorang bagi kura-kura makan ikan kecil/ udang kecil/ udang kering jika kura-kura tak nak makan pellet. Tapi alhamdulillah kura-kura cik tom makan je apa yang diberi hatta roti sekalipun. haha….

4. Air (Air paip, Reverse osmosis (RO), air masak, etc)

Untuk air pulak, bagi cik tom korang boleh je guna air paip, RO, air masak atau air yang korang filter sendiri tapi janganlah masukkan air sirap, air limau tue. hehe ;D Macam cik tom sendiri guna air paip untuk kura-kura cik tom. Air ni kena tukar 2 hari sekali (3 kali seminggu) kalau masa kecil. Kalau dah besar tiap2 hari kena tukar sebab air cepat berbau. Untuk elakkan air cepat berbau boleh gunakan sistem filter air dalam akuarium bagi yang mampu. Cik tom pun plan nak guna filter untuk akan datang sebab kesian ayah tukar air akuarium setiap hari. Cadangan untuk air yang cepat berbau tue, boleh asingkan tempat kura-kura makan di dalam bekas lain dan biarkan selama 15 minit selepas makan baru masukkan balik ke dalam akuarium asal.

5. “Anti-chlorine” dan “Turtle conditioner”

Anti-chlorin

Masukkan anti-chlorine dalam air akuarium kura-kura kalau air paip yang korang gunakan tue tinggi kandungan klorin (tengok warna air putih keruh dan berbau tue means kandungan klorin tinggi). Anti-chlorine ni dimasukkan sebab sesetangah kura-kura yang sensitf tak boleh dengan klorin. Boleh menyebabkan mata kura-kura buta dan juga kura-kura mati. Selain tue, ada yang share tips masukkan juga “Turtle conditioner” yang berfungsi sebagai kalsium untuk kuatkan cengkerang kura-kura bagi mengelakkan cengkerang jadi lembut. Tapi cik tom memang tak pernah gunakan “Turtle conditioner” dan juga “Anti-chlorine” sepanjang setahun bela kura-kura, Diego dan Dora. Alhamdulillah sihat walafiat dan tak pernah diserang sebarang penyakit setakat ini. So, depend samaada korang nak guna atau tak “Turtle conditioner” dan Anti-chlorine.

6. Tempat berjemur (basking)

Salah satu sifat kura-kura ialah suka berjemur. So, patut sediakan tempat khas untuk berjemur contohnya jambatan atau timbunan batu untuk tempat kura-kura ni bertenggek sambil jemurkan diri diorang. Sebaiknya bagi kura-kura ni berjemur di bawah sinaran cahaya matahari tapi bagi yang bermasalah boleh gunakan lampu untuk gantikan cahaya matahari.

7. Hiasan (Pokok, batu, jambatan dan aksesori lain)

Untuk hiasan, boleh belikan batu berwarna warni atau lagi bagus batu sungai sebab ada fungsi seperti filter sikit2 untuk bersihkan air. Atau boleh beli pokok plastik sebagai hiasan. Jambatan kecil untuk tempat basking dan lain2 aksesori yang disukai. Cik tom gunakan hiasan batu setakat ini. Boleh lihat pelbagai jenis entry cik tom berkaitan dengan kura-kura under category kura-kura.

Tips Asas Penjagaan Kura-kura Kecil ini ialah berdasarkan pengalaman cik tom sendiri dan bukannya dari rujukan doktor atau pakar haiwan ye. Ada input yang diambil berdasarkan pengalaman pelawat blog cik tom yang juga peminat kura-kura kecil. Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan juga pengalaman penjagaan kura-kura. InsyaAllah akan datang cik tom nak share penyakit kura-kura dan cadangan untuk merawatnya. 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

85 thoughts on “Tips Asas Penjagaan Kura-kura Kecil

    • October 20, 2011 at 3:41 pm
      Permalink

      bela la kura2..comel dan rasa tenang je tengok..insyaAllah akan datang cik tom nak share keistimewaan/ kelebihan bela kura-kura ni..

      Reply
  • October 22, 2011 at 9:45 am
    Permalink

    Salam Ciktom.
    takpe ke kalau kita tukar2 pellet die? maksud tukar2 brand pellet tu. Ken dan Ninie sy xnak makan kalau sy tukar brand lain, diorang jadi xnak makan. Terpaksa beli yg asal tu baru diorang nak makan.

    Reply
    • November 26, 2011 at 3:59 pm
      Permalink

      better bagi brand yg biasa makan…sbb kura2 ni jenis pemalu so susah nak adapt perkara/mknn baru..

      Reply
  • October 24, 2011 at 10:46 pm
    Permalink

    aah la rasa tiba2 teringin nak bela lagi..tapi takut mati lagi (T_T)

    nak share this entry kat fb kak ngah mas lah..anak laki nya minat & bela kura2
    Jom baca entri terkini maya mustwany …JATUH MARUAH HANYA KERANA SEORANG LELAKI..My Profile

    Reply
    • November 27, 2011 at 3:19 am
      Permalink

      kalau nak bela lagi pastikan betul2 jaga..bolehnya..thanks sudi share..

      Reply
  • November 4, 2011 at 10:19 pm
    Permalink

    sy ade bela gak baru 2 bulan…sy prob dgn kura-kura nih..pallet yg sy bg kat diorg mcm x makan je… x de lak nampak diorg ngap-ngap. nama 2 eko nih cika ngan ciko. Kalo sy letak byk pallet, nanti air jd busuk sebab pallet tuh cair.tuh nak taw kut2 ade makanan mentah laen yg blh bg kat diorg..teringin nak tgk mulut diorg makan..huhu..

    Reply
    • December 5, 2011 at 1:05 pm
      Permalink

      salam..sori ye ciktom br bkesempatan nk bls komen..cuba time bg makan pindah ke tempat lain yg lebih kecil..lepas siap pas 15minit makan br pindah balik ke akuarium asal…kalau xnak makan pellet..try bagi sayuran cam kangkung, kubis, ulaman or udang kecil…

      Reply
  • November 26, 2011 at 11:22 pm
    Permalink

    ciktom!saya nak tanya sikit….saya ada bela 2 ekor kura2,jantan dan betina yang bernama jacob dan bella.saya beri kura2 tu makan pallet sehari 4 kali,,,jacob(kura2 jantan) makan bukan main selera tapi bella(kura2 betina) tidak mahu makan..dia cuma tidur dan x aktif…apa yang perlu saya buat??adakah dia sakit?

    Reply
    • November 27, 2011 at 1:00 pm
      Permalink

      ok…comel nama kura2..watak cerita twilight..hee…wah 4x sehari makan..byknya..ciktom pernah baca yg kura2 kl bg mkn byk2 xelok jgk..bella tue langsung xmakan ke?cdgn ciktom cuba tukar mknn pellet pada sayuran cam kobis, kangkung yang dh potong kecil2..kl xmakan jgk cuba tukar bg udang kecil..cuba tukar juga air yg sederhana suam jgn terlalu sejuk..tgk ada perubahan x??

      Reply
  • November 27, 2011 at 12:54 pm
    Permalink

    ciktom!saya nak tanya sikit….saya ada bela 2 ekor kura2,jantan dan betina yang bernama jacob dan bella.saya beri kura2 tu makan pallet sehari 4 kali,,,jacob(kura2 jantan) makan bukan main selera tapi bella(kura2 betina) tidak mahu makan..dia cuma tidur dan x aktif…apa yang perlu saya buat??adakah dia sakit?

    Reply
    • November 27, 2011 at 1:02 pm
      Permalink

      cik tom dpt komen..tp lmbt reply..he..ciktom pernah baca yg kura2 kl bg mkn byk2 xelok jgk..bella tue langsung xmakan ke?cdgn ciktom cuba tukar mknn pellet pada sayuran cam kobis, kangkung yang dh potong kecil2..kl xmakan jgk cuba tukar bg udang kecil..cuba tukar juga air yg sederhana suam jgn terlalu sejuk..tgk ada perubahan x??

      based on experience ciktom kl xmakn tue bukan means totally sakit..maybe mknn xsesuai or kura2 tue dlm keadaan xselesa…cuba cek jgk cengkerang ada luka2 x?

      Reply
  • November 28, 2011 at 1:30 am
    Permalink

    thnks ek ciktom….nanti insyaallah saya akan cuba cara yang ciktom bagi tu…………terima kaseh.

    Reply
  • November 30, 2011 at 11:00 pm
    Permalink

    myra ada kura2 jugak nma LuLu n Run .. mulanya tak kenal pasti lg jantina dorg tp lps baca blog cik Tom barulah sy tahu ..hihii tq cik tom . .hope cik tom bleh bgtw bnyak lg tentang kura2 🙂

    Reply
    • December 4, 2011 at 10:26 pm
      Permalink

      ur welcome dear..insyaAllah cik tom akan cuba share mana info yang cik tom tahu mengenai kura2 ye..

      Reply
  • December 1, 2011 at 9:48 am
    Permalink

    kura-kura yg di atas tu pakai baju yer??

    Reply
    • December 4, 2011 at 12:19 pm
      Permalink

      aah gambar kura-kura pakai baju..tue gambar cik tom amik dari google..bukan gambar kura2 cik tom tau..

      Reply
  • January 7, 2012 at 10:25 pm
    Permalink

    cik tom, nk ty, kura2 sy dah 2 hari tak bukak mata, n asyik tidur je. kenape ye?
    kalu saya bersihkan air pun, n letak dia kat sebelah, dia x bergerak. selalunya kura2 tu paling ganas, tggu masa nk kene gigit je dgn dia. tp risau ni sbb dia tak bukak mata…macam sakit je. makan pun tak :'(

    Reply
    • January 14, 2012 at 12:38 pm
      Permalink

      mmg gaya kura2 camtu mcm sakit je ni…em cuba tukar air tue gn suhu air yang suam sikit…pastu cmpr anti-klorin dlm air sekali..tgk ada perubahan x pd kura2?smoga kura2 cpt sembuh..

      Reply
    • January 23, 2013 at 10:50 pm
      Permalink

      kura2 sy pun pernah mcm tu…lm xdpt buka mata…air kena letak anti-chlorine..sbb mata kura2 sensitif pd klorin…kmiorg semua bw jumpa vaterinar, then doc ckp asingkan dia dri kura2 yg lain tkut berjangkit, then, letakkan dia tempat kering, bg mata yg bengkak tu surut…then bila kitaorg bt mcmtu, kuar satu benda putih dri mata dia…dia sendiri yg keluarkan dri matanya, skg alhmdulillah kura2 sy dh boleh buka mata…
      Jom baca entri terkini ary …"My First Giveaway by Echa"My Profile

      Reply
  • January 22, 2012 at 10:37 pm
    Permalink

    udang kering tu kene tumbuk hingga lumat ke????? 🙂

    Reply
    • January 23, 2012 at 2:59 pm
      Permalink

      xperlu tumbuk..just potong kecil2 bagi mudah kura2 makan..

      Reply
      • January 24, 2012 at 12:10 pm
        Permalink

        kenape kure kure saye macam x berape makan je makanan yang ciktom beritau pada rakan lain……seperti kubis,udang kering kangkung………risau saye dibuatnye….lagi satu mase nk beri die makan udang kering…..udang kering tu besar ke sederhana atau halus…..thnx 🙂

        Reply
        • January 24, 2012 at 10:54 pm
          Permalink

          kalau saye bagi die makan cacing…boleh x ?????

        • January 29, 2012 at 1:19 am
          Permalink

          cacing??erk boleh cuba..tapi ciktom suggest bagi udang kecil or ikan kecil selain sayur2an

        • January 29, 2012 at 5:39 am
          Permalink

          udang kering tue yang halus je..

        • January 31, 2012 at 9:52 pm
          Permalink

          baby kure kure punye ceng kerang memang keras ke atau lembut mase kecil……………
          macam mana nk gune turtle conditioner…..
          turtle conditioner jenis yang mane…yang sapu atau bentuk kure kure

        • February 20, 2012 at 9:46 pm
          Permalink

          kebiasaan baby kura2 cengkerangnya lembut..boleh guna mana2 antara 2 jenis turtle conditioner tue samaada turtle conditioner serbuk atau bentuk kure kure. just masukkan je dalam air dan biarkan beberapa minit sebelum masukkan kura2 kedalamnya.

        • February 13, 2012 at 3:36 pm
          Permalink

          Ciktom napa kura2saya x makan sayuran dan daging atau makanan laut?

          Pastu napa kura2betina saya x bapa aktif lain plak ngan jantan. So kura2 betina saya ni pemalu ke atau sakit?

          Boleh ke kita bawa kura2 saya gi bercuti? Dia tak mati kepeningan ker??? Pastu mana kita nak letaj kura2 saya bila ada kat kereta??

          Pastu adakah dia akan ingat saya bila dia dah besar??

          Macam mana nak buat akuarium saya lagi cantik?? Tapi saya nak buat sendiri bleh?? Nanti ciktom tulis kat blog yer

          Sorry yer jika tanya banyak sangat hehe bye dan saya harap ciktom dapat jawab semua soalan saya ye

        • February 22, 2012 at 10:29 am
          Permalink

          salam yunk..soalan ini sama dengan soalan adik sebelum ini kan..cik tom dah reply di komen tersebut. cuba cek ye ada sent thru email.

        • February 18, 2012 at 8:44 pm
          Permalink

          salam….cik tom,dlam aquarium kena letak air banyak2 x???sy fst time pelihara kura2….

        • February 19, 2012 at 1:13 am
          Permalink

          salam..cukup sehingga separuh badan kura2..

  • February 12, 2012 at 10:26 pm
    Permalink

    hai cik tom . Sya nak tanye beberape soalan nih . Kalo bole cik tom tolong lag bls ek . 🙂

    1) Kenapa kura kura saya ta makan sayur, udang , same cam saya . Hehe ,

    2) kura2 betina saya , knp dia tak bape aktif ? bile saya bawak dia kuar , dia tak bape nk gerak . Lain pulak ngan jantan tuh . Knp ? Dia saket ke pemalu ? ._.

    3) Pastu , bole ke kite bwk dia kuar pegi becuti ? Nak letak kt mne ek dalam kete tuh ? Dia tak mati kepeningan ke ? Haha . 😀

    4) Mcmmne nk lebih mencantikkan aquarium kura2 saya ?

    5) Kura2 akan ingt kite tak ketika kite jage dia , time dia da besar ?

    P/S : saya peminat cik tom tau . ^_^

    Reply
    • February 22, 2012 at 10:17 am
      Permalink

      hi adik…ok ciktom cb jwb yg tau ye..sori lmbt bls..busy kerja..

      1. ada kura2 yang suka makan sayur n ada yang tak..so sebaiknya adik cari menu makanan yg kura2 adik suka makan..contoh boleh cuba udang kering/ udang hidup/ ikan kecil dll.

      2. normal mmg ada kurang yg kurang aktif sbb mmg kura2 ni sifatnya haiwan pemalu..so dun worry kl xaktif kecuali tb2 kura2 tue xnak makan..tue simptom sakit.

      3/ boleh bawak kura2 bercuti tapi jgn terlalu kerap ye. letak je kat tempat adik duduk dalam kereta tue sekali..so adik boleh tgk2 kan n pastikan kura2 tue dlm keadaan selamat.

      4. boleh cantikkan akuarium dengan tambahkan hiasan pokok @rumpai air, pokok kiambang, batu2 kecil berwarna warni, jambatan kecil dan sebagainya.

      5. insyaAllah akan ingat sebab mana2 haiwan pun mesti sayangkan tuan dia yang bela dia dengan baik. heee

      p/s: thanks dear..heee 🙂

      Reply
  • March 20, 2012 at 1:10 pm
    Permalink

    cik tom,kenapa kura-2 saya asyik pejamkan mata pastu pasif?;”( dia da bapa ary tak makan.sedih.

    Reply
  • January 18, 2013 at 9:02 pm
    Permalink

    slm..dh nie sye jumpe kura2 nie…kecil lgi..nk bri mkn aper eark..syur bleh ker

    Reply
    • January 20, 2013 at 12:18 pm
      Permalink

      wslm..makan sayur kangkung pun boleh..atau awak boleh beli pellet makanan untuk kura2 dah potong 2 bagi kura2 tue makan..

      Reply
  • December 30, 2015 at 5:31 pm
    Permalink

    Cik tom mcm mna nk beza kan kura kura betina atau jantan

    Reply
    • February 17, 2016 at 7:55 pm
      Permalink

      jaga kura2 akak elok2..cepat2 cari idea bagi nama..hehe

      Reply
  • March 4, 2016 at 9:49 pm
    Permalink

    Ciktom sya nk tnye sye bru je bli kura-kura toty n tiky tp dua-dua xnk mkn . Hari first bli tu cuma toty ja yg mkn sayur kangkong tu . Tp ckit ja . Bg dia pnya dedak pon xmkn jgk . Tiky smpai haqi niy xnk mkn . Suap pon ttap sma,. Tolong

    Reply
    • March 8, 2016 at 10:29 am
      Permalink

      cuba tukar air suam…pastu berjemur bawah cahaya matahri…tukar menu setiap hari..carrot, isi ikan, ikan bilis, dll-semua potong kecil dari saiz mulut kura2..

      Reply
  • June 14, 2016 at 5:53 am
    Permalink

    Kuku kura2 tu boleh potong tak??

    Reply
  • August 27, 2016 at 9:13 pm
    Permalink

    Assalamu’alaikum, ciktom saya nak tannya. Baru2 ni saya ada bela kura2 3 ekor. baru2, dia taknak makan. tapi aktif. dan asyik tidur aja. tapi lepas tidur, saya bawa dia keluar dan makin aktif. tapi satu aje masalahnya. dia tak nak makan, kenapa ye? dan lagi satu, kura2 ni memang banyak tidur eh? terima kasih ciktom!

    Reply
    • September 1, 2016 at 5:11 am
      Permalink

      waalaikumussalam..memang kura2 ni sifat pemalu dan takes time nak sesuaikan dengan environment baru..tengok dalam seminggu camne..then if x makan jugak…cuba ubbah menu makanan diorang kepada anak ikan/ ikan blis/sayuran @ kena try and error tengok apa kesukaan kura2 awak ye dik…

      yup kura2 siang kuat tidur..malam berjaga, aktif and suka cakar2 batu/dinding akuarium ?)

      Reply
  • October 17, 2016 at 4:13 pm
    Permalink

    Salam cik tom, dah 4 hari bela kura2. Tapi kura2 jantan saya asyik tidur, air saya dah bubuh air anti-chlorine. Sbb time beli, org tuh ckp 1.5 bersamaan 7 titik. So selebihnya saya simpan. Yg betina aktif. Bab makan dua2 jenis susah mkn, saya bg palette dia. Tp ttp tak mkn. Risau pulak.

    Reply
    • October 19, 2016 at 8:38 pm
      Permalink

      wassalam..biasa baru bela kura2 tu amik masa nak adapt dengan environment baru…pallet tu sebaiknya potong kecik2 bagi saiz mulut kura senang makan. sekali sekala bawak kura2 berjemur bawah matahari..then makanan tu kalau still tak makan jugak kan..try tukar2 menu lain cam sayur atau ikan bilis..

      Reply
  • October 25, 2016 at 7:44 pm
    Permalink

    assalam..mau tanya..kenapa sebelom ni kura2 saya aktif…n mkn kuat je..saya bg makan pellet..then selepas bberapa ari, kura2 mnjadi pasif..saya ade 2 eko..mule2 seko jadi pasif, then dah 2eko jadi pasif..makan xmau..always tido..kenapa ye? ada cadagan or tau sebab2 nye? first time bela kura2 ni

    Reply
    • October 27, 2016 at 9:45 am
      Permalink

      wslm..dah berapa lama bela kura2 tue? mcm2 faktor boleh ubah tabiat kura2 jadi pasif ni..cadangan ciktom..rajin tukar air dlm akuarium kura2, cuba ubah makanan lain pulak cam sayuran/ikan bilis/isi ayam yg potong ikut saiz mulut kura2…jemur kura2 at least 3x seminggu bawah cahaya matahari..tgok ada perubahan x.

      Reply
  • November 19, 2016 at 9:21 pm
    Permalink

    Kepada cik tom..JANGAN SESEKALI beli hiasan pokok dan plastic..kura kura saya ade 7 ekor..skarang tinggal 4 sbab tabiat dioramg suke gigit pokok tuh..sedih saya..

    Reply
  • December 27, 2016 at 2:50 am
    Permalink

    assalamualaikum kak tom. saya terpikir nak bela kura-kura. boleh tak bela kura-kura nie seekor jee..

    Reply
  • March 23, 2017 at 11:12 pm
    Permalink

    Alhamdulillah..setakat ni jonny dan jenny sihat..comel ja dya mkan..haha

    Reply
  • March 23, 2017 at 11:13 pm
    Permalink

    Alhamdulillah..setakat ni jonny dan jenny sihat..comel ja dya mkan..haha..

    Reply
  • April 15, 2017 at 9:45 pm
    Permalink

    asslmkum,cik tom..help me..saya sedih..tadi saya terpaksa lepaskan kura kura saya ke tasik…sebab kesian kan dia sorang sorang partner dia dah meninggal dan saya pula dah tak bole jaga dia lagi…sekarang saya risaukan dia…macamanalah dia kat dalam tasik tu..apa pendapat cik tom ya…saya x hilang resah gelisah sepanjang harini..

    Reply
  • April 16, 2017 at 3:48 pm
    Permalink

    Cik Tom.. Huhu.. Casie sy x makan sikit pon makann.. Sy dh bg pelet. Sayur ayam pon taknak makan jugak macam mana nie??

    Reply
  • April 16, 2017 at 3:51 pm
    Permalink

    Satu lgi Cik Tom.. Casie sy suka tdur di darat so.. Sy letak kain dalam bekas dan sy biar dia tdur dalam tuu… X ade masalh k kalau sy buat mcam tuu? Lagipon dia tdur je

    Reply
  • July 7, 2018 at 4:34 pm
    Permalink

    nk tanya,kalau kura2 tu jenis aktif dan susah nk berjemur cmne ye?

    Reply
    • July 12, 2018 at 8:59 pm
      Permalink

      aktif tu bagus tanda sihat..sis bagi berjemur pada waktu pagi..awal2 maybe tak biasakan diri lagi.

      Reply
  • July 7, 2018 at 4:36 pm
    Permalink

    lagi satu,apa tanda2 kura2 sakit?

    Reply
    • July 12, 2018 at 8:59 pm
      Permalink

      susah nak jawab soalan sis ni terlampau umum..macam2..contoh kura2 tak nak makan, mata asyik tertutup, naik kulat pada badan kura2 dan lain2..

      Reply
  • July 15, 2018 at 6:25 am
    Permalink

    Saya nak tanya! Saya ada bela dua ekor kura2 ni. Masa beli elok tapi baru2 ni sekor tu tak boleh bukak mata and tak nak makan, lepas beberapa minggu lagi sekor plak sebelah mata dia tutup and tak selera makan kenapa ye? Tengah sedih tengok dua beradik ni sakit😢😢

    Reply
  • July 17, 2018 at 11:20 am
    Permalink

    Saya ada dua ekor kura kura nama leo dan lelo, dua dua ekor ni takde masalah dengan makan lah tp ya lagi sekor ni (leo) dia suka berjemur sampai cengkerang dia jadi tompok putih putih, kalau yg tu kenapa ye ciktom. saya risau jugak makin buruk cengkerang dia tapi masih keras dan dia pon aktif

    Reply
    • July 18, 2018 at 9:12 pm
      Permalink

      jadi dia x apa2 lahkan?

      Reply
  • August 21, 2018 at 3:02 am
    Permalink

    saya ada dua ekor kura2 nama dia Kiki Dan Lala . berapa bnyk chlorin yg perlu sy letak kan didalam air di akuarium sy ye . dan berapa bnyk air yg perlu sy letak ?kulit Lala terkopek naik warna putih dan dia kurang aktif . ciktom boleh jelaskan tak ? adakah ciktom boleh bagi jawapan yang terbaik .

    Reply
  • October 27, 2018 at 3:35 pm
    Permalink

    Ciktom beli kura kura ktne.

    Reply
  • February 17, 2019 at 11:14 am
    Permalink

    Salam Cik Tom.Sy ad jumpa kura2 liar kat blkg umah…sy bela dia dlm bekas plastik bulat besar…warna dia hitam skit sbb kotor…sy bagi dia mkn sayur…ok tak??

    Reply
    • March 6, 2019 at 12:54 pm
      Permalink

      Wslm..blh je. asalkan kura2 tu selesa dan makan..

      Reply
  • September 12, 2019 at 2:59 pm
    Permalink

    Salam Cik Tom. Knp air kura2 bau agak kuat? N time beli tu org kedai ckp nk sng letak air mineral dlm tu. Air RO boleh jugak kn??

    Reply
    • September 30, 2019 at 11:32 am
      Permalink

      Wslm..bau busuk tu sbb najis kura2…kena rajin tukar air..3x seminggu ke..yup boleh..kalau air paip tu kena masuk ubat anti klorin

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE