Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan
Assalamualaikum dan salam sayang.. Ciktom sudah didedahkan pada dunia bisnes semenjak dari persekolahan menengah. Masa tu ciktom sekolah berasrama penuh dan ciktom katakan pada emak yang bagus kalau meniaga kerepek ubi kat asrama sebab ramai selalu mengadu lapar takde jual makanan kat sana. Masa permulaan segan tapi ciktom ketepikan dan pergi menjaja dari dorm ke dorm. Sehinggalah bila dah dikenali ciktom hanya menjual dari bilik je. Panggilan glamour masa tu akak kerepek. haha..
Kemudian dari sana ciktom teruskan lagi berbisnes bila masuk ke universiti. Macam2 bisnes ciktom buat antaranya bus chatered balik kampung, jual topup, jual kain pasang, jual brooch. haha.. Sehingga ke hari ini ciktom masih berbisnes cuma sekarang lebih secara online.
Berbalik kepada tajuk “Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan“, berdasarkan pengalaman ciktom bisnes makanan paling senang buat duit berbanding yang lain tapi ada cabarannya tersendiri. Kira ada pro dan cons.
Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan
IDEA BISNES
Bisnes yang ingin ciktom mulakan ialah bisnes printing. Berdasarkan market ini antara salah satu bisnes boleh dimulakan dengan modal yang rendah tapi pulangan untung yang lumayan.
POTENTIAL MARKET
Hasil survey memang bisnes printing ini high potential market. Contoh untuk majlis perkahwinan pasti perlukan kad kahwin, bunting, badges, baju rewang sedondon dan pelbagai lagi yang mengunakan printing servis. Kalau company pulak buat event lagi banyak perlukan khidmat printing, baju korporat, hadiah bercop company dan lain-lain. Yang buat bisnes pula akan perlukan printing label dan packaging produk.
Banyak lagi tapi cukup ciktom sertakan contoh serba sedikit di atas.
MODAL & ILMU BISNES
Ciktom sudah survey pakej peralatan printing modal bawah RM1000. Malahan pakej tersebut turut disediakan training & support untuk membantu para usahawan. Yelah nak buat bisnes ini kena sedia mental dan fizikal. Nak buat bisnes kena ada ilmu dan tahu serba sedikit selok belok bisnes yang bakal dibuat.
Untuk modal, ciktom sudah ada reserve kan. Takpe kalau tak cukup nanti ciktom pajak emas je sementara kat Ar-rahnu. hehe… So seterusnya ciktom berusaha cari ilmu bisnes dengan follow facebook/instagram para usahawan bisnes. Ciktom pun follow dan lihat rentak mereka yang buat bisnes printing. Mana ilmu yang sesuai boleh praktiskan akan datang.
Salah satu website keusahawanan yang ciktom suka refer ialah The Usahawan. Pada yang berminat nak tahu pelbagai tips-tips tentang bisnes dan keusahawan, ciktom recommend korang pergi bookmark website ini.
DAFTAR SSM & BUKA BANK AKAUN COMPANY
Bila dah ada idea dan serba sedikit ilmu sebaiknya daftar perniagaan di SSM dan buka akaun company. Alhamdulillah ciktom memang sudah mendaftarkan perniagaan ciktom dengan SSM dan juga akaun company di Maybank semenjak dari 2016.
Akaun company ini penting untuk asingkan duit bisnes dengan personal. Supaya tak enjoy berbelanja sehingga terlupa mana modal,untung dan gaji yang sepatutnya ciktom terima setiap bulan.
SUPPLIER
Untuk supplier ciktom belum survey lagi tapi ciktom pernah follow ex-bos ciktom cari supplier di Jakarta. Alhamdulillah ex-bos ciktom tu pernah offer kalau nak buat bisnes dia boleh tolong guidekan sebab dia banyak tahu source supplier dan kilang. Walaupun dah tak bekerja ciktom masih selalu contact dengan mereka.
LOKASI BISNES
Ciktom bercadang untuk permulaan bisnes printing ini hanya dari rumah. Ciktom akan sediakan satu bilik khas untuk tujuan buat bisnes printing ni. Alhamdulillah rumah ciktom ni ada 4 bilik semuanya jadi masih ada extra bilik tak digunakan.
Long term goal sudah semestinya ciktom ingin sewa/beli kedai khas untuk bisnes printing ciktom.
OPERASI
Untuk operasi bisnes ini, ciktom plan akan hired suami ciktom jadi part time worker untuk design printing customer. Suami ciktom memang kreatif, pandai melukis dan ada bakat dalam design. So, ini memang kelebihan untuk ciktom buat bisnes printing.
Tapi apa susah kebanyakan dah ada pelbagai template untuk design printing. Customer boleh pilih mengikut citarasa berdasarkan contoh template design.
Ciktom juga perlu sediakan SOP untuk semua proses bisnes ciktom supaya berjalan lancar.
MARKETING
Untuk marketing ini, kelebihan ciktom as blogger akan gunakan medium blog untuk promosikan bisnes ciktom. Ciktom pun sudah ada pengalaman untuk setup website ecommerce sendiri. Jadi ciktom boleh setup sendiri website ecommerce untuk bisnes printing ciktom. Kalau upah orang mau beribu. Uhuks…
Suami ciktom pula berpengalaman dalam marketing melalui FBads dan juga Google Adword. Ini semua lebih kepada marketing secara online.
Untuk offline marketing, ciktom maybe boleh menaja mana-mana event anjuran blogger atau NGO. Iklankan bunting di tempat bersesuaian.
NETWORKING
Untuk buat bisnes macam ni memang perlukan networking yang bagus. Maybe ciktom kena build up social skills ciktom. hehe
MOHON DOAKAN
Semoga impian ciktom untuk buat bisnes printing bakal tercapai satu hari nanti. Sekarang tengah bina keyakinan diri dan cari ilmu sebelum nak mula bisnes printing. Tolong doakan semoga dipermudakan urusan ciktom ye. amin..
Sharing is caring
Saya memilih bisnes modal rendah. Pengalaman terdahulu simpan stok akhirnya menjadi bebanan apabila tidak terjual. Mungkin orang lain lebih sesuai untuk berniaga dengan memegang tetapi untuk saya mungkin dah serik kot.
Terbaik, kalau di Kelantan slogan mereka “perniagaan adalah Saturday ibadah”. Did pejabat, kempen tersebut kelihatan menjadi kerana hampir setiap individual mempunyai business making masing Dan mereka bisnes sesama mereka
Jom baca entri terkini Saljuhumairah …Ride Yamaha 135 LC Dari Shah Alam ke Gunung Semanggol
wowww,,betul2 lengkap penerangan ciktomm… ain baca sampai habiss..banyak rupanya pengalaman ciktom ehk dlm berniaga..nanti boleh lah kongsi dengan ain.hehhee..
in sha Allah akan tercapai cita-cita cik tom tu. senanglah rumah ada 4 bilik.senang nak arrange.
Jom baca entri terkini mar mansor …Bila Emak Datang
Sebaiknya perniagaan segera dimulakan jangan terlalu banyak pertimbangan yang membuat tidak jadi start,,,btw semoga lancar usahanya, Aaamiin.
Jom baca entri terkini masigit …Bottle Unscrambler Machine by Posimat
Semoga tercapai impian itu dan perniagaan berkembang maju 🙂
https://aerillhassan.blogspot.com
bisnes printing memang boleh pergi jauh..dalam biz apa pun printing mesti ada ambik bahagian kan
Jom baca entri terkini zara …Atasi Masalah Hati Berlemak Atau Fatty Liver Secara Semulajadi
sekarang ni banyak bisnes yang modal rendah yang boleh membawa kepada keuntungan yg lumayan. bisnes printing ni salah satunya.
Jom baca entri terkini nikkhazami …Review McDonalds Mexicana Chicken Burger dan Strawberry Custard Pie
memang leh buat kalau bijak cari peluang.
good luck.
Jom baca entri terkini titan …Hutang ialah Raksasa Malapetaka
Saya pun pernah terfikir nak buat bisnes printing sebab market sangat luas. Dari print stickers, flyers, business cards, baju, bunting, banner sampai ke signboard boleh buat. Semoga dipermudahkan segala urusan cik tom untuk start up bisnes printing.
Jom baca entri terkini Ella Tomo …Lucky.
Saya pilih bisnes modal rendah. Tak perlu simpan stok di rumah. Tak perlu hutang bank untuk buat loan. Alhamdulillah.
http://www.ommasihat.com/2018/07/rawatan-alternatif-buah-pinggang-rosak.html
Bisnes apa pun, kalau betul strategi, ada mentor dan rajin berusaha, inshaAllah akan berjaya.
Sy ucapkan selamat maju jaya buat ciktom dan sahabat2 kat sini 🙂
https://www.celikvitamin.com/blog/pengedar-shaklee-aktif-ready-stok-sekitar-sabah/
Jom baca entri terkini Fahime Shahime …Tips Hilangkan Kesan Parut Jerawat Di Muka Sejak 20 Tahun Lepas
Semoga sukses cik tom
ada bercita² nak mulakan bisnes,cumanya modal tu terlalu besar..takut pun ada…apa pun..moga semuanya dipermudahkan untuk cik tom
Tahniah… Inshaallah dipermudahkan Segala urusan Ct untuk memulakan bisnes kelak. Nanti boleh juga akak buat tempahan kad jemputan makan-makan dgn Ct.
Bagus Ciktom punya kesedaran berbisnes dari belia. Teruskan ye semangat tu dan semoga hajat terlaksana. Tiada yang mustahil semuanya bermula dari diri kite sendiri 🙂
Jom baca entri terkini Idziani Cara Kawal Tekanan Darah dengan Berkesan
Ramai kaum wanita rajin buat bisnes. Semoga dipermudahkan segala usaha cik tom.
Jom baca entri saya https://www.diarysihat.com/tips/tip-menghilangkan-jeragat-dengan-berkesan/
Wahhhh. Thanks cik tom bg tips.
Jom baca entri terkini Uyul Cantik …AWAL BULAN MEMANG SIBUK DARI BIASA