Resepi Aiskrim Coklat Oreo Mudah dan Sedap
Salam.. Sebelum ini cik tom ada cuba dan kongsikan ->Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap. Oleh sebab cik tom ini memang seorang penggemar aiskrim, cik tom telah merajinkan diri men”google” resepi buat aiskrim versi yang berlainan dan terjumpa satu Resepi Aiskrim Coklat Oreo Mudah dan Sedap dari shen@myresepi. Kerana level kerajinan yang agak tinggi cik tom keesokkan harinya terus cik tom pergi beli bahan-bahan untuk resepi aiskrim coklat oreo.
Bahan-bahannya mudah je dan hasilnya memang sedap! Cik tom siap beli sekali dengan kon aiskrim tapi takde scoop aiskrim so guna sudu dan begitulah hasil gambar dibawah. Dalam masa satu hari saja habis licin aiskrim coklat oreo ni sebabnya time buat aiskrim coklat oreo ni masa cik tom bercuti kat kampung. Adik-adik semua pun tengah bercuti jugak.
Bahan-bahan Resepi Aiskrim Coklat Oreo Mudah dan Sedap ( anggaran 1 liter ):
2 ½ cawan dutchlady full cream perisa coklat
2 ½ cawan nestle coffemate creamer powder
1 peket biskut oreo
**masa cuba resepi atas ni, cik tom tersilap beli dutchlady full cream yang susu so cik tom adjust resepi ini dengan tambah 1 sudu besar serbuk koko vanhoutten. Ok je tetap rasa sedap berkrim.
Cara-cara Masakan Resepi Aiskrim Coklat Oreo Mudah dan Sedap:
1. Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5-10 minit. Masukkan 4 keping biskut oreo bersama krimnya sekali dan blend lagi hingga sebati. **tak perlu letak gula sebab biskut oreo ini memang dah manis.
2. Masukkan dalam peti sejuk dan beku lebih kurang 2 jam atau sebelum mula membeku. Kemudian keluarkan dan blend sekali lagi menggunakan blender.
3. Patah-patahkan biskut oreo dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit kat atas untuk topping yang lebih menarik.
4. Sekali lagi masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan beku untuk semalaman.
5. Dah beku, Siap untuk dimakan begitu sahaja, bersama kon aiskrim atau roti.
Selamat mencuba Resepi Aiskrim Coklat Oreo Mudah dan Sedap ye!
Sharing is caring
wah nampak mudah je..nak kena try la mentua nak mai hujung minggu nie..
cubalah amik hati mentua.. hee.. good luck!
cikk tomm kne blend kea. . ala niyy ssah niyy. . bab2 blend niyy bkn cyea pndi. . xpea2 cyea usaha. . cyea mmg ckea ais krim oreo niyy. . sllu mkn biskut jea niyy nk try mkn ais krim plak. . terime kaseh cik tom. . syg cikk tomm. . 🙂
sama2..goodluck dear!
aalaa sng je ye?? nk tryyyyy thanks cik tom
mmg senang.. selamat mencuba.
Budak-budak tentu suka sebab dapat merasa tekstur biskut Oreo didalam ais krim tersebut.
aah oreo yang paling best!
kalau beli bubble tea..chii suka buh oreo gak..mmg sedap 😀
bubble tea best oreo ke??hii
sedap ni….i suka oreo…heheheh
biskut oreo memang best!
Wowww!!! Sedapnya…
Cik Tom, nak p rumah, nak makan eskrem Oreo hasil dari cik Tom boleh? heheee
boleh..mai datang umah cik tom kat ganu… umah sewa ni banyak yang xde.
Cik Tom Myra ambik resepi ya, nak p Ganu taktau bila..hehee 🙂
hehe..ok2 amik cuba dulu ye…nanti dtg ganu blh kita jumpa..
wahh aiskrim lak kali nih. hehe thanks 4 sharing ciktom! 😀
*nak cuba nanti*
jom cuba yunk.
musim panas kat utara sekarang..memang sedap pekena aiskrim cam ni
yup betul tue!
Mudah, ringkas dan pasti sedap. TQ CikTom
selalu aku buat..hancurkan oreo atau chipsmore..dengan aiskrim..letak dalam peti sejuk..pas dah keras..ratah sorang-sorang depan tv. haha..
chipsmore pun best!
Nampak sedap tu. Kalau cuba mensti anak-anak berebut.
p/s Lama ke ciktom kerja di Kuala Pilah? Kak Long kerja di PD.
cik tom dah kerja kat kuala pilah setahun..dari bulan 6 lepas.
wah buat aiskrim sendiri..
boleh try bulan pose ni..
thanks for sharing 🙂
your welcome.. selamat mencuba ye.
Wah, bestnya ni..saya dah try pakai ice cream maker..ni la first time buat, baru je beli jenama kenwood, RM245..sedap sgt..sampai ank demam..hehe..Thanks for sharing..p/s klu nk ice cream maker, saya blh tlg belikan..:-)
owh ada mesin baut ice cream ke? baru tau.. hehe..
hok ni anak auc sukakan sangat
terima kasih nnti auc cuba 🙂
sama2.. selamat mencuba..
aummmmmmmm,sedapnya! cik tommmmmmmmmmmm,lamanya meaw tak kesini ..rindu :'(
mana lama menghilang??? heee… miss u too!
Dia tak jadi ais la ek? Jadi aiskrim. Wahhhh thanks cik Tom! Nak cuba masa bulan puasa nanti bila dah balik Malaysia! Thankssss!
😉
tak jadi yunkk.. kalau rajin boleh blend lagi byk kali nak bagi tekstur lg lembut..
ok..baru chii tau.kiranya kena blend banyak2 kali la ni..hurm..kalau ubah coklat jd strawberi pun bleh gak kan
ok..baru chii tau.kiranya kena blend banyak2 kali la ni..hurm..kalau ubah coklat jd strawberi pun bleh gak kan
aah kalau blend byk kali lagi lembut tekstur dia..kalau ubah strawberry pun boleh 🙂
wah,. jaerul pun penggemar ais krim,.. nak suruh mama buatkan nanti la,.. hehe,. 😛
cuba buat sendiri pulak bagi mama jaerul makan..mesti suka..
ah…boleh buat ni..tapi kena sorok dari adikbradik ni…hehe
hehe..kedekutnya..share la dgn diorg..baru best makan ramai2..
kan kan..baru la meriah..pastu seronok..kalau mkn sorang2..nnt sure x abih punya
yup makan ramai2 lg meriah dan seronok.
tiba2 rasa nak makan aiskrim sundae coklat McD hahah
xyah makan aiskrim sundae tue..meh cuba resepi aiskrim coklat ni yunk..
enaknya!! terasa nak mkn aiskrim la jugak heheh
boleh cuba..memang sedap!
yang campak sini herr nak juga
dah habis dah…suri buatlah untuk anak suri..konpem suka ni..
kakak saya dah buat…tp wat perisa strawberry….pastu ltak buah strawberry as the topping…mmg terangkat aa…:D
mmmm nmpk sedap… kalu xnak blend bole tak?
Assalamualaikum cik tom..
Cawan nak guna besar mana?? Kalau guna cawan minum kopi boleh x??
wslm…yup cik tom guna cawan yang saiz cwn minum kopi tue…
Nampak mudah resepi..nk kena cuba…tapi nak tanya kat mane kita nak dapat kan peti besi untuk aiskrim