Kembali ke dunia blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Selepas bertapa tiga minggu dari dunia blog, akhirnya baru cik tom berjaya mengatasi kesibukan untuk update blog. huk3.. Tapi rasa best juga tak perlu mengadap blog untuk bagi masa cik tom fokus untuk beribadah bulan ramadhan dan juga persiapan untuk raya dan beraya dengan sakannya tahun ini. hee… Macam mana dengan suasana raya kawan-kawan tahun ini? Meriah tak?

Bunga ros warna-warna pelangi

1. Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger dan semua pelawat blog ini. Maaf dipinta jika sebarang penulisan di dalam entri di blog cik tom atau komen-komen cik tom yang telah menguris hati korang semua. Terima kasih juga diucapkan buat rakan blogger zool, boni dan amy syaquena yang sudi menghantar kad raya kepada cik tom. Maaf kad raya amy tak sempat cik tom balas before raya.

2. Selamat Hari Kemerdekaan

Tak lupa diucapkan Selamat Hari Kemerdekaan 2012 dengan tema “Janji ditepati” pada 31 Ogos 2012. Semoga negara Malaysia terus aman dan dilindungi dari segala bahaya dan malapetaka. Terima kasih kerana hambaMU ini dilahirkan di negara Malaysia dan sebagai orang Islam.

3. Makluman penutupan “Giveaways Kedua dari blog Cik Tom”.

Dengan ini, cik tom menutup giveaways blog cik tom berkuatkuasa pada 31 Ogos 2012. Cik tom dalam proses nak senaraikan semua peserta giveaways cik tom dan kemudian nak kena marathon baca semua entri sekali lagi untuk pilih entri terbaik. InsyaAllah paling lambat dalam 7 September 2012 akan cik tom umumkan semua pemenang giveaway tersebut. Manakala review penaja akan berjalan seperti biasa selepas ini.

4. Berakhirnya juga contest SEO “Eyriqazz vs Denaihati

Tak sangka selepas hampir 3 bulan, akhirnya tamat juga contest seo “Eyriqazz vs Denaihati”. Sepanjang contest ini berjalan, 11 entri berkaitan eyriqazz dan denaihati telah berjaya cik tom hasilkan. Banyak juga rupanya. hehe… Sama-sama kita tunggu senarai pemenang pada pengumuman nanti kerana untuk contest seo segalanya mungkin dan keputusan boleh berubah berdasarkan keputusan contest seo sebelum2 ini.

5. Maaf kepada pelbagai pertanyaan dari pelawat blog cik tom.

Cik tom minta maaf sangat kepada semua pertanyaan yang diterima samaada di komen atau email. Memang cik tom masih belum sempat nak membalasnya. Maaf juga jika terdapat sebarang email dan komen yang terlepas pandang untuk cik tom balas. Tapi yang pasti kebanyakan soalan korang semua memang pernah cik tom jawab dan balas di ruangan komen dari pertanyaan pelawat lain.

6. Terima kasih pada semua yang sudi singgah di blog cik tom.

Walaupun blog ini dah tak terupdate agak lama tapi terima kasih diucapkan kepada rakan yang masih sudi singgah. InsyaAllah nanti cik tom akan usahakan untuk berkunjung ke blog rakan-rakan blogger jika kelapangan. Rasanya itu sahaja update dari blog cik tom buat masa ini. Nak blogwalking sekejap mana yang sempat sebelum tidur.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

39 thoughts on “Kembali ke dunia blog

  • September 2, 2012 at 11:15 pm
    Permalink

    selamat kembali haha

    Reply
  • September 2, 2012 at 11:25 pm
    Permalink

    selamat kembali ciktom..dan selamat hari raya hoho~

    Reply
  • September 2, 2012 at 11:25 pm
    Permalink

    selamat kembali cik tom. tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H kepada cik tom sekeluarga

    Reply
  • September 2, 2012 at 11:52 pm
    Permalink

    Blog Ciktom kalau tak kemas kini selalu pun tak apa sebab trafik mantop. 🙂

    Reply
  • September 3, 2012 at 12:26 am
    Permalink

    macam pernah nampak aje gambar bunga warna-warni tu..

    Reply
  • September 3, 2012 at 12:26 am
    Permalink

    selamat kembali cik tom.. ramai yang merindui cik tom..hehe.. lepas ni jangan abaikan lagi tau blog ni 🙂

    Reply
  • September 3, 2012 at 12:30 am
    Permalink

    selamat kembali cik tom.. hehe.. saya pulak akan kembali tak update balik..huhu

    Reply
  • September 3, 2012 at 12:41 am
    Permalink

    selamat kembali dan selamat hari raya ciktom.

    Reply
  • September 3, 2012 at 1:26 am
    Permalink

    Salam..
    selamat kembali berblogging
    sukanya kalau dapat cuti
    dari blogging nih..apa nak buat
    saya dah addicted 🙂

    Reply
  • September 3, 2012 at 1:35 am
    Permalink

    Selamat kembali memerah otak untuk menulis blog ciktom

    Reply
  • September 3, 2012 at 7:03 am
    Permalink

    Mmg ramai blogger yg offline utk ramadhan lalu. saya pulak cuma kurangkn b/walking.

    Salam aidilfitri & salam kemerdekaan!

    Reply
  • September 3, 2012 at 7:26 am
    Permalink

    selamat kembali
    selamat beraya
    selamat berpuasa 6
    selamat hari merdeka
    selamat hari Malaysia 🙂

    Reply
  • September 3, 2012 at 7:39 am
    Permalink

    Waaaaah….
    Ucap selamat all in 1 ni…. 🙂
    Selamat kembali ke dunia blogging….

    Reply
  • September 3, 2012 at 8:19 am
    Permalink

    sibuk ya ciktom…

    apapun good luck dalam contest SEO tu nanti…

    Reply
    • September 3, 2012 at 2:41 pm
      Permalink

      memang lama betul ciktom menghilang.lebih kurang 3 minggu .

      Reply
  • September 3, 2012 at 9:21 am
    Permalink

    Selamat kembali tak sabar kita nak baca nukilan ciktom.

    Reply
  • September 3, 2012 at 10:55 am
    Permalink

    Welkam bek. Hehehhe
    Lama tul bercuti yer cik tom 🙂

    Reply
  • September 3, 2012 at 11:44 am
    Permalink

    Selamat kembali Cik Tom ;D hee

    Reply
  • September 3, 2012 at 2:20 pm
    Permalink

    selamat kembali ciktom 🙂

    Reply
  • September 3, 2012 at 4:25 pm
    Permalink

    Hehe..selamat kembali..wahh menarik tu contest tak lama nk diumumkan..paling menarik entri contest eyriqazz vs denaihati cik tom tu dah meletop..hahaha..semoga cik tom berjaya dalam contest tu..

    Reply
  • September 3, 2012 at 5:48 pm
    Permalink

    Banyaknya entri kontest tu je..wahahaha

    Reply
  • September 3, 2012 at 5:48 pm
    Permalink

    selamat hari raya =)

    Reply
  • September 3, 2012 at 5:49 pm
    Permalink

    Boleh tulis link ke dalam komen ni?

    Reply
  • September 3, 2012 at 7:57 pm
    Permalink

    Memang enjoy sakan Cik Tom beraya sampai lama tak update. Hehe. Selamat kembali, Cik Tom.

    Reply
  • September 3, 2012 at 9:34 pm
    Permalink

    saya refresh blog ni baru tau ada post terbaru

    Reply
  • September 3, 2012 at 10:36 pm
    Permalink

    Assalammualaikum wbt.

    Selamat Kembali semula Cik Tom. Samalah, Incik RestNrilekS pun rehat lama bulan ogos. Baru aje kemaskini kilat. Ngehee
    Selamat Hari Raya Aidilfitri Cik Tom

    Reply
  • September 4, 2012 at 9:39 pm
    Permalink

    aha..cik tom dh kembali.. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!