Prodruff Set Anti Kelemumur dan Rambut Gugur Terbaik di Malaysia
Assalamualaikum dan salam sayang.. Harap semua rakan dan pembaca blog ciktom sentiasa sihat dan berbahagia. Hari ni ciktom nak kongsikan satu produk best iaitu Prodruff Set Anti Kelemumur dan Rambut Gugur Terbaik di Malaysia. Produk PRODRUFF ini ciktom sudah gunakan hampir 2 minggu.
Wanita dan rambut memang tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi rambut tue ibarat mahkota kepada wanita.
Penjagaan rambut perlu dititikberatkan sepertimana penjagaan rapi pada wajah. Jangan kita tengok muka je cun melecun. Sekali buka tudung terus semerbak bau hapak rambut. hihi.. Malu deknonn…
Macam ciktom ni, selepas berpantang makin menjadi-jadi pulak masalah rambut gugur ciktom. Walaupun ramai cakap itu perkara normal lepas bersalin tapi ciktom tetap pening fikir solution terbaik untuk mengatasi masalah rambut ciktom yang banyak gugur ni.
Dengan suami lagi membebel rambut bertaburan atas lantai. haha.. Padahal dah 2-3 kali vacuum sehari. Sekali ciktom sikat rambut segumpal melekat pada sikat. Stress sesangat dengan masalah rambut gugur ni campur pulak ada jugak kelemumur.
Dalam duk kalut nak try produk tu tiba-tiba je ada kawan blogger rekemen try Prodruff. Ciktom pun apa lagi terus grab. Alhamdulillah dah 2 minggu guna dan serasi dengan ciktom.
Botol Prodruff ni nampak je kecik tapi tahan lama tau sebab pekat. Serum tu pun just spray kat rambut follow step yang diberikan dalam arahan cara penggunaan. Then, shampoo tu pulak sudah mencukupi pakai sekali picit je. Memang berbaloi-baloi.
Jom ciktom cerita serba sedikit mengenai produk Prodruff ni kat korang.
Prodruff Set Anti Kelemumur dan Rambut Gugur
Set rawatan PRODRUFF ini tersangatlah unik tau. Korang beli serum rambut tu akan automatik dapat PERCUMA Shampoo. Dengan penggunaan set serum dan shampoo berasaskan tumbuhan sebagai rawatan penjagaan rambut, ianya mampu mengawal dan menghentikan 3 dalam 1 masalah rambut seperti:
- Kelemumur (Kulit kepala berkerak / Kering)
- Kulit kepala berminyak (Sebum berlebihan)
- Keguguran rambut
Kelebihan Prodruff BehindSkin
Apa yang ciktom suka pada produk ini ialah ianya mengandungi banyak khasiat berasaskan tumbuhan seperti pati rosemary yang menggalakkan pertumbuhan rambut, mengelakkan masalah kepala botak serta turut membantu menghilangkan kelemumur.
Selain itu, terdapat juga ginseng berfungsi mengelakkan rambut gugur, memperbaiki sel kulit kepala serta menguatkan folikel dan akar rambut.
Kandungan Arcina pula mengalakkan pertumbuhan rambut dan melindungi kulit kepala dari jangkitan dan oxidative stress. Pati Sage mempertingkatkan pembentukan folikel untuk rambut yang sihat.
Manakala kandungan henna menjadikan kulit rambut ciktom kuat dan subur dari akar rambut menghasilkan rambut sihat bersinar.
Cara Penggunaan Prodruff Set Anti Kelemumur dan Rambut Gugur
Untuk kesan yang lebih efektif, ciktom galakkan korang untuk gunakan kedua produk prodruff iaitu serum dan shampoo.
- Head & Scalp Spray Treatment (Serum)
1. Waktu terbaik penggunaan adalah sebelum tidur.
2. Pastikan rambut betul-betul kering sebelum di spray (fokus kepada 16 titik).
3. Sekiranya mencuci rambut, pastikan tunggu 4 – 5 jam sehingga rambut betul-betul kering.
- Itchy Hair Loss Anti-Dandruff Shampoo (Shampoo)
1. Waktu terbaik untuk penggunaan shampoo ini adalah pada keesokan paginya.
2. Bilas rambut sehingga tiada rasa licin.
3. Kemudian pastikan rambut betul-betul kering sebelum memakai tudung.
Keberkesanan Prodruff BehindSkin
Tahap keberkesanan produk Prodruff ini bergantung kepada jenis masalah dan tahap masalah rambut yang korang alami tau. Ada yang alami perubahan seawal 1 hari penggunaan;
- Kelemumur hilang seawal 1-3 hari penggunaan
- Kulit kepala berminyak berkurang seawal satu basuhan
- Keguguran rambut berkurang seawal 3 hari – 2 bulan penggunaan
7 Sebab Ciktom Jatuh Hati dengan Prodruff
Ciktom jatuh cinta dengan serum Prodruff tu lepas spray je, kepala rasa nyaman dan sejuk je. Memang makin bertambah lena tidur ciktom lepas gunakan serum Prodruff ni. Bau serum ni pun wangi macam bau aromatherapy.
Pagi keesokan harinya bangun cuci rambut dengan shampoo lagi bertambah seronok sebab kepala rasa ringan keawangan je. Hilang semua stress dan serabut dalam kepala otak ciktom ni. haha… Rambut pun jadi kurang berminyak. Kalau sebelum ni agak2 kalau boleh kumpul minyak tu boleh buat goreng telur kot. haha..
Lagi best ciktom pakai tudung seharian dari pagi kemalam pergi beraya banyak open house pun rasa relaks je. Kulit kepala takde rasa rimas atau gatal walaupun seharian keluar beraya. Rambut pun maintain je rambut bau wangi. Siap suami tegur bau apa wangi ni. hehe..
Haa.. yang paling super duper best, rambut ciktom dah makin kurang gugur. Biasa sikat rambut segumpal jugak rambut melekat pada sikat. Alhamdulillah lepas pakai prodruff sikat rambut pepagi, rambut gugur melekat pada sikat ada la dalam 5-6 urat je.hihi..
Pada yang berminat, harga Set Lengkap Prodruff ni hanyalah RM120.00.
Tapi tunggu dulu yee..
Berita baik khas untuk pembaca blog ciktom, korang boleh whatsapp code diskaun dibawah;
PRODRUFF GET40
ke nombor 012-800 9860 untuk dapatkan harga promosi terbaik dari team Prodruff;
PRODRUFF ~ BEHIND SKIN Instagram : @prodruff.official_malaysia Facebook : Prodruff Malaysia HQ Website : www.prodruff.com Whatsapp: http://prodruff1.wasap.my
Jom CEGAH SEBELUM TERLAMBAT! Sayangilah rambut anda. hihi 😉
#prodruff #prodruffofficialmalaysia #antikelemumur #antihairloss #antiitchyscalp
Sharing is caring
Biasa berlaku kepada ibu-ibu selepas bersalin. Selalu dikaitkan sebab air liur anak meleleh tahap luar baiasa.
comel ciktom berselfie..hhehehhe..
Orang mengandung banyak hilang darah, zat besi pun kena ambil lebih, itu antara punca rambut gugur sebab zat besi tak cukup
Jom baca entri terkini Ibu Zaid …8 Resort di Melaka yang best untuk bercuti!
suka pakai set antikelumumur ni..memang best
Jom baca entri terkini kisahsidairy …Potongan Harga sehingga 90% di Ekspo Elektronik Shopee.My
Salam rabu dari Mama, Semoga sihat wal afiat dan di rahmati Allah swt. memang tak suka kelemumur
Jom baca entri terkini Mama Hakim …Pelembap muka terbaik di Malaysia! Mana 1 yang paling berkesan?