Perbandingan Emas Perhiasan Dan Emas Jongkong
Salam ceria kepada semua yang singgah di blog cik tom.. Sebelum ini, pernah cik tom kongsikan entry mengenai; Cik Tom Pilih Emas Sebagai Simpanan Masa Depan dan juga Fakta dan Cara Nak Kenal Emas. Ada yang bertanya ingin tahu lanjut apa perbezaan antara emas perhiasan dan emas jongkong? Di sini cik tom kongsikan serba sedikit perbezaan antara emas perhiasan dan jongkong emas. Jika ada yang nak tambah/ perbaiki maklumat lain dipersilakan.
Emas Perhiasan
|
Emas Jongkong (gold coin / gold bar)
|
Kepelbagaian rekabentuk yang menarik.
|
Rekabentuk yang terhad iaitu bentuk duit syiling atau jongkong.
|
Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan. Kita lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding sesuatu yang tidak digunakan.
|
Hanya sesuai untuk pelaburan semata-mata.
|
Kadar upah dikenakan mengikut rekabentuk. Lagi canggih/ complicated rekabentuk lagi tinggi kadar upah.
|
Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat emas.
|
Mudah dijual semula dan dipajak di mana-mana pajak gadai atau bank Ar-Rahnu.
|
Mudah dipajak di pajak gadai konvensional. tapi hanya Ar Rahnu terpilih sahaja menerima pajakan emas jongkong.
|
Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu.
|
Terdapat kepelbagaian saiz, bergantung kepada kemampuan kewangan individu. Saiz paling kecil ialah dinar emas.
|
Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat.
|
Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat kerana berat yang tepat dan jitu.
|
Contoh di Terengganu, zakat emas perhiasan yang dipakai tidak perlu dibayar kecuali jika cukup haul, iaitu apabila melebihi 850g.
|
Contoh di Terengganu, zakat emas yang disimpan perlu dibayar apabila cukup haul, melebihi 85g.
|
Fikiran kebanyakan penyimpan emas perhiasan, biasanya emas perhiasan lebih dihargai dan disimpan lebih lama kerana mempunyai sentimental value. Secara tidak langsung emas tersebut menjadi pelindung kekayaan dan akhirnya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda.
|
Fikiran kebanyakan pelabur emas, biasanya emas jongkong dijual semula apabila harga telah mencapai target keuntungan, sekaligus tidak memaksimumkan pulangan. Dalam masa yang sama setelah emas tersebut dijual, harga belian semula sudah lebih tinggi. Ini adalah kerana anggapan yang bermain di fikiran bahawa sebagai “pelabur’ hanya menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.
|
Sesiapa yg membeli emas sudah mempunyai jaminan perlindungan diwaktu kesusahan. Emas boleh diibaratkan seperti insurans. Belilah ia untuk perlindungan diri kita sendiri dan juga keluarga. Tidak rugi beli emas untuk simpanan masa depan.
Kepada semua yang melabur mahupun menyimpan beringatlah untuk bayar zakat emas jika cukup haulnya seperti dalam entry Hukum Zakat Emas dari Perspektif Islam.
Sharing is caring
Ramai dah orang di seluruh dunia simpan emas,sebab mereka tahu 1 hari nanti wang sekarang sudah tiada nilai lagi.Sekarang masa terbaik untuk beli emas? betul ker Cik Tom?
yup sekarang memang masa terbaik beli emas..sebab dengar orang yang buat analisa pasal emas ni cakap harga emas bakal naik dalam seminggu 2 lagii..
emas mahal la sekarang..tak mampu nak beli dah..bukan macam dulu la..sebab tu pelaburan emas memang menguntungkan..
emas memang mahal..makin lama makin naik harga emas..
salam CIK TOM, emas perhiasan selalunya mengalami susutnilai harga (spread) yang amat tinggi di antara 25 – 35% berbanding dgn jongkong/syiling emas. Pada pendapat saya Emas jongkong adalah pilihan yg lebih tepat sebagai pelindung kekayaan kerana ia mudah diterima di mana saja di seluruh dunia, janji ia tulen..
yup cik tom tau susut nilai barang kemas tinggi sehingga 30%. oleh sebab tue dalam entry cik tom cakap emas ini sesuai untuk simpanan masa depan..sebabnya untuk long term kita sbgai manusia biasanya akan menyimpan emas dlm bentuk perhiasan lebih lama berbanding dalam jongkong emas..lagipun berapa kerat sangat yang melabur jongkong emas yg betul2 take note bab zakat??cik tom tetap pilih emas perhiasan sbb ada cara utk mengoptimumkan keuntungan belian emas perhiasan..akan ciktom cuba olah dalam entry akan datang..insyaAllah..
Belum ada peluang nak melabur emas
Masih dalam proses bayar hutang
xpe nanti dah habis bayar hutang boleh rebut peluang melabur emas pulak,
wah, artikel yg bagus, jap nak tanya, mcm mana ciktom mengekalkan prestasi blog dengan rangkin alexa dengan baik sedangkan ciktom hanya auto publish, boleh kongsikan x
thanks juan..
erm kekalkan prestasi alexa?entah la juan..ciktom autopublish macam biasa je..xde tips untuk kekalkan prestasi blog setakat ni..tapi rasanya alexa ciktom makin kecil sbb trafik uv n pv cik tom pun makin banyak..
cik tom.. nk thu tak lately janna berminat nak pakai emas. dan teringin nk beli emas sendiri..nk tunggu org masuk meminng bwk emas.. hmm nth bila.. cik tom kt kuala pilah kan/ kedai emas mana yg hrga emas nya murah ek??
semua kedai emas kat pilah semua sama harganya..dah standardize..ciktom ada beli satu kedai emas ni sebab ownernya peramah..service bagus cuma lupa nama kedai..kedainya kalau dari klinik traffic light bernombor tue ialah kedai emas sebelum masuk ke lorong bank islam..bangunan kedai emas tue kaler hijau tua..
Baik beli perhiasan emas untuk isteri sendiri. 🙂
yup betul tue..nanti isteri pun bertambah sayang..
Buat msa sekarang ni saya baru je beli perak 3 keping.Insyaalah emas jongkong tu saya akan beli tak lama lagi.Untuk masa dpn bersama..
wah bagusnya sekolah lagi dah beli perak 3 keping…bagus2 ada perancangan dari muda lagi..good luck!
Ade student beli emas tok simpanan masa depan . bru huda paham kenapa 🙂
untuk pelaburan atau simpanan masa depan..sebabnya emas tiada kadar inflasi so harganya sentiasa akan naik dan simpan emas ni memang menguntungkan bagi tempoh masa panjang..
hati2 pakai barang kemas ya cik tom, kalu beli jongkong mas tu simpai baik2..
yup sekarang kadar jenayah tinggi so memang kena hati-hati pakai barang kemas..jongkong emas lebih bagus simpan dalam safety box di bank.
Tengah in progress nak buat perlaburan emas ni.
Sebab asyik kena bebel dengan rakan2 sekerja suruh buat 😉
wah bagusnya dapat kawan sekerja yang prihatin..good luck dalam pelaburan emas..
Myra & suami ada plan nak melabur dengan emas, tp buat masa sekarang belom berkesempatan, masih survey 🙂
p/s : Cik Tom, kalau sudi tolong myra menangii gadget impian dengan Denaihati, boleh?
http://denaihati.com/nikon-d90-gadget-impian-mj
nanti dah survey boleh mula melabur emas ye.
nak tolong macam mana tue??boleh je.
yang penting bermanfaat buat yang punya,, dan positif untuk di pakai nya..^_^
yup kedua-duanya mempunyai manfaat.
ha, dah berapa gram beli emas ni??
ada la rahsia..tengah himpun barang kemas ni..huhu
mmm…emas perhiasa jugak yang menjadi rebutan nampaknya…
sudah semestinya terutamanya bagi kaum wanita…hee
lom ada bajet lg nak simpan gold bar atau yg sewaktu dgnnya……:)
xpe yas..bila ada bajet lebih nanti boleh try..
ingat nak beli emas tuk cincin tunang,tapi paksa cncel..
#takpe lepas ni beli lens lagi best^^
beli jelah emas utk simpanan…bkn dh beli lens ke aritu??ni nak beli lagi…
wah dah siap perbandingan mudah nak kenal pasti jika siap jadul bgni
memang lagi mudah bila buat jadual kalau nak compare apa2 pun.
rajin cik tom buat kajian hgeee..
satu kepuasan juga bila buat kajian macam ni..ilmu baru pun bertambah..
Dari segi investment emas jongkong lebih baik berbanding degan emas perhiasaan…
yup kalau utk investment mmg lg better emas jongkong but for life saving long term better emas perhiasan..
satu perkongsian yang baik.
terima kasih
sama2..