Apa Tips Cara Promosi Affiliate Cik Tom?
Assalamualaikum dan Salam Sayang….. Apa Tips Cara Promosi Affiliate Cik Tom? Di tempat mana biasa cik tom promosi link affiliate? Guna social internet networking ke? Ada banyak mailing list ke? Itulah antara pertanyaan yang kerap berkaitan bagaimanakah cara cik tom promosi program affiliate cik tom samaada di komen mahupun email.
Antara hasil income affiliate yang cik tom pernah join. Terpaksa blurkan jumlahnya sebab adik cik tom budak akaun marah tunjuk nanti ada pihak berwajib yang tuntut bila asyik tunjuk income. Entah betul tak? huhu…
Cik tom takde mailing list kecuali yang subcribe update dari blog tapi cik tom tak pernah guna email untuk promosi affiliate. Selain itu, cik tom banyak terima offer yang berminat nak jual mailing list dengan harga murah tapi tak berminat. Lagipun bila tanya bro hairul cakap tak elok beli mailing list sebabnya kita tak tahu mailing list tue average age and interest ownernya. Rugi kalau beli tak sesuai dengan niche produk affiliate yang dipromosi.
Tapi memang salah satu rahsia terbesar kejayaan affiliate hunter ialah mailing list. Ada tips dan trick untuk kumpul sendiri mailing list ini tapi cik tom tak praktis lagi. Nanti dah cuba dan berjaya akan cik tom reveal in future.
So, cik tom promosi di facebook ke? Cik tom dah cuba promosi di facebook tapi kurang umpph kerana teknik yang tak umpph jugak. Ilmu facebook ni masih cik tom duk menuntut dan cari cara yang sesuai lagi. Jadi tak dapat nak komen banyak.
Semua bukan mana satu caranya? Sorry ye jangan marah…. Saja taip panjang2 sebab rindu nak menaip entri. hehe.. Caranya cik tom promosi affiliate hanyalah di blog dengan menggunakan artikel dan banner/ link text di sidebar sepenuhnya! Caranya dengan hasilkan artikel yang mesra SEO iaitu masukkan keyword2 yang paling banyak atau suka dicari pembeli di google.
Untuk hasilkan artikel itu pula janganlah semata2 mesra SEO sampai obvious sangat. Nanti takde yang insterested nak beli. Ketika menaip artikel tue make sure jangan mind set untuk jual produk semata2 tapi fikirkan korang berada ditempat pembeli. Apa yang biasa yang mereka nak tahu.
Bagi cik tom review yang baik ialah jujur tanpa berselindung. Satu lagi make sure blog mesra pengunjung means blog anda mempunyai banyak komen+ cuba balas komen tersebut untuk menambahkan keyakinan bahawa blog tersebut aktif dan boleh dipercayai. Macam korang pergi beli belah mesti lagi suka promoter yang peramah kan?
Hasil komisyen cik tom walaupun tak seberapa dan sehebat affiliate hunter yang lain tapi alhamdulillah dapatlah dijadikan sebagai income tambahan. Kalau ada nak minta belanja cendol semua tue maaflah ye sebab cik tom dah habis guna beli Samsung Galaxy Note seminggu sebelum raya dan bagi duit raya kat bebudak. hee… ^_^
Entry tips santai2 je. Malas nak skema list kan satu persatu. huhu… Tips-tips lain yang menarik untuk promosi affiliate cara mudah tanpa modal, korang boleh refer jugak artikel dari blogger halim >>>7 Cara Promosi Affiliate Tanpa Modal Sesen pun atau boleh dapatkan ebook pakar affiliate di pasaran. Korang boleh daftar satu program affiliate yang terdapat pelbagai pilihan produk untuk korang promosikan dan ianya percuma >> Jomniaga.
Sharing is caring
Banyak tu coz dapat samsung G note…yang lama dah arwah atau simpan dalam muzium?
Jujur itu yang paling penting. Jangan macam ada sesetengah blogger / affiliate marketer yang tak berapa jujur, dengan meletakkan hidden links dalam blog mereka. Hehe.
saya pon buat benda yg sama, cara lain x tau, hanya entry post semata semata utk affiliate
Emm mesti ada cara lain kan utk jadi hebat dalam prgram affiliate..emmm…
Jom baca entri terkini Hafizul …Amanah Dalam Kehidupan Seharian
bestnyer dpt beli samsung note. terfikir jugak nak beli..tp bajet x berapa nak ada skrg..bnyk keutamaan benda lain..ciktom, pakai note best tak?:)
dgn buat entry,mungkin lbh mnguntungkan betul x cik tom?
hebatnye ciktom…tak reti la nak mengpromo affiliate ni… hope dpt la nnt mengretikan diri..hihi
x berapa serius sgt dgn iklan ni, main tepek gitu2 je… 🙂
ooo.. saya sekarang tengah mencari cara untuk mendapatkan marketing. Lepas ni saya cuba gunakan blog saya.. Jika berminat untu tengok barangan muslim, datanglah melawat di sini http://muslimbazaar.mnmall.me/
Assalammualaikum wbt.
Tahniah Cik Tom. Wah, ada yang beraya masa ari tu musti seronok je sebab pakai Galaxy Note. Haaa boleh la cik tom beramah mesra lagi ye.
Semoga berjaya Cik Tom : )
rasanya kalau aku mula jual barang barulah aku mengaji sedalam-dalamnya
oo camtu rupanya.. memang handal cik tom ni main affiliate..
tapi betul, jangan tunjuk sangat berapa dapat tu.. nanti ada yang pandang..
oh mcm tu rupanya.. sy slalu promot kt fb tp xdpt byk
Sudah kira mantap dengan hanya buat ulasan di blog sudah boleh memancing pembeli affliate.
ibarat mcm salesmen juga..ayat kene power..hehe
hebat cik tom.. tahniah & tq for sharing. cik tom x try dropship?
Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna ini.
Walaupun kaedah promosi yang digunakan agak simple , tetapi sikit – sikit , lama2 jadi bukitkan. 🙂
Nak menuntut ilmu dengan CIktom.. Memang lebat ni!
Ada satu lagik CikTom, promote nih adakala cepat hasil dan adakala ambil masa setahun baru dapat imbuhan? Yang penting macam CikTom cakap, konsisten dalam semua aspek… study your readers…
wahhh sedap ada jugak hasil dr income blog..samsung galaxy note tu..hehehe..syabas buat cik tom…emm susahkan nak buat blog supaya mesra seo..adoiiii…haha
mailing list kekadang membuat kan saya amarah….ya lah kalau asyik dapat emel betajuk lucah je….pastu alamat emel nama perempuan emel tajuk ‘Puaskan isteri anda’ memang nak kena seligi je rasanya…
Tahniah Cik Tom.
Masing-masing ada cara yang tersendiri untuk mencari duit dari blogging ni kan? yang penting hasilnya itu halal…. 🙂
oh, gitu..kena berfikir sblm buat post. sbb nak selit2 kan iklan..
Blog cik tom hebat. Banyak trafik yang masuk. Sebab tu la x perlu ada mailing list pun boleh buat jualan. Anyway thanks sebab sudi share tips saya di blog ciktom ni.
Wowwww!! kira income masyuk la tu siap boleh beli Note dan bg duit raya.. 🙂
Tahniah Cik Tom 😀
kak mcm mana nak buat hearder macm akak tu kotak wana ungu tu
ni panggil tab menu..blh refer tutorial blogspot under tutorial buat tab menu ye..
saya tak pandailah. tolong ajarkan. boleh??
mengada2 betul dia nih..
Haha..
haishh..tak paham lagi ..huhu
saya dari dulu masih tak caya dengan blog boleh buat duit tapi cik tom dah tunjukkan bukti, kadang pelik jugak..
datang klik nuffnang 🙂
promote di blog pun masyuk jugak kan? n kalo tau cara lain, lagi lagi la bertambah masyuk. hihi
minta ijin guna caranya…=)
setuju dengan ciktom, jujur itu penting. ada sesetengah affiliater nampak sangat nak promote demi keuntungannya saja, bukan fikirkan kelebihan yang bakal pembeli akan dapat
Ada join beberapa affiliate program. Belum buat posting lagi. Tambah je banner. Haha…bole cuba cara cik tom :*
Wah susah tu nak blog mesra seo lagi.
untuk permulaan mailing list rasanya ok..tapi kalau dah selalu sangat email yang tak disangka-sangka masuk..mesti orang tick as spam..hehehe
Tabik spreeng kat Cik Tom ala-ala komando gigi besi..
kiki..
hehhe ;p
yang simple tapi berhasil itu lah teknik yang paling mahal tu
yg simple senang dgn title part time blogger..
tahniah ciktom, memang handal lah ciktom pasal affiliate ni, nak berguru dulu dengan ciktom ni..
hihi..xhandal pun..titan yg terer..