10 Tips Persediaan Perkahwinan Buat Bakal Suami & Isteri

10 tips persediaan perkahwinan buat bakal suami & isteri ini khas untuk kawan baik blogger cik tom yang bakal melangsungkan perkahwinan akhir tahun ini. Semoga semuanya berjalan lancar ye. Nak kahwin kenalah buat persediaan perkahwinan kan. Kenapa perlunya persediaan perkahwinan?? Kerana apabila diperhatikan secara mendalam, antara punca kepada penceraian di usia perkahwinan atau usia pasangan yang muda adalah kerana mereka boleh dianggap sedikit terburu-buru dengan berkahwin tanpa persediaan perkahwinan yang sepatutnya dari sudut fizikal, mental dan mungkin juga material.

Lepas akak nikah> upacara batalkan air sembahyang

10 Tips Persediaan Perkahwinan Buat Bakal Suami & Isteri

1. Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun isteri. Kewajipan melaksanakan amanah tersebut adalah kewajipan dan menjadi tuntutan agama, malah ia akan dihisab di padang Mahsyar kelak.

2. Pasangan yang bakal berkahwin juga mesti mendalami ilmu agama secara berterusan terutama untuk bakal suami, kerana menjadi kewajipan suami kelak untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Jika tidak mampu, cadangkan dan doronglah mereka untuk menhadiri kuliah-kuliah agama. Jangan pula kita menghalang mereka daripada menuntut ilmu agama.

3. Perlu adanya satu ketetapan sebelum perkahwinan bahawa walau apa pun terjadi dalam rumahtangga (selagi tidak memudaratkan), maka jangan sampai ia melibatkan orang ketiga termasuklah kedua ibu bapa atau mentua. Berdepanlah secara lemah lembut dan berhikmah dengan pasangan, insyaAllah keharmonian rumah tangga menjadi habuan.

4. Perlunya pasangan itu memahami adat resam budaya tempatan pasangannya jika perkahwinan mereka berbentuk rentas budaya (cross-cultural). Sentiasa menghormati dan cuba salami dan asimilasikan adat resam budaya belah pasangan, anda tentu akan menjadi kebanggaan bakal mentua.

5. Keterbukaan dan perbincangan tuntas secara berterus terang mampu untuk memahamkan pasangan masing-masing jika bakal pengantin tersebut menghadapi masalah seksual. Kerana adalah lebih baik berterus terang dan bagi hak untuk diri pasangan memilih samaada untuk terus bersama atau sebaliknya. Jika hal ini hanya diketahui selepas berkahwin maka pasangan akan tertipu dan yakinlah implikasinya akan bertambah buruk.

6. Buat persediaan yang mantap dari sudut ekonomi. Tidak dinafikan Allah menjamin rezeki kita apabila sudah berkahwin. Ini juga sudah dinukilkan dalam lembaran kalamNYA. Namun janganlah pula tunggu sehingga masalah ekonomi memangkin kepada punca krisis rumahtangga. Sebenarnya sikap tanggungjawab dan berusaha paling penting. Yakinlah Allah tidak akan sia-siakan usaha kita untuk melakukan perkara yang disuruhNYA.

7. Kerjaya yang merujuk kepada pangkat. Pada hari ini menjadi kebiasaan wanita yang lebih bekerjaya mengahwini lelaki yang berjawatan biasa. Di sini sifat sabar pihak suami perlu dioptimumkan dan sifat ego pihak perempuan perlu diminimunkan. Hormatlah pasangan sebagai suami isteri nescaya kehidupan akan harmoni.

8. Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang. Jauhilah amalan merokon dan pemakanan serta gaya hidup merisikokan diri kepada penyakit kronik. Jika penyakit itu terjadi selepas perkahwinan kepada salah seorang pasangan, mereka perlu bersabar. Yakinlah Allah tidak akan menguji hambanya jika ujian tersebut tidak mampu kita tanggung.

9. Hiasi diri dengan akhlak dan perangai yang dianjurkan oleh Islam. Tunjukkanlah sikap-sikap yang mahmudah dan elakkan bersifat mazmumah.

10. Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Hampir 80% kegagalan rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi. Krisis ini muncul apabila pasangan mendapati dirinya tidak difahami oleh pasangannya dan ini akan menimbulkan rasa tidak diambil berat lantas mencetuskan pemberontakan dalaman.

Dalam apa jua perhubungan pun sebenarnya yang paling penting ialah komunikasi dan juga sikap tolenrasi seperti dalam lirik lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia kerana setiap yang berpasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Kanda pula kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
Komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar, tak perlu bermasam muka.

Sumber rujukan: Zuhayati Yazid, Fokus Mega, Khamis, 1 Disember 2011.

Selain itu, direkemankan kepada bakal pengantin yang berminat boleh dapatkan Panduan Perancangan Perkahwinan Lengkap supaya perkahwinan anda berjalan dengan lancar tanpa pembaziran dengan klik >>>SINI<<<

dan juga Panduan Lengkap Malam Pertama Bagi Pengantin Baru supaya malam pertama anda dilalui dengan indah tanpa masalah dengan klik >>>ISTERI<< & >>SUAMI<<<

Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

64 thoughts on “10 Tips Persediaan Perkahwinan Buat Bakal Suami & Isteri

  • February 8, 2012 at 11:19 am
    Permalink

    mmg tips yg betul!…sila baca..pantun sy suka la cik tom…

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:31 am
      Permalink

      semua setuju..heee…pantun sy suka la cik tom??dalam entry ni ke??

      Reply
  • February 8, 2012 at 11:51 am
    Permalink

    Yup yg penting masing2 merendah diri…dan jgn suka cari jalan untuk bertengkar.Kalau ada yg tak kena bawa bincang.Jgn sesekali tinggi suara,baik suami or isteri,masing ada perasaan.Itulah resepi saya selama ni dgn isteri.

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:30 am
      Permalink

      thanks sudi berkongsi tips dan pengalaman 😉

      Reply
  • February 8, 2012 at 12:37 pm
    Permalink

    tips ni kena direfresh selalu kadang2 terlupa…krn perjalanan rumah tangga amat jauh dan berada dalam tempoh yang lama bukan mudah untuk mengharunginya…

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:30 am
      Permalink

      wah mesti dah lama kahwin ni..banyak pengalaman rahsia kebahagiaan sesebuah rumahtangga.

      Reply
  • February 8, 2012 at 1:10 pm
    Permalink

    masa bercinta dan duduk bersama tidak sama. Apabila sudah duduk bersama ia betul-betul menguji persefahaman masa ini semua perkara akan nampak sekecil-kecil sehingga besar.

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:29 am
      Permalink

      dah 3 orang komen camni..yang waktu bercinta lain dengan waktu lepas kahwin..memang kena siap sedia mental dan fizikal

      Reply
  • February 8, 2012 at 1:49 pm
    Permalink

    ingatkan cik tom yang nak kawen..;p

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:26 am
      Permalink

      belum lagi akak…tunggu calon muncul je ni..hahaha

      Reply
  • February 8, 2012 at 3:33 pm
    Permalink

    memang betul, persiapan sebelum kahwin tu perlu…. agar bila tiba masanya nanti tak kelam kabut… peringatan baik buat yg bakal menempuh alam perkahwinan……

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:28 am
      Permalink

      yup perlua ada persiapan utk buat apa pun perkara dalam hidup..apatah lagi nak kahwin kan..perkara paling penting dalam hidup.

      Reply
  • February 8, 2012 at 3:41 pm
    Permalink

    Pkongsian yg bermanfaaat utk bkl pengantin baru…when will be your turn??? hehe

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:26 am
      Permalink

      insyaAllah someday it will come true..hehee

      Reply
    • February 19, 2012 at 7:23 am
      Permalink

      ehehehe…nak kahwin akhir tahun ni la tue..

      Reply
  • February 8, 2012 at 10:53 pm
    Permalink

    selamat berbahagia kepada semua yang bakal berkahwin
    sentiasalah bersabar dengan perangai pasangan masing2

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:06 am
      Permalink

      tue dia nasihat dari yang berpengalaman..hee

      Reply
  • February 8, 2012 at 11:13 pm
    Permalink

    selamat berbahagia untuk bakal2 pengantin
    Sentiasa bersabar dalam melayari bahtera rumah tangga

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:39 am
      Permalink

      semoga dipermudahkan segala urusan majlin buat semua bakal pengantin..

      Reply
  • February 9, 2012 at 8:58 am
    Permalink

    walaupun tak relevan untuk saya, tapi mungkin akan releven satu hari nanti >:)
    err…boleh ka macam tu?

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:40 am
      Permalink

      eh bukan dah kahwin ke??so memang dah relevan kot..huhu

      Reply
  • February 9, 2012 at 10:52 am
    Permalink

    Untuk kawan cik tom kerr? Tahnia tuk beliau….memula ingatkan tuk cik tom…gamaknya bila lak ehhh? Hehehe

    #Jgn maree….nti kena juallll….:)

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:42 am
      Permalink

      aah untuk kawan blogger cik tom, padin..heee..cik tom xtau la bila..kalau ada nanti akan dijemput dalam blog..insyaAllah..heee

      Reply
  • February 9, 2012 at 11:01 am
    Permalink

    ciktom.. kite pun dh mule kene fhm dan bersedia kan? wlpun x th kawin bile.. hihihihi

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:41 am
      Permalink

      yup perkongsian untuk peringatan cik tom sendiri juga..dah kena bersedia dari sekarang walaupun xtau bila kahwinnya..heee

      Reply
    • February 19, 2012 at 7:03 am
      Permalink

      alhamdulillah..tahniah..kenapa nak kena tunggu 10 tahun baru celebrate?celebrate tiap2 tahun..hee

      Reply
  • February 10, 2012 at 12:44 am
    Permalink

    no 6 tuh memang betul..kalau xde duit,susah nak kawin..huihuhu..barang dah la semua mahal.kan?

    Reply
    • February 19, 2012 at 6:48 am
      Permalink

      aah skang barang semua mahal..ramai amik inisiatif kahwin berhutang..pinjam duit sana sini sebab nak kahwin grand2..

      Reply
  • February 10, 2012 at 9:31 am
    Permalink

    wah dah pandai bagi tip ni..ciktom bila pulak? jgn lupa jemput tau

    Reply
    • February 19, 2012 at 6:47 am
      Permalink

      hehe…tips untuk kawan blogger yang nak kahwin akak..cik tom xtau lagi..insyaAllah jemput akaknya kalau buat majlisnya..

      Reply
  • February 10, 2012 at 10:11 am
    Permalink

    Bagus nya Cik Tom kongsi tip nie.. Memang berguna…

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:01 am
      Permalink

      tips ini pun cik tom amik untuk perkongsian bersama.

      Reply
  • February 10, 2012 at 11:14 am
    Permalink

    Banyak yg jadi masalah adalah komunikasi…tak de komunikasi antara pasangan..bila ada masalah tak boleh nak discuss…masing2 dengan ego2 masing-masing….satu lagi jaga solat ..kengkadang ada yang dah kawin tapi tak solat…camner hidup nak dapat berkat yg wajib tak ditunaikan.

    Reply
    • February 21, 2012 at 10:55 pm
      Permalink

      aah bila xde komunikasi dan toleransi bersama pasanganlah yang menyebabkan masalah yang kecil menjadi teruk..

      Reply
  • February 10, 2012 at 12:24 pm
    Permalink

    kena ready ni..nak jadi insan sempurna…
    nnti nak kahwin kan susah..

    Reply
    • February 19, 2012 at 11:33 am
      Permalink

      yup kena bersedia dari awal mental dan juga fizikal.

      Reply
  • February 11, 2012 at 11:03 am
    Permalink

    satu perkongsian yang baik.cik tom bila lagi?

    Reply
    • February 19, 2012 at 6:41 am
      Permalink

      insyaAllah bila sampai jodoh dan masanya..

      Reply
  • February 11, 2012 at 11:19 pm
    Permalink

    bakal suami & bakal isteri kena lengkapkan diri dgn ilmu sbb dlm perkahwinan ada byk cabaran dan ujian bakal dihadapi. Ia xsama seperti zaman bercinta-cinta dulu

    Reply
    • February 19, 2012 at 6:36 am
      Permalink

      ok kena dengar nasihat orang yang dah berpengalaman ni.

      Reply
  • February 13, 2012 at 9:10 am
    Permalink

    hehe.. lg sati cik tom.Bakal isteri perlu belaja cakar harimau..hehehe

    Reply
    • February 19, 2012 at 6:34 am
      Permalink

      cakar harimau??hehehe…aniss ni dah kahwin ke?

      Reply
  • February 14, 2012 at 5:43 pm
    Permalink

    eh tiba-tiba rasa nak kawin..hahaha (kidding)

    Reply
    • February 19, 2012 at 5:35 am
      Permalink

      hehe..pe salahnya kalau tiba2 rasa nak kahwin..dah cukup umur..hee

      Reply
      • February 20, 2012 at 3:00 pm
        Permalink

        dah cukup semua mmg tak salah hee…

        Reply
        • February 21, 2012 at 11:16 pm
          Permalink

          kalau dah cukup semua tunggu calon je la..hehehe

  • February 19, 2012 at 1:50 am
    Permalink

    pelik nape hilang je ye comment mas ?
    ke cik tom buang?huihuhu

    Reply
    • February 19, 2012 at 2:11 am
      Permalink

      xbuang pun yunk…tapi xapprove lagi..ada 283 komen cik tom xsempat approve lagi ini..huk3..
      or maybe comment mas masuk ke next page untuk komen..

      Reply
      • February 20, 2012 at 7:44 pm
        Permalink

        hihihi..ok2..terima kasih kak

        Reply
        • February 21, 2012 at 11:11 pm
          Permalink

          sama2 adik mas sayang 🙂

  • February 19, 2012 at 12:34 pm
    Permalink

    tunggu majlis kahwin cik tom. haha

    Reply
      • February 20, 2012 at 2:58 pm
        Permalink

        ha kasir besar klu keick pulang balik heeee

        Reply
        • February 21, 2012 at 11:17 pm
          Permalink

          betul tue suri..nak hadiah besar..xmo hadiah kecil..hahaa

  • February 20, 2012 at 2:58 pm
    Permalink

    adakah cik tom bakal bina masjid bhgi ini. .? ker dok dlm hati bunga2 nihe heee

    Reply
    • February 21, 2012 at 11:17 pm
      Permalink

      insyaAllah bila sampai waktunya nanti suri..

      Reply
  • February 21, 2012 at 9:35 am
    Permalink

    Kalau-kalau Cik Tom kawen nnti ulur2 ah kad jemputan tu.Rumah kita dekat je,belah-belah jari gitu.Ekeke…

    Reply
    • February 21, 2012 at 10:42 pm
      Permalink

      rumah dekat??whr duk kat mana tue…insyaAllah…

      Reply
  • February 29, 2012 at 5:08 pm
    Permalink

    Setuju!!! Yang pentingnya komunikasi dan sikap toleransi.Dan yang penting saling lengkap melengkapi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!