Jom Support Projek Amal Kebajikan EQQ
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Cik tom nak join satu segmen yang dianjurkan oleh Mummy Akmar. Sori ye lambat publish entrynya. Cik tom tertarik untuk join segmen Projek Amal EQQ ini ialah kerana tujuan utamanya untuk membantu pusat anak-anak yatim menambah dan mengumpul dana hasil dari jualan kraftangan yang kreatif. Dana inilah yang akan dijadikan perbelanjaan harian pusat tersebut.
Niat murni mummy akmar kerana hasil kraftangan mereka yang cute menarik dan ingin membantu mereka dari segi promosi dan jualan ke satu tahap yang lain iaitu menolong mereka menjual barang-barang ini melalui blog Mummy. Barang-barang kraf yang dihasilkan sangat unik dan juga boleh di beli dengan harga borong juga mengikut citarasa dan mengikut permintaan pelanggan.
Ini dapat membantu golongan yang kurang upaya ini dengan sedikit sebanyak dapat meningkatkan taraf hidup mereka dan membuatkan mereka lebih berdaya saing untuk menghasilkan barang-barang kraf yang kreatif dan mengasah bakat mereka untuk lebih menonjolkan kreativiti mereka.
Marilah kita sama-sama menyokong niat murni Mummy Akmar untuk membantu anak-anak yatim kampung Tersusun Bercham. Info lebih lanjut dengan klik >> Segmen: Jom Follow Blog El Qashrin Qaisara Untuk “Projek Amal EQQ”.
Sharing is caring
Belumsempat terjah projek amal tu,bunyi menarik.
ada masa boleh terjah nanti ye akak..
bagus segmen mcm nih di bulan yg mulia nih kan…
yup mmmg bagus join segmen utk tlg menolong golongan yg kurang berkemampuan ni.
nak tgk lah..
eca pun xsempat buat lagi..
Thanks Ciktom…
Saya tolong tweet. 🙂
menarik ni..
Emm baru boleh baca entri ni..hehe..semoga adala tu hikmah di atas apa yang cik tom lakukan ni..
terbaik la cik tom..sama2 membantu anak2 yatim ni.. 🙂
assalamualaikum.
sokongan dgn cara mempromosi hasil kraf anak-anak yatim tu melalui blog eh cik tom.Saya rasa klau ada gmbar hasil2 kraf yg dorang buat lg menarik. Atleast pembaca nampak mungkin ada yg brminat nak beli or jadikan koleksi ke.Pe2 pon rasanya berminat nak join projek amal ni..:)
dah join dah.
jom follow semua
rasa cam pernh masuk nama blog tu heee
tolong share..kalau free akan join juga 🙂
meringankan beban mereka tu dpt pahala
Niat baik ciktom perlu disokong…
Saya dah masuk sebahagian dulu hasil kraftangan anak-anak yatim tu. checkout my blog ya…thanks..
Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin dari Sop dan keluarga
http://www.sop.name.my/2012/08/ucapan-selamat-hari-raya-aidilfitri.html
Baik niat mummy akmar…
semoge berjaya cik tom
Projek amal eh kak? Sy sokong kak!
InsyaAllah terjah nnti.
tolong tweet juga
bersama kita membantu insan yang memerlukan…
bantu membantu amalan yang harus kita lakukan.. ayuh… saya tolong share… 🙂
Hehehe..lama tak singgah blog EQQ..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Amanah Dalam Kehidupan Seharian