Anak Nak Sedondon Raya dengan Ayah di Kacax

Anak sedondon ayah raya di KACAX | Rutin sejak jadi ibu ni, bila menjelang musim perayaan je. Persiapan raya anak-anaklah yang paling diutamakan. Kebiasaannya memang ciktom suka beli baju raya awal iaitu sebelum masuk bulan puasa. Yelah puasa kan penat pulak nak pusing-pusing mall. Lagilah risau kan lambat beli habis pulak design atau saiz yang kita suka.

Butik KACAX masih menjadi butik pilihan kami untuk baju melayu dan kurta. Kali ni anak ciktom lelaki dah pandai request nak baju sama dengan ayah. Nak pergi Solat Jumaat kat masjid sama baju kurta dengan ayah.

Anak sedondon ayah raya di KACAX

Bukan sekadar sedondon. Tapi momen yang kita tak boleh ulang. Hari ni dia bangga pakai sama macam ayah. Esok lusa, mungkin dia dah ada gaya sendiri.

Kurta KACAX Pilihan Kami Sekeluarga

Ciktom suka shopping sini sebab banyak pilihan design baju melayu dan kurta versi tradisiobal dan juga moden. Untuk saiz dewasa ada dari XS hinggalah 5XL, manakala kanak-kanak 1 hinggalah saiz 13. Kalau nak cari sedondon warna 1 famili, serius sini banyak giler pilihan warna yang ada dari warna cerah ke warna gelap.

 

Lagi best staff ramai dan friendly je melayan customer.

Ada disediakan kerusi di ruang menungu, boleh ciktom relaks duduk dengan Adira sementara ayahnya sibuk membelek dan try fitting yang mana berkenan dihati.

Macam biasa setiap tahun mesti suami akan pilih tema warna kami sekeluarga. Tahun ni temanya navy blue. Untuk hari pertama, tema suami pilih Baju Melayu Maestro Cekak Musang.

Untuk hari kedua, suami pilih kurta sedondon Savio warna hitam dan cream.

Lama-lama dia tenung kain samping. Akhirnya grab jugak sehelai samping ekslusif HD. Serius memang lawa coraknya dan nampak lain dari kebiasaan.

Kami dah siap photoshoot raya kat studio.

Lokasi Butik KACAX

Jomlah ke KACAX sekarang! Jangan terlambat shopping, nanti menangis bucu katil habis saiz. hehee

Butik KACAX:
✅ KACAX, Angsana JB Mall
✅ KACAX, Jalan Padi Emas, Bdr Baru Uda
✅ KACAX, Giant Plentong
✅ Booth Promo,KipMall Tampoi
✅ Booth Promo,B5 Street Market Johor

Jangan lepaskan peluang untuk bergaya dengan koleksi eksklusif KACAX ! Untuk maklumat lanjut boleh la follow semua akaun social media KACAX:
Facebook: KACAX
Instagram: https://www.instagram.com/kacax_hq
Tiktok: https://www.tiktok.com/@kacax_official
Whatsapp: 013-8801037

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!