Resepi Aiskrim Jagung Cara Mudah dan Sedap
Salam.. Rasanya dah berbulan-bulan lamanya blog cik tom langsung tak share mana-mana resepi masakan kat blog. Last update entry under category resepi bulan Jun yang lepas. hehee… Ok back to main point, sebelum ini cik tom dah cuba dan kongsikan ->Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap dan juga Resepi Aiskrim Coklat Oreo Mudah dan Sedap. Kali ini cik tom cuba ubah pula buat resepi aiskrim perasa jagung hasil dari resepi asal aiskrim coklat yang cik tom dah pernah buat.
Bahan-bahan Resepi Aiskrim Jagung Cara Mudah dan Sedap ( anggaran 1 liter ):
½ gelas susu pekat
1 gelas air suam
1 sudu besar ovelate
1 biji telur **option: tak nak letak pun boleh tapi cik tom letak je.
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin jagung manis
1 sudu besar perasa jagung
**untuk saiz gelas tue ikut saiz gelas standard yang buat minum dirumah ye.
Cara-cara Masakan Resepi Aiskrim Jagung Cara Mudah dan Sedap:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan dalam blender dan blend sehingga sebati, gebu dan kembang. Blend dengan kelajuan tinggi dalam masa 10 minit-15minit. **kuantiti aiskrim ini akan naik 2 kali ganda dari asal.
2. Kemudian, simpan dalam peti sejuk semalaman.
3. Selepas aiskrim sejuk beku, sedia untuk dihidang dan dimakan bersama keluarga tersayang.
Campur semua bahan dan blend. Mudah je kan? Kini kita boleh buat sendiri aiskrim kat rumah. Precaution, make sure jangan guna blender yang biasa guna untuk blend cili pad dan seangkatan dengannya, nanti pedas pulak aiskrim yang korang buat. hehe.. Selamat mencuba Resepi Aiskrim Jagung Cara Mudah dan Sedap ye!
Sharing is caring
hamboi …boleh cuba kat rumah je ni 😀
selamat mencuba ye spudin
malangnya saya tak reti masak ..haha
yelah mintak emak buatkan pun boleh..hee
Wow..nampak sedap. InsyaAllah boleh cuba tapi nak perisa lain… hueheuhe
boleh outer ikut perisa yg disukai..hee
maisara suka yang strawberri..nanti nak buat..
akk outer je tukar perisa strawberry..hee
macam sedap.. boleh buat ni..
kena cuba uat baru tau sedap..hee
thanks ciktom, boleh praktikan lepas ni
selmat mencuba..dah berjaya boleh share kt blog 🙂
boleh suruh isteri mencubanya. jadi tak jadi..belakang kira
salam cik tom..
nk tnye.. utk sukatan gelas t.. bole x tukar dgn sukatan cawan metrik tu? huhuu
>_<
boleh je yunk..
ermmm..nampak sedap ni..hehehhe
mohon copy resepi yer cik tom 😀
silakan copy..selamat mencuba
pelik pulak bila ice cream pedas kan…haha
memang pelik..kecuali kalau mmg suka aiskrim pedas..hee
malas pulak nak buat.. ciktom buatkan utk saya boleh?hehehe
boleh..mai datang ganu dgn titan..hee
boleh buat ni. silap2 boleh jual kat depan rumah 😀
kalau pandai cari peluang memang boleh buat bisnes.
paddlepop , super duper yummy!!
hehe 🙂
aiskrim ini sungguh sedap.
boleh cuba resepi aiskrim jagung ni..
uwaaaaaaaaa..kat uma sewa xde blender.hukhukhuk.
boleh beli blender yunk..
Salam..
yumm..yumm..
sedapnya..ada jagung 🙂
aah yg sedap makan aiskrim ni rasa jagung muda..
tengok je pun dah meliur…dah tengah malam ni, mana nak cari aiskrim…heheh…
boleh cuba buat sendiri esok..hii
menarik resepi aiskrim nie… dari bahannya dah taw.. mesti sedap nie…… tima kasih cik tom kerna sudi kongsi resepinya… 😀
sama2 bro..ciktom suka cuba resepi baru..hee
Fuh! Macam menarik. Boleh test ni. hehehe
cubalah..baru tau..he
yg pentingnya..halal..:)
yup betul tue..hee
tiada keraguan lagi. hand make..biasanya memang bersih dan halal
buatkan. bulih tak?
bulih je..mai ganu kalau nak..
wahhh jagung memang peberet auc
kena cuba buat ni 🙂
jagung memang best..selamat mencuba.
mudah nak buat ni. ambe mmg kena buat jugak. maklumlah, anak2 ambe mmg suka jagung…hehe
tpkan cik tom, nak tnya jugak sbb tak tau…ovelate tu pe benda?hehehe
haha..bab resepi memang fail…sy pun dop tahu apa benda tuh..haha
xpe mintak je wife buatkan..heee
ovelatte tue boleh beli kat kedai bakery..fungsi untuk naikkan adunan 2x ganda..
laaa, senang rupaya aiskrim jagung nih rupanya
memang senang je nak buat..yang penting rajin.hee
tengok resepi mcam mudah jer nak buat askem ni..bole cuba..:)
memang mudah. selamat mencuba.
simple nampak sedap,
memang simple..boleh cuba.
ooo aiscream ni bukan macam aiscream perisa keladi tu kan??biasa aiscream tu tak leh simpan lama dalam peti sejuk biasa..mudah cair…resepi aiscream cik tom ni mcm aiscream memang dah disyorkan untuk diletak dalam peti sejuk yang biasa kan?hehe
aiskrim perisa keladi yg mana ye? aiskrim ni boleh simpan dalam peti sejuk macam biasa..xmudah cair..hee
Notis akhir penting. Kalau tidak pedas ais krim nanti.
yup tue memang paling penting..hehe
Salam Kenal
Nampak seperti sedap tp apakan daya tak pandai buat 🙂
salam kenal jgk..resepi paling simple ni..campur pastu blend..cubalah..hee
Dah blender dengan telur tak perlu masak dah ke Cik Tom..
Boleh la try sebab resepi nampak senang.. 🙂
xperlu masak myra..sebab masa blend tue dah panas.letak sikit esen vanilla kalau nk hilang bau telur..
cik tom kalau x da perisa jagung x per x…just ltak jagung fresh jer…
boleh je mimi cuma rasa kurang umpph sikit..kalau letak perasa jagung lagi sedap.
Mcm mana nak kek tu betul lembut
yg cik tom tau teknik pukul kek penting..pastu lg bagus gandum diayak 4x sblm guna..
Salam boleh dapat resepi kek buah yg paling simple
setakat ni takde lagi..in future..insyaAllah..
nampaknya saya kena suruh isteri saya buat aiskrim pula.. anak2 suka makan ais krim.
tapi dia agak sibuk, paling senang katanya buat kek coklat aje
buat aiskrim lagi senang dari kek coklat
Cik Tom, kalau tak letak telor apa akan jadi pada ais krim kita?
kalau tak letak boleh je..cuma kurang skit gebu..hee