Bebaskan Diri Daripada Nebulizer Dan Kekal Cerdas Dengan Diffenz Junior
Assalamualaikum dan salam sayang …. Nebulizer adalah alat yang digunakan untuk mencairkan kahak dan merupakan mesin yang dapat menukarkan ubat dalam bentuk cecair kepada kabus halus yang disedut masuk ke dalam saluran paru-paru.
Ia menolak udara yang padat melalui ubat cecair dan menukarnya kepada kabus. Ia kemudian disedut mengunakan topeng muka khas atau melalui corong mulut.
Nebulizer digunakan untuk kes batuk berterusan, asma atau gangguan saluran pernafasan dan lain-lain.
Siapa patut menggunakan nebulizer?
Penggunaannya disyorkan di dalam beberapa situasi berikut:
- apabila kanak-kanak/orang muda mendapat serangan asma akut
- apabila kanak-kanak/orang muda susah bernafas
- apabila kanak-kanak/orang muda mendapat stridor
- sebelum fisioterapi untuk mencairkan kahak
- apabila ubat yang digunakan tiada di dalam bentuk sedutan
- apabila perlu menggunakan antibiotik dalam dos yang tinggi untuk mengawal jangkitan
Preskripsi nebulizer di lakukan oleh pengamal perubatan di hospital. Kanak-kanak yang mengidap asma tidak perlu menggunakan nebulizer di rumah untuk memberi ubat pelega. Ia boleh diberikan melalui alat corong walaupun semasa serangan asma akut.
Penggunaan nebulizer di rumah TIDAK di SYORKAN untuk merawat serangan asma. Kanak-kanak perlu dibawa ke hospital atau klinik untuk penilaian seterusnya. Ini menunjukkan kanak-kanak yang menghidap asma dan bergantung kepada penggunaan nebulizer terpaksa menjadikan hospital tempat tinggal kedua selepas rumah sendiri.
Para ibu bapa pula semakin runsing jika asma anak-anak kerap terjadi dan nebulizer sebagai alat pelega untuk membantu melegakan saluran pernafasan anak-anak mereka.
Apakah tiada jalan lain untuk mengurangkan kebergantungan pesakit kanak-kanak asma terhadap nebulizer?
Sistem imun badan yang lemah menjadikan seorang kanak-kanak itu mudah dijangkiti penyakit. Pelbagai cara digunakan oleh parents untuk memastikan anak-anak kekal sihat dan cerdas antaranya adalah pengambilan suplemen yang sesuai untuk meningkatkan daya ketahanan diri si kecil.
Cik Tom sendiri sebagai ibu berusaha memberikan makanan tambahan yang terbaik bagi meningkatkan daya ketahanan diri anak agar dapat terhindar daripada wabak penyakit. Perisai perlu diberi agar mereka sentiasa kekal sihat di dalam mencegah penularan wabak ketika ini.
Diffenz Junior Alternatif Untuk Melegakan Asma
Pakar formulasi dan juga doktor perubatan iaitu Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri telah menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D secara saintifik lalu terhasillah Diffenz Junior.
Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak. Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja boleh menyokong sistem imun, malah turut membantu proses tumbesaran anak untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.
Jom kita ketahui dengan lebih lanjut apakah nutrisi utama yang ada di dalam Diffenz Junior ni.
Cendawan Susu Harimau
Cendawan yang tumbuh dilereng bukit Hutan Khatulistiwa dan dipercayai hanya tumbuh secara sendirian dan membesar dalam tempoh masa yang lama. Harganya yang mencecah ribuan ringgit segram kerana ianya sukar diperolehi. Amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan virus.
Jadi, untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan, Eskayvie Diffenz Junior telah diformulasikan untuk memberikan kebaikan yang anda perlukan.
Kebaikan Cendawan Susu Harimau:
- Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
- Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
- Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
- Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
- Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.
Kolostrum
Kolostrum turut juga dikenali sebagai cecair cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Ia merupakan susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak.
Khasiat Kolostrum:
- Meningkatkan sistem imun badan
- Melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan
- Kesan anti-mikrob dan anti-virus
- Melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit
- Menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat
Multivitamin & Mineral
Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu dan bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater akan mengalami masalah kekurangan nutrisi.
Multivitamin dan mineral ini dapat membantu:
- melengkapkan keperluan nutrisi
- menyokong penglihatan
- merangsang sistem imun badan (immunomodulatory)
- melindungi diri daripada jangkitan
- membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
- membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf
Vitamin D
Sumber terbaik vitamin D adalah dari cahaya matahari. Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni.
Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D.
Buah Camu-camu
Dikenali juga sebagai Myrciaria dubia dan merupakan buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Juga digelar SUPERFOOD kerana mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan.
Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.
Kebaikan Buah Camu-Camu:
- Menguatkan sistem imun
- Antioksidan dan anti-radang
- Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
- Menstabilkan tekanan darah tinggi
- Merangsang penghasilan kolagen
- Mengawal gula darah
Vitamin C
Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing.
Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.
ADIK AMMAR QALISH, 7 TAHUN, SI KECIL SEMAKIN AKTIF, TAK SEMPUT MACAM SELALU.
Adik Ammar Qalish yang baru berusia 7 tahun dari Kuala Lumpur ini adalah seorang pesakit asma. “Keadaannya sentiasa mudah penat, lesu dan tidak bermaya”. Itulah yang digambarkan oleh ibu adik Ammar.
Seringkali perlu membawa anaknya ke klinik bagi mendapatkan nebulizer untuk melegakan pernafasan yang sempit. Anaknya itu juga terpaksa membataskan aktiviti di sekolah bagi mengelakkan daripada keadaan menjadi lebih teruk.
Sebagai ikhtiar mencari penawar kepada penyakit anaknya, Ibu adik Ammar terpanggil untuk mencuba Diffenz Junior. Syukur Alhamdulillah, perubahan ketara selepas pengambilan 1 tablet Diffenz Junior setiap hari. Kini, adik Ammar kurang semput dan tidak lagi bergantung kepada nebulizer.
Bagaimana Diffenz Junior boleh membantu adik Ammar untuk tidak lagi bergantung kepada nebulizer?
Ini kerana khasiat Cendawan Susu Harimau serta buah Camu-camu yang telah dikaji dan terbukti dapat membantu menguatkan paru-paru serta meningkatkan sistem imun badan seseorang.
Bagi meneruskan kehidupan norma baharu dengan lebih baik, lindungi paru-paru anak anda dan amalkan Diffenz Junior. Dengan rasa oren yang asli, Diffenz Junior bukan sahaja mudah untuk diambil malah sangat berkhasiat kerana terdapat multivitamin seperti vitamin C dan D.
Jom sama-sama kita ikhtiar.
Kekal Cerdas Dan Bertenaga Dengan Diffenz Junior
Untuk kekal cerdas dan bertenaga dalam situasi endemik ini, kita perlulah membekalkan nutrisi yang lengkap bagi memastikan daya tahan tubuh sentiasa optimum. Pengambilan makanan tambahan penting disamping mengamalkan cara pemakanan yang sihat.
Bekalkan perlindungan yang lengkap untuk diri sediri dan anak-anak agar tubuh lebih kuat melawan wabak yang melanda. Dapatkan set perlindungan seisi keluarga Diffenz Junior bersama Diffenz yang berharga RM60.00 sebotol. Amat berbaloi dengan khasiat yang lengkap untuk seisi keluarga.
Dapatkan Diffenz hari ini juga untuk perlindungan harian seisi keluarga. Yang penting kita ikhtiar yang terbaik.
Korang boleh dapatkan Diffenz ni di laman web dan media sosial rasmi Eskayvie di bawah ini:
Website: www.eskayvie.com
Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
Sharing is caring
Anak-anak adik semua memang amalkan Vit ni.. bagus dan mereka jarang dapat demam…
Jom baca entri terkini Sis Lin …HIMAYA H99 MENAMPILKAN CORAK DAN WARNA BAHARU IAITU PINK DEW