Tips Cari Pakej Fotografi Perkahwinan Berkualiti dan Terbaik

Tips Cari Pakej Fotografi Perkahwinan Berkualiti dan Terbaik | Assalamualaikum dan salam sayang…. Sememangnya menjadi impian semua pengantin untuk menjayakan satu majlis perkahwinan yang sempurna dan terbaik dari segala sudut.Salah satu perkara yang penting dalam membuat persediaan perkahwinan ialah mencari pakej fotografi perkahwinan berkualiti dan terbaik.

Kenapa pentingnya pakej fotografi perkahwinan yang berkualiti??

Ini berdasarkan pengalaman majlis perkahwinan ciktom sendiri ye. Pakej fotografi kahwin yang cik tom amik memang sangat mengecewakan. Kalau tengok confirm rasa nak nangis. Rasa menyesal tak berguna lagi. Perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Kenangan waktu kahwin tue la yang kita nak rekod dan simpan.

Yang ciktom kecewa dengan pakej fotografi ciktom tu kerana fotographer masih kurang berpengalaman dan gambar yang diambil angle yang buruk. Gambar dulang hantaran yang kabur dan tidak kena angle. Lagi bertambah pelik kami shooting banyak gambar tapi bila dapat softcopy rasa tak sampai separuh dari gambar kami shooting. Lagi lawak gambar berulang pula. Sedih sangattttttt!!!

Dapat album kahwin pula bertambah sedih. Gambar cuci tanpa sebarang edit tau. Pastu lawaknya siap 1 muka album tu duk cuci gambar sama. Tak faham apa motif??

Banyak lagi kalau nak cerita tapi malas nak ingat kembali kenangan buruk tersilap percaturan pilih pakej fotografi perkahwinan. Tersadai album tu dalam stor. Memang ciktom tak tunjuk kat sesiapa. haha… Ini semua gara-gara nak harga murah la punya pasal. Padan muka ciktom. huhu..

Makkk oii intro dan panjang bukan main kan? haha…

So, amik iktibar ciktom nak kongsi tips penting untuk cari pakej fotografi perkahwinan yang berkualiti dan terbaik.

Haaaa… macam mana tu nak tahu??

Tips Cari Pakej Fotografi Perkahwinan Berkualiti dan Terbaik

1. Survey hasil photoshoot dari pakej fotografi

Yang ini tips paling pertama dan utama iaitu sebaiknya korang stalk, selongkar, lodeh ke apa semua platform media sosial seperti facebook, instagram, pinterest untuk pakej fotografi perkahwinan yang korang tengah survey tu. Lihat hasil gambar photoshoot fotographer diorang tu cantik ke idok??

Tengok posing berserta panorama gambar pasangan pengantin tu biasa je ke, medium or terlampau awesome!!

Yang ni contoh single photo dari pakej fotografi perkahwinan yang ciktom berkenan..cantik gilerr!

Pakej Fotografi Perkahwinan

Unik kan gambar macam ni? Kekonon macam pengantin lelaki tu angkat pengantin perempuan. hihii..

Hii..buat apa tue? Malu-malu kucing ye. haha…

2. Lihat Hasil Pada Design Album

Yang ini tips penting jugak sebab album ciktom tu album hitam je. Bukan album customade design. So, sebaiknya korang tanya betul2 owner pakej fotografi tu pakej korang amik tu include apa? Biar clear gituu.

Contoh 3 gambar di bawah ni cik tom rasa awesome sangat hasil photoshoot pada Design Album yang ciktom selongkar dari website The Orange Photography.

Smart kan design album2 ni.

3. Teamwork Pakej Fotografi  Perkahwinan Yang Terbaik

Ok ni lagi point kena titik beratkan. Nanti yang datang photoshoot korang tu sorang je ke dengan team? Kalau sorang je jawabnya gambar pun gaya sorang je la. haha… Yang terbaik ialah ada teamwork untuk shoot dan edit gambar. Sekurang-kurangnya 2 orang photographer untuk hasil yang terbaik. Sorang akan datang shoot, sorang jaga props dan kalau ada extra lagi backup ambil gambar.

Ini contoh teamwork dari The Orange Photography yang sentiasa discuss untuk hasilkan gambar yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Ini pulak tengok team edit mengedit gambar photoshoot perkahwinan untuk lagi nampak berkualiti dan cantik

4. Testimoni Pelanggan Pakej Fotografi Yang Berpuas Hati Dengan Servis

Ini pun penting untuk korang titik beratkan tau. Lihat testimoni yang pelanggan sebelumnya samaada berpuas hati atau tidak. Jangan pulak jadi kes viral tahun lepas. Duit deposit hangus sebab pakej bridal dan catering perkahwinan tu penipu rupanya.

Jadi penting sangat baca testimoni pelanggan ye. Contoh bawah ni testimoni pelanggan dari screenshot whatsapp. Boleh pakai tapi tak boleh percaya 100% sebab sekarang ada apps Whatsapp Fake tau!

So, nak tengok testimoni pelanggan pakej fotografi perkahwinan yang macam mana kak oii??

Haa, yang macam bawah ni tau adik-adik. Pelanggan tu share pada review facebook dan yang penting pelanggan tu pun real bukan fake user. Amboi kak banyak benor perkataan fake. haha..

5. Selidik betul2 harga pakej dan apa yang terkandung dalam pakej

Oleh sebab ciktom dah bad experience tak check bebetul. Korang jangan pulak terikut bad habit ciktom ni. Jangan duk kejar harga murah je semata-mata. Kualiti tu penting ye. Baru hasilnya memuaskan hati.

Ini contoh harga pakej dan details yang bagus. Siap explain siap2 harga dan apa yang terkandung dalam pakej. Saiz album berapa, album jenis custom, saiz frame berapa, siap sekali dengan pakej edited gambar. Lagi best tu harga RM2000 siap free outdoor.

Haishh kalau boleh ulang ni rasa nak ambil photoshoot kahwin kat bawah ni. haha… Pakej fotografi ni ciktom ambil dari The Orange Photography.

Harga Pakej untuk 2 Event Photo RM2,000.00
– 2 Event Coverage (Nikah & Sanding)
– Custom Album 10X12
– Exclusive Frame 16 X 24
– FREE Outdoor
– FREE Edited Photo
– FREE Box & Bag

Dah namanya tips kena la ikut betul2 langkah ciktom bagi ni tau. hehe..

Cara nak mudah semua tips ciktom share atas tu ciktom applied dan survey pada servis pakej fotografi perkahwinan oleh The Orange Photography. Hasil ciktom review servis pakej fotografi diorang memang tiptop bagus!

Pada yang berminat nak dapatkan khidmat pakej fotografi perkahwinan dari team The Orange Photography, korang boleh rujuk maklumat dibawah;

Tel : 017-296 2141 / 017-211 6634
Email : [email protected]
Website : https://theorangephotography.com
Alamat : T3-1D, Tingkat 1, Kompleks Amaniah, 68100 Batu Caves, Selangor

 

Pakej Fotografi Perkahwinan
Contest SEO Pakej Fotografi Perkahwinan ini turut disertai oleh;

Selamat maju jaya untuk contest seo pakej fotografi perkahwinan!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Tips Cari Pakej Fotografi Perkahwinan Berkualiti dan Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE