Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur

Assalamualaikum dan salam sayang… Rasa dah lama jugak tak makan aiskrim homemade. Asyik aiskrim tunjuk kat kedai je kan. Mood nak buat aiskrim datang lagi! Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur ni cik tom copy dari facebook kawan cik tom, Laili. Terima kasih Laili tapi cik tom ada la outer sikit kemanisan mengikut citarasa cik tom. Laili ni orang Kelantan so resepi dia bagi manis sangat. hehe…

Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur
Bahan-bahan dan cara buat homemade aiskrim vanilla oreo

Bahan-bahan Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur;

1 tin susu cair (250 mL)
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar susu pekat.*boleh adjust sukatan kalau nak manis lagi/kurang manis
1 peket biskut oreo (*cik tom beli cream o sebab ada sale RM2 je. hihi)

Cara-cara Masakan Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur;

  1. Masukkan susu cair, ovalette, esen vanilla ke dalam blender @ mixer. Blend selama 10 minit atau sehingga aiskrim kembang 2x ganda.**ciktom guna blender cornell ni enjin tahan boleh blend. kalau guna blend biasa better blend 5 min off then 5min. Risau enjin panas dan cepat rosak.
  2. Dah kembang masukkan 6 keping biskut oreo yang dipatah2kan beserta susu pekat dan blend sehingga sebati.*amik sikit rasa manis ke tak adunan aiskrim ni. kalau rasa tak tambah la lagi sukatan susu. kalau kira biskut oreo tu pun dah terlajak manis!
  3. Ambil baki biskut oreo dan patahkan/ tumbuk kasar2 dan gaulkan dalam adunan aiskrim. *Baru feel makan aiskrim ada gigit2 ketulan oreo jugak kan.
  4. Masukkan adunan aiskrim ke dalam acuan aiskrim. *sebagai hiasan tabur la sedikit oreo atas aiskrim.
  5. Sejukkan adunan aiskrim di dalam freezer bahagian sejuk beku semalaman.
  6. Siap untuk dimakan!
Homemade Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur
Homemade Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur

Kalau nak resepi buat aiskrim homemade tanpa telur atau ovalette boleh cuba resepi dibawah. Boleh ubah kreativiti dengan tukar flavor lain seperti milo, strawberry atau perisa kegemaran korang ye.

Lain-lain resepi aiskrim yang pernah cik tom kongsikan ialah yang ni guna telur dan juga ovalette. Sama jugak boleh ubah kepada perisa kesukaan korang yang lain.

Yang ini pulaka kalau korang nak cuba buat aiskrim goreng. Tutorial ni bergambar tunjuk langkah demi langkah buatnya.

Pasni cik tom nak cuba buat aiskrim yogurt ala Trutti Frutti. Baru copy resepi ni dari satu blog. Semua bahan lain dah ada kecuali whipping cream. hehe…

Selamat mencuba Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur

  • December 7, 2015 at 8:53 pm
    Permalink

    Nampak gebu aiskrim vanilla oreo ciktom…

    Reply
    • December 13, 2015 at 10:25 am
      Permalink

      mintak la wife buatkan..simple je cara penyediaan..semuanya blend je..

      Reply
  • December 24, 2015 at 3:36 pm
    Permalink

    Cam sedap ja…..terliur la plk….oreo tu kna tumbuk hncur x? Ke jyat pthkn cmtu ja?.☺

    Reply
  • May 9, 2016 at 11:26 pm
    Permalink

    Sedapnya kak buat aiskrim ni.Rasa nak trai pulak?Akak,macam mana nak buat aiskrim ni?

    Reply
    • May 10, 2016 at 1:27 am
      Permalink

      ada resepinya kat dalam entri ni..adik boleh refer pada bahan2 dan juga cara nak buat aiskrim vanilla oreo ni ye..selamat mencuba.

      Reply
  • August 30, 2016 at 8:36 pm
    Permalink

    Mohon halal ye.saya ambil resepi? kalau tidak guna ovalette boleh ke?

    Reply
    • September 1, 2016 at 5:03 am
      Permalink

      silakan.. boleh je xguna ovalette tapi kurang gebu aiskrimnya. xguna ovalette kena blend masukkan dalam peti ais..dah keras keluarkan blend dan ulang step ni sehingga aiskrim gebu. hee

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!