Mudahnya Resepi Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti
Assalamualaikum dan Salam Sayang…. Cik tom dan adik-adik memang jenis penggemar aiskrim. Adik pulak ada 5 orang. Ramai tue kan?? Kalau beli 1 bekas aiskrim 1.5 L tue memang tak cukup la nak share makan 5 orang. Itu pun kalau aiskrim biasa. Kalau aiskrim yogurt Tutti Frutti tue mau berdarah hidung nak beli banyak. Huhu…
Kawan cik tom pernah cakap patut la promosi aiskrim Tutti Frutti tu boleh kuruskan badan. Sebabnya lepas beli pokai pastu berjimat makan. So, boleh la kuruskan badan kan. Haha..
Ok. Dah tak puas nak makan kan? Jadi apa solusinya? Kita buat sendiri aiskrimnya la. Lagi sedap air tangan sendiri. Then kita tahu apa bahan yang dimasukkan. Tanpa was-was.
Ini percubaan pertama cik tom cuba buat resepi aiskrim yogurt ala-ala Tutti Frutti gitu.
Nak tengok senarai entri resepi aiskrim lain yang pernah cik tom kongsikan dalam blog ni? Klik je mana-mana link entri dibawah ye;
Resepi asalnya cik tom ambil dari blog Dapur Mamasya. Tapi cik tom takdelah follow bulat2 resepinya. Sebab ada guna bahan berlainan dari Mamasya punya resepi dan cik tom tak nak guna gula. Jadi cik tom tambahkan kuantiti susu pekat. Selain tu, cik tom up kan juga kuantiti ovalette dari 1 sudu kecil ke 2 sudu besar. Nak bagi aiskrim lagi gebuuu gitu. Hihi…
Kat bawah resepi asal ye before resepi diubahsuai dalam perkongsian entri cik tom kali ni;
Resepi Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti
Sumber: Dapur Mamasya
Diubahsuai: Cik tom
Bahan-Bahan Resepi Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti ;
1 bekas yogurt perasa strawberry (750 mL)
250 mL @ 1 cawan whipping cream
½ cawan susu cair
½ cawan susu pekat
2 sudu besar ovalette
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil pewarna merah
secubit garam
Cara-cara Buat Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti ;
- Mula sekali masukkan whipping cream, susu cair dan ovalette dalam mixer. Putar sehingga nampakk gebu.*takde mixer boleh je guna blender pun.make sure bukan blender guna cili. Nanti pedas aiskrimnya.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan yang lain dan putar sekali lagi sehingga kembang. Biar jadi kembang sampai 2x ganda dari asal ye. *putar dalam 10minit atau sehingga kembang.
- Dah siap, simpan dalam bekas kedap udara dan simpan semalaman dalam peti.
- Esoknya dah beku boleh makan dengan topping kesukaan.*ciktom guna topping choc rice and strawberry syrup.
Macam mana nampak gebu tak hasil aiskrim yogurt ala tutti frutti cik tom buat kali ni??? Hoho.. Tengok hasil ni cik tom boleh buat bisnes aiskrim jual ni. Hmm idea menarik. Boleh pelbagaikan perasa buah-buahan lain lagi.
Ada yang berminat nak buat bisnes aiskrim boleh baca panduan bisnes aiskrim dari rumah boleh jana duit sehingga RM5000 sebulan. Wow kan?? Tapi tak mustahil.. Nak tahu lanjut baca jer–> Panduan Bisnes Aiskrim Jana RM5000 sebulan secara part time.
Mudah kan penyediaannya? Selamat mencuba Resepi Aiskrim Yogurt Ala Tutti Frutti!!
Sharing is caring
Macam menarik aiskrim ni untuk di cuba. Nampak sedap, nak buat pun macam tak susah.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Rahsia Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita
cuba la zai..memang senang pun…resepi pun mudah je nak cari kat kedai runcit atau supermarket..rasanya pun best!
Yea, nak cuba hari minggu ni kalau jadi. Tengok gambar last tu yang tak tahan nak cuba. Meleleh tu. Nampak sedap.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan
hehe..ciktom tengok balik gambar tu pun rasa terliur balik..nanti nak buat lagi la..hihi..
buat banyak2 sikit tom…
bagi aku rasa sikit kihkih
Jom baca entri terkini Padin …Inspirasi Dekorasi Rumah Baru
buat banyak macam mana..dah lama habis pun..hehe..aiskrim sumijelly ada la lagi..
nanti aku dtg terengganu lagi lah….
Jom baca entri terkini Padin …Kuasai Perniagaan Internet
Memang layan makan dengan famili sambil menonton tv. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Pameran bunga Season’s Flower Show EcoWorld di Eco Majestic Semenyih.
yang tu seronoknya..tapi ciktom makan2 sambil tengok laptop..hee
Baik-baik. takut tumpah pula nanti.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Buat Kerja Part Time Dari Rumah
malas dah nak wat aiskrim.
haha..
dulu memang rajin la jugak.
Jom baca entri terkini titan …Five Tips for Purchasing Property at an Auction
hang memanggg…takpe hang banyak duit..beli je terus tutti frutti kat kedai..haha
Betul tu. Bro titan banyak duit tak apa. Beli aje.
Jom baca entri terkini Pokok2u …Bagaimana Nak Cari Pendapatan Tambahan Di Rumah
haha…kan..suh beli je senang..
Betul tu, beli aje senang. Tapi kalau nak rasa hasil tangan sendiri. Boleh cuba resepi cik tom bagi ni.
Jom baca entri terkini Pokok2u …Jemputan Makan Malam Bersama Blogger Terkenal
Nampak sedap tu CikTom. Klu buat sendiri lg puas makan 😀
Jom baca entri terkini Nur Sabrina …Kenangan kuih abuk-abuk dan resepinya
yup betul tu..buat sendiri lagi puas makan..xcukup boleh buat lagi..hee
Sedap nya maulah ice cream tu heeee anak-anak musti suka akan diajak untuk buat mcam ni…
Jom baca entri terkini ican mori …Wisata Alam Ke Tengguli Sajad Sambas Kalimantan Barat
entah la…adik cik tom malas je..budak kecik lagi maybe suka kot..hehe
whoah nampak sedap la aiskrim ciktom buat…
nak request mcm padin mintak jugak boleh?
kikiki
Jom baca entri terkini Belalang …Simptom Kanser Rahim | Cara Merawat Kanser Rahim
haih dah dua orang request ni…datang terengganu boleh la tolong buatkan..nak pos cair dulu jawabnya..hehe
haha..betul tu. Nak pos nanti cair pula. Pos gambar ajelah boleh jika nak tgok aiskrim ciktom buat.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Panduan Jobdirumah 2016
kan..kan..nak datang terengganu boleh la.
aduh mak aiihh.. sedapnyaa..
tapi DT tengah diet.
no aiskrim..
Jom baca entri terkini Datin Tyka …Macam Bermimpi-Mimpi
cik tom pun tengah diet..tapi makan je aiskrim..haha
Saya pun makan aiskrim tak kira diet atau pun tak. Aiskrim sedap susah nak tolak.
Jom baca entri terkini Pokok2u …Rajin Macam Semut
tengah diet pun boleh makan aiskrim..nanti cik tom share respi aiskrim untuk orang yang diet macam DT and sis zai..hehe
mana bole cik tom..
in diet, no ice cream la sayang
Jom baca entri terkini Datin Tyka …Hukum Bercouple Dalam Islam
boleh dear..tapi cheat day punye..hehe
wah duh anak suka lagu ni heee..nak sikit ct
Jom baca entri terkini suri …Cara Lengkap Cepat Mudah Buat Pizza, Topping Homemade Sendiri
dah habis ni suri..hihi…suri pandai masak..buatkan untuk kak yong..confirm suka..hehe
Betul tu.Kalau pandai masak tak susah nak buat. Cuba ikut resepi ni insyallah jadi.
Jom baca entri terkini Pokok2u …Jutawan Aiskrim Adakah Ianya Mustahil
Sedapnya aiskrim. Buat aiskrim sendiri rasa yain sikit kebersihannya.
Jom baca entri terkini Pokok2u …Jemputan Makan Malam Bersama Blogger Terkenal
yup..sekarang ni cik tom biasa buat aiskrim sendiri je..dah jarang beli.
aumm sedap .. kalau akk buat tak sempat beku kot ..
Jom baca entri terkini puanbee …Gaya rambut pacak – syamim
tak sempat beku pun sedap makan..hehe
asal ternampak perkataan overlat tu je terbantut. lupa je nak beli..bahan lain tu ada
Jom baca entri terkini seri nian …RF3 World Firmax3 Malaysia
sis..ovalette tu banyak jual kat kedai runcit skang…kedai eco rm2.12 pun ada..
Semakin rajin cTom
boring2..rajin le masak..tambah lemak..hehe
Lemak yang baik makin cantik dan gebu .
Jom baca entri terkini Kakmahh …Todak waterfront Kota Kinabalu
hehe..terlajak gebu payah jugak..
sekarang bab – bab resepi macam ni , kena rajin ambil tahu dan mencubanya mana lah tahu boleh buat upgrade air kopi hihih
bukan dah lama ke rajin share resepi dalam blog cukupmakan tue..hehe
bila nak merasa kopi nih..huhu
wah menarik dan nampak sedap la ciktom
Jom baca entri terkini Raihanah Ahmad …PDCAAS Cara Terbaik Kenali Protein Tinggi Kualiti
hahaha rasa nak buat juga lah .. Saya sendiri pun ada bahan untuk menghasilkan yoghurt .. Mungkin sedap juga hihihi
Jom baca entri terkini onlajer …Cerita Dewasa Boss aku yang gelojoh
pergh.. kantoi dengan cik tom..
Jom baca entri terkini onlajer …Cerita Dewasa Boss aku yang gelojoh
dh buat dh aiskrim nih…jdi dap tol :p
alhamdulillah. sedap kan. hehe…boleh cuba aiskrim lain pulak. banyak resepi aiskrim dalam blog ciktom.
Dh try dgn blender.. Tp lpas 10min,,dr gebu jd cair mcm air je…. Huhu.. Xtu sejukkn jd x..