TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DAN HOTEL DI BANDARAYA MELAKA
Assalamualaikum dan salam sayang… Sempena cuti sekolah tak lama lagi ni mesti ramai yang tercari-cari tempat menarik untuk dilawati bersama keluarga tersayang. Cik tom perintah berkurung je sekarang oleh sebab dalam tempoh berpantang. Oleh sebab itu, cik tom nak kenang balik percutian cik tom sebelum ini iaitu di Melaka.
Ibu dan ayah meluangkan masa berkualiti untuk anak anak supaya mereka membesar menjadi manusia yang berguna untuk keluarga, agama islam dan kepada masyarakat, Insyaallah. Mak mak bolehlah manjakan anak lebih sikit dan kuatkan bondingkan. Memang lumrah seorang ibu mesti rapat dengan anak masing masing supaya perkembangan emosi mereka berlaku dengan baik. Proses ini mestilah berlaku berterusan di rumah dan juga di luar rumah. Kediaman yang selamat akan menjadikan anak anak kita merasa yakin dengan perlindungan yang diberikan oleh ibu dan ayah. Makna selamat disini bukan saja pada hiasan dalam rumah yang cantik dan dilengkapi dengan segala kemewahan, malah penting untuk suasana rumah diisi dengan kelas pengajian ilmiah dan rohani. Budaya ilmu yang subur dalam rumah tangga selari dengan tuntutan islam yang menggalakkan umatnya sentiasa berilmu. Bukankah ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah “Bacalah”. Pembelajaran ini diteruskan di luar rumah semasa kita bermusafir. Antara tempat paling best berjalan jalan ialah di Melaka.
Dalam banyak2 tempat bercuti yang pernah cik tom lawati. Salah satunya yang paling cik tom suka ialah Bandaraya Melaka. Sebuah bandaraya bersejarah yang kaya dengan tempat menarik dan syurga makanan yang sedap2. Haha.. Cik tom pernah ke sana bersama rakan-rakan pada tahun 2014 dan terbaru bersama suami serta keluarga mertua.
Kalau korang merancang nak ke Melaka, boleh juga rujuk; Infografik Menarik di Malaysia. Dari sana boleh planning nak pergi melawat tempat menarik dan juga hotel di Melaka.
TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DAN HOTEL DI BANDARAYA MELAKA
Jom cik tom share antara tempat menarik yang pernah cik tom lawati di bandaraya Melaka.
COCONUT SHAKE DI KLEBANG
Ini salah satu tempat pertama yang cik tom akan tuju kalau ke Melaka iaitu minum coconut shake di Klebang. Memang sedap sangat! Lemak berkrim sangat coconut shake kat sini. Minum satu gelas pun tak cukup. hihi..
Kalau pergi ke sini selesa sebab ada tempat parking yang luas. Ada banyak pilihan makanan dan kuih muih tradisional. Ada keropok goreng. Nasi lemak kat sini pun sedap!
Cuma kena banyak bersabar sebab ramai orang. Nak cari meja kosong lagi. Nak beratur order dan bayar lagi. Tapi sebab sedap semua cik tom sanggup hadapi. haha.. Selain sedap, harga air dan makanan pun berpatutan.
Kalau nak nikmati sepenuhnya percutian di Melaka, dapat makan di tempat yang sedap dan boleh jimatkan masa untuk memandu. Kita perlulah bijak merancang lokasi yang terbaik untuk penginapan. Antara tempat paling best untuk menginap di Melaka adalah di homestay area pantai klebang, memang best lah. Boleh minum coconut shake viral, makan keria antarabangsa, lepas tu layan pulak permandangan sunset. Mau angau tak nak balik rumah. Teringin sangat nak beli rumah kat Melaka ni, memang sesuai la buat homestay. Nak up sikit, kalau terlebih duit, boleh beli tanah di tepi pantai dan bina rumah ala resort. Memang syok jadi rumah percutian kan. Keluarga kita ada rumah untuk dituju semasa cuti, kalau kita tidak gunakan rumah tersebut, boleh pula jadikan homestay. Dah jadi pendapatan pasif. Pelanggan memang suka design banglo ala resort, duduk kat beranda sambil layan pemandangan, memang heaven.
IKAN BAKAR DI PARAMESWARA
Next lokasi ialah ikan bakar di Umbai. Kat area Umbai ni banyak ada restoran yang jual ikan bakar. Kira macam medan selera ikan bakar. Tapi yang paling famous ialah Ikan Bakar Parameswara. Restoran ni dibuka setiap hari kecuali hari isnin.
Kat restoran ni ada beratus buah meja. Itu pun kadang-kadang masih tak cukup lagi. Sistem sini, korang pilih meja. Boleh order air dengan nasi dulu. Jangan lupa tengok meja nombor berapa? Then, pergi pilih ikan, sotong, udang atau mana-mana seafood berkenan di mata, timbang berat dan mention nak menu apa dengan no.meja sekali. Seafood kat sini semua fresh dan pelbagai saiz. Nak kecik, sederhana atau besar?
Seronok makan kat sini sambil makan boleh tengok pemandangan paya bakau pada waktu malam. Angin pun sepoi-sepoi bahasa je. Kalau bernasib baik, boleh nampak kunang-kunang berterbangan jugak.
CENDOL DI MENARA JAM
Amboi semua sesi makan2. haha… Kat Melaka ni memang banyak tempat makanan best! Cendol dekat menara jam ni paling famous sebab sedap dan murah. Gambar bawah ni waktu kedai ni baru je nak buka. Kitorang dah menunggu siap2. hihi..
Ada pelbagai jenis cendol yang boleh korang pilih. Tak percaya? Cuba tengok gambar menu yang pelbagai cik tom dan kawan2 beli. Cik tom order ABC. Tengah letih panas berjalan round bandar Melaka tu. Memang ngam sangat pekena ABC. Sejuk rasa anak tekak. Terus boost tenaga, boleh round lagi jejalan kat Melaka. haha…
ROTI CANAI KAYU ARANG
Kedai makan roti canai Kayu Arang ni cik tom pergi dengan suami dan keluarga mertua. Yang special kat sini roti canai dimasak secara tradisional menggunakan kayu arang. Bukannya dapur gas tau!
Tengok adik ni sporting siap posing senyum maneh lagi bila ciktom request ambik gambar sambil dia masak.
Roti canai ada pelbagai jenis. Cik tom rasa roti canai yang special iaitu roti canai dangdut dengan roti canai nanchos. Roti canai dangdut tu letak telur cair yang bila goyang roti telur tu macam menari dangdut. hahaha..
Yang best roti canai nanchos. Memang sedap giler! Meriah dengan cheese lagi. Kat bawah ni gambar roti canai nanchos. Highly recommend cuba menu ni kalau ke sini.
Macam biasa tempat ni dah viral kena banyak bersabar cari meja kosong dengan tunggu order roti canai korang siap. Cik tom pergi ke sini guna bantuan waze je. hihi..
MELAKA RIVER CRUISE
Dah dulu tempat makan-makan. Next, jejalan pusing Melaka naik river cruise. kalau tak silap cik tom kos RM10 seorang untuk orang dewasa. Yang ni kena beli tiket dan beratur tunggu turn korang nak naik river cruise.
River cruise akan pusing dalam sungai sepanjang bandar Melaka tu sambil ada tour guide akan bagi penerangan setiap tempat menarik yang dilalui sepanjang sungai tu. Kira-kira dalam 45 minit jugak perjalanan naik river cruise ni. Seronok tengok pemandangan bandaraya Melaka pada waktu malam. Cantik sangat dengan mural dan lampu berwarna warni.
Sambil nak tunggu turn naik tu, staff Melaka River Cruise akan mintak korang untuk posing bergambar. Bila dah habis round naik river cruise, korang akan nampak gambar korang dah siap diprint sekali dengan background cantik kat belakang. Atas pilihan korang nak beli ke tak? Cik tom tak beli sebab mahal. Nampak benor kedekut. haha..
MENARA TAMING SARI
Yang ni pun sama boleh tengok pemandangan Melaka tapi dari sisi atas Menara Taming Sari. Kos masuk RM20 seorang untuk dewasa. Waktu cik tom pergi tu ada promosi hanya RM10 seorang. hihi.. Boring sikit naik Menara taming sari ni sebab slow je berpusing waktu nak naik ke atas. Pemandangan pun banyak rumah kotak2 je nampak. huhu..
Tapi untuk first time nak naik okay la not bad. Untuk amik experience kan. hihi..
JONKER WALK
Yang ni pun best shopping time! Yeay, memang seronok jejalan cuci mata kat Jonker Walk. Ada macam2 barang di jual sepanjang jalan. Cuma kurang best sesak dengan orang la. Hati2 dengan handbag dan barang berharga.
Kat sini kalau nak cari barang rare memang banyak. Harga pun murah-murah, boleh tawar menawar gitu. Cik tom last pergi sana beli dream catcher dengan borong shawl. Murah dan cantik2 design shawl yang dijual.
HOTEL DI BANDARAYA MELAKA
Waktu pergi ke Melaka dengan famili mertua, cik tom menginap di homestay sebab ramai-ramai kan. Manakala dengan kawan selesa lagi menyewa di hotel sebab tempat pun dekat nak ke mana-mana berbanding homestay.
Cik tom menginap di Hotel Sunflower di Melaka. Alhamdulillah memang berpuas hati dengan servis dan keselesaan di hotel berkenaan. Selain Hotel Sunflower, ada banyak lagi pilihan hotel lain. Antara top hotel di Melaka ialah Majestic Hotel Melaka, Hatten Hotel Melaka dan banyak lagi.
Bagi yang tengah confuse nak menginap di hotel mana dan nak pergi ke tempat menarik di Melaka. Cik tom cadangkan korang buat planning dan checklist bebaik supaya percutian korang di Melaka tu jadi berbaloi dengan refer pada apa yang menarik dan hotel di bandaraya Melaka. Selamat bercuti dan jangan lupa cik tom yang tengah berpantang. hihi..
Sharing is caring
Menarik ni. Saya baru je balik dari Melaka minggu lepas. Mungkin boleh ditambah pada trip akan datang tempat-tempat yang disebutkan
Jom baca entri terkini AmirNawawi …Kunjungi 3D Interactive Park dan Toy Museum di The Shore Melaka
Wahhh…Makin banyak lokasi menarik di Melaka. Negeri permainan akak dulu.
Jom baca entri terkini Kakmahh …Hokkaido , Jepun
Ada beberapa tempat mommy dah pernah pergi macam coconut shake klebang, ikan bakar parameswara, cruise.. menara xleh naik sbb lupa bawa ic anak..haha rugi takde ig..so tak naik.. klu ada rezeki pegi lagi, kena bawa ic anak2
Jom baca entri terkini Mommy irra …Balm Bayi Tok Syed membantu kami sekeluarga
I miss the coconut shake at Klebang. It is a must to visit place in Malacca.
Melaka biasanya memang panas kan. Last 2 minggu lepas sempat ke Merlimau. Nak ke kota Melaka takut jem. Btw, coconut shake dia memang sedap kan. Roti canai arang tu nampak berbeza. Rasanya berbeza juga ke?
terima kasih atas infonya. kena bookmark ni kot nanti turun melaka boleh jadi rujukan
Lama dah tak dtg melaka.. panas2 haus pekena cendol memang layan lah
Jom baca entri terkini janah …8 punca jeragat pada umur 30 tahun
hari minggu memang jammed teruk dekat melaka tuh.. , nasib baik dah jalan sehala. nak selesa naik motor hehe..semua tempat makan ada yang sedap, ada yang biasa2 jer.. tapi overall ok.. cuma tuhla kalau tempat2 yang viral nih, malas nak beratur panjang… hehe
Jom baca entri terkini zik …5 Tips tingkatkan traffic (traffik) blog part1
macam2 ada kat melaka….tapi klu dtg sini mmg mencari coconut sjake dana sam pedas dia
Jom baca entri terkini ayu rafikah mohd amin …Kehebatan Jenama Coklat Harriston Produk Tempatan Yang Kita Boleh Banggakan
2 minggu lepas pun sy ke melaka juga. Mujur la bukan time cuti sekolah. Kalau tak, mesti jem kan… tapi melaka byk tempat makan best. tu yang sanggup ke sana. hehe
Melaka banyak tempat menarik untuk dikujungi.
Jom baca entri terkini akubiomed …5 In 1 Car Security Tool Hammer Alarm Emergency Light Flashlight
Pergi Melaka tak sempat nak cuba COconut Shake Klebang tu lagi. Lama tak jejak kaki ke Melaka. Kena pergi ni lepas ni.
http://www.liahasty.com
melaka is one of my favorite states… there is just so much to see and do… really love to go there….
Jom baca entri terkini miera …MiL, The Boutique Residence, Penang
Saya memang kerap ke melaka suka pergi situ sebab senang nak cari tempat makan dan tempat nak tinggal! semua yang dishare diatas pon Bonde dah pergi… memang best pergi Melaka.
thanks for sharing with us about Melaka, eh sedap lak tengok cendol cendol tu kan, melaka bahagian kelebang tu memang perlu visit ! Nak pergi travel around da worldddddddddddd
Teringin sangat nak ke melaka. Tgh duk listdownkan tempat untuk dilawat kalau g melaka nani. Tq for sharing
lama tak jejak Melaka..tahun ni lepas pantang , nak bercuti di melaka
Jom baca entri terkini Nadia Johari …HAI FEBRUARY, BAIK-BAIK SAJA YE: MENUNGGU HARI BERSALIN
Memang kalau pergi Melaka ada jer tempat yang kita nak tuju
Jom baca entri terkini onlajer …Beli Elba smart cooker untuk kemudahan tambahan dapur anda.
Memang banyak tempat menarik untuk bercuti…
tapi kalau bercuti bersama keluarga besar termasuk ibubapa yang agak berumur
kena fikirkan alternatif yang bersesuaian dengan kudrat diorang.
Jom baca entri terkini Padin …Pilih Warna Cat Rumah dengan Powerpoint
kebersamaan bersama sahabat yang bisa membuat semua menarik, betul tak?^^
Jom baca entri terkini Hujan Bulan Juni …Desain Kamar Mandi Hitam Putih
yup sangat betul sekali .. saya sudah baca entri nya ..
wow.. makananya sedap2 betul.. pengen pula saya kesana dengan my friends…
Jom baca entri terkini B.C …Desain Kamar Mandi Hitam Putih
Semua dah pergi lokasi yang cik tom kongsikan. Btw, lamanya tak sesat dalam blog cik tom kita sorang ni,heehe… Melaka onie suka pergi tapi bukan musim cuti sekolahlah..tapi haritu pergi Melaka weekend yang bukan musim cuti pun still jammed jalan melaka tu,huwarrrrrrr
menarik , hotelnya sngat strategik tempatnya , bukan main seronok lagi ciktom ni , jemput ke , terima kasih …
Jom baca entri terkini Wawa Zubir …Videp : Cara Nak Pakai Skincare Youth
Dah lama jugak tak datang melaka
Jom baca entri terkini zara …Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh Dan Kering Secara Semulajadi
coconut shake tu wajib cuba kan? ramai cakap best
Jom baca entri terkini nikkhazami …Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Tahun Baru Cina 2018
Melaka saya tak pernah sampai lagi.. boleh jadi rujukan pada masa akan datang ni… tq share ya
Jom baca entri terkini Mus …Cara Membeli 1 Dinar Public Gold Dengan Mudah Dan Murah
Banyaknya tempat best. nanti nak melawat semua tempat-tempat tu. Tq sharing
Jom baca entri terkini semakkini …Permohonan eRumah Pulau Pinang Online 2018.
Memang akan repeat balik ke Melaka bawa anak-anak jenjalan, hari tu masa gi sana time dah sarat mengandung. Tapi serius banyak sekali perubahan kat ikan bakar parameswara tu
Jom baca entri terkini NORIZA ABDUL RAHMAN …Teknik Pernafasan dan Cara Meneran Sewaktu Bersalin Supaya MidWife Tak Marah-Marah
makin banyak lokasi baru ,,,kapan bisa jalan jalan kesana
Jom baca entri terkini cek sertifikat pelaut …SUMBER DAYA MANUSIA PERIKANAN
Dulu pernah tinggal Melaka setahun, tapi tak pernah datang pun tempat-tempat menarik ni. Ruginya saya..
Jom baca entri terkini Naziman Azlye …Sistem Saham – Panduan Analisa Menguntungkan
Thanks sharing pasal ni..nnt plan nak bercuti ke Melaka boleh refer blog ni lagi?
wow..
memang betul menarik la tempat ni..
ingin sangat rasa dihati untuk pergi suatu hari nanti
Jom baca entri terkini mrhanafi …Terbongkar Cara Sejukkan Bilik Tanpa Air Cond
Roti canai kayu arang jer tak sempat cuba lagi
Melaka memang banyak tempat menarik dan bersejarah. Pilih saja nak cari yang mana
Jom baca entri terkini Azmi Abdul Rahman …18 Tempat Menarik di Shah Alam untuk Jalan Makan Angin!
Mantapp artikelnya gan sangat membantu…
Terus berkarya ya dan sukses…
Kalo ada waktu jangan lupa berkunjung ya…
Memang banyak tempat menarik di melaka untuk di kunjungi. Apatah lagi tempat makan yang best. Ibu orang melaka pun tak habis pergi semua tempat ni lagi
Jom baca entri terkini Ibu Zaid …Tempat Makan Best Di Melaka? Kedai makanan sedap buat air liur kita meleleh!
Dah lama cik tom tak update blog, sejak ada anak kecil ni jadual lari. Anak masih kecil memang perlu masa lebih
Jom baca entri terkini Mama Hakim …LPPSA Pinjaman Perumahan Kerajaan. 5 Tips Mudah Supaya Lulus!
begitu banyak nya tempat menarik yang dapat kita kunjungi jadi ingin juga saya untuk dapat kesana menikmati tempat-tempat yang menarik
tempat nya semuanya menarik dan saya pun ingin juga kesana untuk berfoto lumayan untuk koleksi pribadi di buat di dalam album foto
Sabtu ni saya akan balik melaka. Boleh singgah kedai yang puan war warkan ini
Jom baca entri terkini Azmi Abdul Rahman …Umrah Bersama Anak Kecil? Ini tips supaya anak & keluarga kita tersenyum mengenangkan
Melaka antara destinasi perlancongan unggul di Malaysia
Jom baca entri terkini Mazni Azmi …Produk Rumah Kegunaan Harian Penyebab Kanser! Cuba cek sekarang sebelum..
tempat yang menarik untuk santai dan makan-makan
Jom baca entri terkini liyoskin …Manfaat Dan Efek Samping Cream Liyoskin Untuk Kulit Wajah
kapan ya bermimpi bisa travelling
Jom baca entri terkini artimimpi …14 Arti Mimpi Mandi Keramas Di Jalan ? Lengkap
Semasa belajar di Melaka, pernah masuk ke kampung-kampung yang ada sawah padi. Tujuannya nak buat sedikit photoshoot. Kalau tak silap semasa tu dah nak dekat dengan sambutan Hari Kebangsaaan. Rata-rata orang kampung di situ ada buat rumah model berbentuk rumah tradisional . Bila tanya kepada salah seorang pakcik di situ, katanya pertandingan hari merdeka.
Cantik-cantik rumah modelnya. Orang Melaka memang berseni.
Jom baca entri terkini Otak Kiri …Labur, Labur, Lebur! Roti Kuah Banjir Satu.