Wow Diskaun Sehingga 90% Kempen Ekspo Elektronik Shopee
Assalamualaikum dan salam sayang…. Mesti ramai yang kaki shopping online seperti ciktom teruja bila dengar ada diskaun sehingga 90% ke atas lebih 1000 produk elektronik sempena Kempen Ekspo Elektronik Shopee MY.
Wow sangat kan??
Kempen Ekspo Elektronik Shopee – Jaminan Harga Terendah (LPG) akan dilancarkan bermula 23 hingga 26 Julai 2018. Yang ciktom over excited sangat, lebih daripada 20
jenama elektronik turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi.
Ehemmm.. dalam banyak2 jenama barang elektronik tu memang ada yang dah ciktom hajati. Tak sabar citom nak tunggu harga sale, Harap kaw2 dan ciktom berpeluang dapat grab 1. hihi
Diskaun untuk lebih 1,000 produk tu termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori. Korang boleh menikmati harga terendah ke atas semua produk yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’.
“Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan kami telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah
eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Bermula pada 23 Julai, Shopee menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. Korang boleh dapatkan aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus
wayarless daripada jenama Logitech.
Bagi korang yang meminati muzik boleh dapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan juga rangkaian jam pintar.
Selain Shocking Sale, korang boleh dapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik.
Dalam masa yang sama, korang boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi,
Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Untuk yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian.
Berita gembira khas buat peminat Facebook Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai.
Cara penyertaan amat mudah sekali iaitu;
- Cari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee
- Ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah
- Kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa korang ingin memenangi produk tersebut.
Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran dipilih bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik memasing.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari website Shopee >>https://shopee.com.my/m/electronics-expo<< bermula 16 Julai 2018. Untuk lagi mudah korang shopping menggunakan smartphone , jom muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.
Kalau ciktom yang kaki shopping online lagi prefer guna apps Shopee tau sebab banyak promo code diskaun hanya sah guna melalui order di App Shopee sahaja.
Sharing is caring
Assalamualaikum dan selamat pagi dari Ibu. Singgah blog walking blog cik tom. Boleh lah rancang apa nak di beli kan
Jom baca entri terkini Ibu Zaid …8 Resort di Melaka yang best untuk bercuti!
tak sabar nak shopping ni tau
Salam rabu dari Mama, Semoga sihat wal afiat dan di rahmati Allah swt. Diskaun sepanjang masa kan
Jom baca entri terkini Mama Hakim …Pelembap muka terbaik di Malaysia! Mana 1 yang paling berkesan?
Sebagai pembeli perlu bijak membuat penilaian sebelum membeli. Sekarang ini lebih mudah nak semak harga dan buat perbandingan. Harga di Shopee dikatakan murah.
jom le bershopee..best ni
Jom baca entri terkini mar mansor …Jaminan Harga Terendah di Kempen Ekspo Elektronik Shopee
saya pantang betul kalau nampak diskaun hebat macam ni. lebih2 lagi kat shopee. so far shopee paling murah kot
Jom baca entri terkini nikkhazami …Semak Kelayakan Free Speed Upgrade Unifi Streamyx