Penyakit Kura-kura dan Cadangan Cara Merawat
Assalamualaikum dan salam sejahtera… Dalam entry kali ini cik tom ingin kongsikan jenis-jenis penyakit kura-kura yang biasa pelawat blog cik tom tanyakan pada cik tom. Cik tom senaraikan masalah penyakit serta cadangan cara merawat kura-kura yang boleh dicuba sekiranya korang menghadapi masalah penyakit kura-kura seperti berikut;
1. Gigitan, Lebam-lebam, Kebakaran, Luka-luka dan Calar-calar
Masalah luka dan kecederaan pada kulit kura-kura yang amat kecil tidak memerlukan kaedah rawatan perubatan yang mendalam. Cukup dengan kaedah rawatan menyediakan air yang bersih dan pastikan kura-kura berjemur dibawah sinaran matahari secukupnya untuk membantu menyembuhkan kulit dalam masa beberapa hari. Walaubagaimanapun jika kecederaan agak serius boleh dapatkan “krim Nolvasan” atau “Neosporin” di mana-mana farmasi yang menjualnya dan sapu krim ini pada luka kura-kura dan pastikan luka sentiasa dalam keadaan kering.
Jika pendarahan tidak berhenti, luka-luka ini tidak sembuh atau daging koyak, maka korang harus bawa kura-kura untuk dirawat kepada doktor haiwan. Mereka boleh mencadangkan antibiotik atau bahan penyahjangkit untuk rawatan di rumah. Jika kura-kura kerap cedera oleh faktor berlawan sesama spesis kura-kura mungkin kerana faktor ruang akuarium yang kecil. So, pastikan korang menyediakan ruang akuarium yang luas dan selesa untuk kura-kura kesayangan masing-masing. Selain itu, pemilihan hiasan di dalam akuarium yang tidak bersesuaian juga boleh menjadi penyumbang kepada kecederaan kura-kura.
2. Kulat/ Fungus pada permukaan badan kura-kura
Kulat/ fungus kelihatan pada permukaan kulit atau cengkerang kura-kura tompok berwarna putih atau berwarna perang dan dapat dilihat dengan jelas di dalam air. Filter yang tidak memadai, kualiti air yang kurang bagus dan kekurangan berjemur menyebabkan berlakunya penyakit fungus pada kura-kura. Kaedah rawatan ialah merendamkan kura-kura ke dalam air yang berisi potassium permanganate. Potassium permanganate ini boleh dibeli di farmasi. Boleh refer entry berikut untuk gambar dan detail mengenai rawatan penyakit kulat/ fungus pada kura-kura; Kim’s Fungal Infection.
3. Kuku kura-kura yang panjang atau patah.
Mana-mana website mengenai kura-kura kecil tidak menggalakkan untuk memotong kuku kura-kura. Memotong kuku kura-kura boleh menyebabkan kesakitan dan juga mungkin jangkitan kepada kura-kura. Kerana kuku yang panjang merupakan ciri-ciri tarikan semulajadi pada pasangan kura-kura. Jika kuku kura-kura patah, boleh gunakan kaedah menyediakan air tangki bersih dan kuarantinkan kura-kura sementara. Jika terdapat kesakitan, pastikan luka sentiasa dalam keadaan kering dan sapu krim Nolvasan atau Neosporin sehingga sembuh.
4. Kura-kura hilang selera makan/ tidak mahu makan
Terdapat pelbagai sebab mengapa kura-kura enggan makan atau hilang selera makan. Kura-kura yang baru dipelihara mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tempat baru kerana sifat semulajadi kura-kura ialah haiwan yang bersifat pemalu. Kebiasaannya kura-kura mengambil masa hampir seminggu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan dalam tempoh itu kura-kura mungkin hilang selera makan.
Suhu air yang sejuk boleh melemahkan semangat kura-kura dari makan apabila seiring dengan kadar metabolisme kura-kura yang menurun. Suhu air sepatutnya dalam anggaran antara 23-26 degree celcius atau suhu bilik. Selain itu, tempat berjemur yang selesa dan sinaran cahaya matahari/ uv secukupnya penting untuk perkembangan sihat kura-kura kerana habitat asal kura-kura ialah 2 alam.
Kadang-kadang kura-kura boleh menjadi bosan dengan makanan biasa yang dimakan dan ingin mencari satu perubahan baru. Cuba ubah kepada makanan yang masih hidup seperti udang kecil atau ikan kecil. Udang dan ikan kecil ini boleh dibeli di kedai haiwan peliharaan. Selain itu, makanan berbau busuk atau yang berwarna terang mungkin kelihatan lebih menyelerakan bagi kura-kura. Menu sayur-sayuran seperti salad, kangkung juga boleh di cuba untuk kura-kura. Ayam mentah atau rebus yang telah dipotong kecil juga boleh diberikan kepada kura-kura. Cari menu makanan yang bersesuaian dengan kura-kura.
Penyakit dan jangkitan boleh juga menyebabkan kura-kura tidak selera makan kura-kura. Sebaiknya cuba siasat dengan teliti kenapa kura-kura hilang selera makan dengan segera kerana rawatan yang lambat boleh menyebabkan kura-kura kesayangan mati.
5. Kura-kura pasif dan asyik pejamkan mata
Masukkan anti-chlorine dalam air akuarium kura-kura kalau air paip yang korang gunakan tue tinggi kandungan klorin (tengok warna air putih keruh dan berbau tue means kandungan klorin tinggi). Anti-chlorine ni dimasukkan sebab sesetangah kura-kura yang sensitf tidak boleh hidup dengan air yang berklorin. Air yang berklorin boleh menyebabkan mata kura-kura rabun, buta atau juga kura-kura mati. Selain itu, boleh juga korang cuba gunakan kaedah rawatan dengan tukar air kepada air suam dan lihat jika terdapat sebarang perubahan positif pada kura-kura.
6. Cengkerang kura-kura lembut atau lembik
Ramai yang tidak memeriksa dengan teliti dan akhirnya tersilap membeli kura-kura yang lembik atau lembut cangkerangnya. Tapi jangan bimbang kerana korang still boleh merawatnya di rumah dengan memasukkan “Turtle conditioner” ke dalam air di dalam akuarium. “Turtle conditioner” ini berfungsi sebagai kalsium untuk menguatkan cengkerang kura-kura/ bagi mengelakkan cengkerang kura-kura jadi lembut.
Untuk jenis-jenis masalah penyakit kura-kura dan cadangan kaedah rawatan lain selain yang cik tom mention dalam entry ini, korang juga boleh rujuk di website; Redearslider.com: Health Directory. Boleh lihat pelbagai jenis entry cik tom berkaitan dengan kura-kura di dalam category kura-kura.
Sharing is caring
hihi…dulu sy pernah bela kura2.
wah kira yati ada pengalaman bela kura-kura la ni ek..
Assalammualaikum cik tom… nie elfa nak tanya … kyura2 elfa ada masalah … pipi dia bengkak dekat sebulan masih aktif cuma skrg dah start kurang mkn .. kenapa yer.. elfa takot lah ngan pipi dia semakin membesar… takot pecah dan mati plak.. elfa dah lama bela tapi kali nie plak berpenyakit… apa punca nyer yer.. elfa nak bawa klinik tak tau plak klilnik mana yg ader merawat kura2 kesayangan elfa ni…
nice info,,tapi putera tak bela kura-kura,,,
takpe kalau berminat in future..manalah tahu..hee
teringat cerita kura-kura dengan kancil…walaupun lambat, kura-kura tetap menang perlumbaan…hehehe
kura-kura haiwan pemalu yang paling comel…heeee
mula tengok tajuk ingat demam kura-kura
rupa betul2 cerita pasal kura-kura
anak kome nak sgt pelihara kura-kura tapi kome x kasik sbb kesian x tau caranya
tq entri ni, bolehlah cari kura-kura pasni 🙂
bukan demam kura-kura tapi betul2 penyakit kura2…hehee
banyak lagi entri mengenai kura2 kalau auc nak belajar..boleh refer category “kura-kura”..
Cerewet jugak nak membela kura-kura ni kan, penjagaan rapi diperlukan.
Tweet-kalau cikTom ada akaun
G+ – kalau ada akaun Google
LIKE – FB LIKE
Trima kasih ye cikTom datang komen, nak komen selalu pun takpe sebab 1 komen dapat point 🙂
http://denaihati.com/nikon-d90-gadget-impian-mj
xcerewet pun bela kura2 ni yunk..ni contoh sekiranya kura tue dapat penyakit..
sepanjang cik tom bela alhamdulillah xpernah kura-kura cik tom kena jangkitan apa2..
wah cik tom,dah macam dr kura2 lak ni..bagus2 dulu pernah nak bela tapi takut lak anak2 picit2 kura2 yg comel tu.
hehee..boleh tukar nama dr kura2 la pulak pasni..hehehe..
budak2 boleh bela kura2 ni..senang je..
ai..bela kura-kura kerr..
ai dah lama bela kura2..
sayangnya pd kura2 siap ada losyen badan dan pjagaan kuku… Akak mula2 ingat demam kura2….
ramai yang ingat demam kura2..hehehe..ini penyakit kura2 betul…
Akak saya nak tnya ,kura kura saya ni tk membesar mcam lagi seekor lepastu dia mcam tk aktif je , pastu dia punya mullut sntiasa terbukak . Kenapa ye ?
maaf kurang pasti sis..makan x?maybe tak sihat..cuba bawak pergi vet utk check..
wa.. janna tak de kura. tp leh la ambil tips ni lau nk bela nnti kan.. bagusnya entry nii
boleh je yunk..banyak lagi tips kura-kura lain kalau janna nak belajar.
Saya sangka demam kura-kura wujud rupanya penyakit yang dihadapi oleh kura-kura. 🙂
bukan demam kura2…tapi penyakit kura2 betul2 ni..hehee
cik tom plihara kura-kura ke?
brapa ringgit seekor?
cik tom pernah pelihara kura-kura setahun lebih..tapi terpaksa lepaskan kat kolam lepas tue sebab makin lama makin besar..dah tak muat akuarium..memang sayang..nama diego dan dora. seekor harga rm8.
Uish!! Mcm ku pernah dengar nama itu,tapi dimana ya ??
memang la pernah dengar blogger femes jugak ni..hee
aikkkk…..dah jadik doktor kura2 lak eh cik tom?….hehehe
hahaa…nak tukar profesion doktor kura2 minggu ni..
cik tom ,untuk arnab takde ke?arnab sy sekor dah mati..tak tahu skit apa2,tapi nampak gigi dia mcm over je ni..ada 2 ekor lagi arnab.harap2 mampu bertahan..
#ingat nk bela kura2 gak la..mcm best je..
takdelah sebab cik tom xbela arnab..try google mana2 blog yang share pengalaman bela arnab..
jomlah bela kura2..best tau!
aik, bukanker kura kra dah dilepaskan cik tom
memang kura-kura cik tom dah lepaskan bulan 11 tahun lepas..tapi blog ciktom kan ada entry tips2 pelihara kura2 dan juga fanpage facebook kura-kura. so ramai yang asyik tanya penyakit kura2 diorang je. lenguh nak jawab komen 1-1.. so pilih mana soalan yang biasa pelawat tanya dan compilekan dalam entry ni..senang utk future. huhu..
unik hobi cik tom, bela kura-kura, pernah kena demam kura tak? hehe
tak pernah demam kura2..hehee
Tak pernah plak sy pelihara binatang,… banyak tanggungjawab, takut terabai…:) kesian jugak
takpe kalau rs ok boleh pelihara bintang..sbb kalau terjaga berdosa plk kan..
setakat ne belum bela lagi..hubby baru bela arowana je
wah bela ikan arowana..menarik juga tue.
tak pernah bela kura-kura.. mula baca tajukniyer ingat penyakit pura2… sebab selalu pantun gini kura-kura dalam perahu kura-kura tak tahu…
hehe..penyakit kura-kura betul..
kura2 pun ada demam ke cik tom heee
kura2 takde demam sbb manusia dah curik demam kura yg namanya “demam kura-kura”…heeee
kura kura hehe kiut ler
kura2 mmg kiut bangat..
wah expert juga ciktom ni ye
biase2 je akak..belajar dari pengalaman dan berguru dengan sifu google..hehe
cik tom ada bela kura2 lain ke??
takde lagi beli kura2 lain setakat ini.
info untuk masa akan datang..mana tau datang seru nak bela kura-kura plak
aah kalau tiba2 rasa nak bela kura2 boleh jenguk entry2 cik tom utk rujukan..
mas nya kura2 dah mati 🙁
sedihnya…
de putih2..then xlalu makan..
ala sayangnya…sedih betul..putih2 tue kulat la yunk..
hai ciktom kura2 betina saya cengkerang dia boleh tahan keras nya tapi lembut sedikit. Pastu saya tanya kat ayah saya yang pasal cengkerang betina saya, tapi ayah saya kata dah memang cengkerang tu semulajadi.So kura2 betina saya sakit atau semulajadi?
memang semulajadi adik..jangan bimbang ye..
payah juga nak jaga kura kura ni ye, tapi kalau minat semua tu tak jadi masalah kan..
kura2 makan ikan gapi ke huhuhu..saya sayang ikan gapi yg comel mcm kesian pulak jadi makanan kura2
tak payah pun sbnrnye..yg ni kl kura2 tue ada masalah bila ada penjagaan yang tidak betul..
Salamm kenal Cik Tom, Teringat kat kura2 Yang pernah dipelihara dulu, Azie lepaskan sebab cepat sangat besar pastu memang kuat makan heheheh…Satu lagi selepas pegang kura2 ni pastikan basuh tangan dengan bersih, sebab ada penyakitnya..
salam kenal azie..yup mmg kura2 ni cepat membesar..kalau budak2 mudah jgkt penyakit kl pgg kura2 xcuci tgn dgn btul..
cik tom…aku pelihaa kura kura ni sudah beberapa minggu,dalam berapa hari ini…kura kura saya tiada selera makan & suka tidur…adakah ia sakit sudah…
cuba ubah pemakanan kalau kurang selera makan pd sayuran atau ikan kecil, udang kecil..
Cik Tom, turtle kite mati tadi. :”(
Tngk macam kaki dia ade fungus tu. tnggl sekor je. tp dia pn mcm ade jangkitan.
mane nk bli ek Potassium Permanganate tu??
alah sedihnye…potassium permanganate tue boleh beli kat farmasi..
“Turtle conditioner”
Turtle conditioner berape hargenye
sorry cik tom xtau sbb xpernah beli..
Ciktom betulkah yg setiap kura2 ada lapisan kulit dan bila dia nak besar kulit tu akan tercabut ayah saya kata yg dia akan tumbuh betulker? Dan kalau kura2 betina saya nak bertelur nak letak dia kat mana pasir ke atau air? Kalau letak kat pasir bukan ke pasir tu akan masuk ke dalam badan dia? Saya risau lah
Citom saya nak citer tadi saya keluarkan kura2 betina saya pastu dia gerak2 pastu jatuh kat lantai,saya pujuk dia pastu tak lama lepas tu kan kura2 betina saya tadi dia gigit saya kat hidung sakit!!. So kura2 saya marah kan saya ke atau dia sedang berlatih untuk melindungi diri?
ciktommm,saya punya kura-2 tak bukak mata pastu pasif.makan pun tak.dia da buta ke?;'(
try letak anti-klorin dlm air sebelum masukkan kura2..pastu cuba ubah menu makanan lain cam sayur2an dan udg o ikan kecil..tgk ada perubahan positif x..
salam cik tom. sy nak tye salah seekor dr kura2 sy kat kpala dy ad 1 mcm luka wane putih, dan dia klihatan mcm berlubg kat tgah2 2 sikit.. sy letak minyak gamat. boley ke?? ad effect xkura2 2..
ciktom..sy ada kure2 size tapak tangan 1ekor..pasangan dye bru mati sbulan lepas..then smalam sy bli kure2 yg kcil nk bg kawan dgn yg besa tu..boleh ke letak skali dalam 1 akuarium?? takut diorang gaduh la
permulaan boleh cuba letak sekali 1 akuarium tengok macam mana…kalau tak gaduh ok boleh proceed..but incase diorg gaduh awak kena pisahkan kura2 tu duk dalam bekas berasingan..
kura2 saya ada tumbuh macam putih2 ni di badan dia.. Kenapa tu ya? Binging ni tak tahu nak buat apa…
naik putih2 tue means kura2 awak kena penyakit kulat..cara nak ubat boleh refer pada entry ni ye yunk..
cik tom, kura2 sy asyik tidow je..hmpir 1 or 2 bulan jgk la dia tk bukak mate..mkn pun dia tnk..mcm2 dh sy bg…ap y perlu sy lakukan?
try selalu bg kura2 tue berjemur..tukar air setiap hari..masukkan anti-klorin dlm air akuarium sbb maybe awk guna air tue byk klorin smpi kura2 tu xbuka mata@skt mata..
kak saya nak tnya…klau cengerang kura2 tue pecah..cengkerang tue boleh tumbuh semula tak…sebabnya semalam kura2 saya hilang x tau mcmn bole terlepas..petang td saya terjmpa dya balik tpi dya luka cengkerang kura2 pecah mcm kena mkn..kura2 tue boleh baik tak klau mcm tue sedih sngt tngk keadaan dya..:(
Jom baca entri terkini miko&miki …Ranking Alexa Rank dalam Kenangan?
cik tom abng saya dan saya ada membela kura kura tapi kura kura abang saya bercangkerang lembut dan tidak banyak makan.
saya juga bela kura-kura kat hostel..nme dye pakjoko..tp kura2 saya tue cam buta je…mate dye xbuka…sye xtaw nak buat pe ag,..kesian ngat..dye xmkan… dlm blik ni ada 4ekor..3 ok je…1 je prblem kit.. hrap ciktom bleh tlog…sye xnk khlgan dye..sb kalo sye study msti sye nk tgk kura2 bru senag belajarrr..tolong yeeee
Salam. Sy nk tnya (untuk kepastian) utk elakkan dprd kura2 sy mati.
Yg putih tumbuh kt cengkerang kura2 tu fungus kn? So, sy dh cuba la cara ni, jemur dia, ganti air selalu. Soalan sy:
1. Klu badan kura2 sy basah, benda putih tu xnampak. Klu sy jemur or badan dia kering, putih kt cengkerang tu baru nmpk. So itu fungus ke atau lain?
2. Mngenai potassium permanganate, kt farmasi biasa (tpt jual ubatan manusia) ada kn, xsemestinya kna pergi vet kn?
3. Potassium permanganate ni, sy blum pernah cuba lg, tp nk pasti, klu rendamkan kura2 dlm potassium tu xpape ke? sbb ye la takut kura2 tu xsuka dgn bau or rasa potassium tu, or
tertelan airnya, mati nnt.
4. Sy pernah baca entry org lain, katanya klu ada benda putih tu bleh diubati dgn rendam dlm air garam. So mcm mna pendapat ttg cara itu?
Sorry byk tnya, tp thnks 4 your time. Thanks.
1. setau cik tom memang putih kt cengkerang itu fungus wlpn appear ms basah/kering..tp biasanya basah la..
2. yup ada jual gak kat farmasi biasa..
3. xpe je..tp ikut nisbah n kuantiti air yg betul..boleh rujuk pd farmasi/kdai ubat tu berapa sukatan yg bersesuaian dan tak bahaya..
4. boleh cuba guna air garam jgk..tp jgn letak byk sgt..
sorry lmbt reply..
Salam cik tom,saya nak tanya kalau kura kura tu buta ,macam mana nak sembuhkan dia,tolong jawabb cik tom
wslm…kalau dah buta memang tak dapat nak tolong..cuba rujuk kepada doktor haiwan.
Terima kasih ya,kura kura saya dah elok ,mata dia boleh buka sikit selepas saya letak anti chrolin.Boleh tak saya nak id wechat atau wassap,kalau apa jadi kat kura kura saya boleh saya tanya .tq ya
salam cik tom,saya nak tanya ? boleh tak dalam akuarium kura-kura tu letak ikan2 kecil seperti ikan guppy ?
boleh je..cik tom memang letak ikan guppy..nanti lapar..kura2 tu makan je..
Cik tom.. Kalau yg potassium permanganate tu kan, saya pakai yg aquadine gill, fungus parasite special boleh ka ? Kalau boleh macam mna cara guna dia dan dose dia ya
Kura2 ni boleh tahan nafas dia dlm air berapa lama ye? Kura2 saya yang betina tu dia mcm lama sgt dlm air. Pastu tangan kaki dia semua masuk dalam cengkerang. Selalunya kalau saya angkat dia akan keluarkan kepala. Risau pulak ?
Hi Cik Tom
Saya ada pelihara kura-kura yang masih kecil dalam 2 minggu yang lepas. Kura-kura tu sampai ke hari ni dia kurang makan dan tidak aktif. Apa punca dan cara rawatan dia yer?
hi..sori ye baru baca komen..maybe boleh ubah menu makanan..ptong kecik2 makanan bagi tu..bagi berjemur…
Hi, nak tumoang tanya . Kenapa kulit kura kura mengelupas and kuku kura kura pun dah tak tumbuh ? Thank you !