3 tip supaya rambut kekal wangi dan selesa walaupun berhijab

Assalamualaikum dan salam sayang…. Mungkin tip ciktom kongsikan ni ada yang dah tahu serta amalkan pun cuma pada mereka yang belum tahu boleh baca serta kongsikan pada rakan-rakan yang lain. Oh sebelum ciktom terlupa tip ni pun untuk orang lelaki pun boleh juga ye.

3 Tip Supaya Rambut Kekal Wangi Dan Selesa Walaupun Berhijab

3 tip supaya rambut kekal wangi dan selesa

Gosok kulit kepala dan rambut dengan limau purut.

Ni petua orang dulu-dulu, mungkin zaman tu tak ada syampu macam kita zaman sekarang ni, diorang just pakai apa yang ada disekeliling mereka. Pesilat pesilat pun ada pakai limau purut untuk mandi majlis mereka. Memang betul bila mandi dengan limau purut ni badan akan bau wangi 2-3 hari. Buat tiap-tiap hari Insya Allah pasti rambut akan wangi.

Pilih tudung yang selesa anda pakai

Tip yang ni mungkin khusus untuk wanita. Pilih material tudung yang tidak memerangkap haba. Ada sesetengah tudung bila dipakai tidak selesa dan menyebabkan peluh. Peluh ni la akan menyebabkan kulit kepala terasa gatal dan rambut akan berbau. Bila nak berjalan mula la rasa tidak selesa. Biasanya bagi cuaca seperti Malaysia yang bersuhu tinggi dan ada kelembapan kain tudung yang sesuai dipakai adalah jenis dari kain kapas (cotton) dan kain denim.

Kalau nak cerita pasal tudung ni memang panjang. hehehe.. Korang boleh google je. Nanti banyak je tip-tip serta panduan untuk bagi rambut selesa dan tak berbau.

Sentiasa merapi rambut dan berambut pendek

Bagi lelaki mungkin senang kerana rambut bukan aurat berlainan pula dengan wanita kerana rambut adalah aurat. Biarpun bertudung perlu memastikan rambut wangi dan selesa bila bertudung. Jika berambut pendek mungkin lebih baik kerana jika berambut panjang pasti sukar untuk mencuci dan semestinya lambat untuk keringkan rambut. Lagi satu bila berambut panjang ni lagi banyak la bakteria dan menyebabkan rambut lagi cepat berbau.

serum rambut coolhijab

Ok cukup 3 tip. Korang tunggu pula artikel ciktom akan datang berkenaan satu produk ni. Nanti ciktom cerita bagus ke tidak produk ni sebab mesti ada pro dan kontra. Mungkin ada yang dah tahu dengan produk coolhijab ni. Nantikan artikel ciktom akan datang ye.

Jika korang berminat juga boleh whatapps terus kawan ciktom ni En. nashar 012-2173122.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

35 thoughts on “3 tip supaya rambut kekal wangi dan selesa walaupun berhijab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!