Cadangan Sumber Pendapatan Selepas Bersara
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Sudah bersediakah kita untuk menempuhi alam persaraan? Kalau dipanjangkan umur sehingga 80 tahun, kita masih mempunyai 20 tahun lagi untuk hidup selepas bersara. Kenyataan ini membimbangkan bagi mereka yang bergantung sepenuhnya kepada gaji bulanan tanpa ada sumber pendapatan sampingan yang lain.

“Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang (pencarum) yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh 3 tahun.”
Agak-agak kenapa ye ni semua terjadi?? Takkan tak cukup KWSP RM120,000?? Banyak tuuee… Tapiii cuba fikir & renungkan…. duit itulah yang akan dikeluarkan untuk membeli rumah, membiayai pelajaran anak, bil perubatan, bil hospital dan juga ubat sekiranya jatuh sakit.

Hmm pening juga ye.. cik tom nak kongsikan cadangan persaraan ni based on pengalaman ayah cik tom sendiri. Ayah cik tom seorang persara Telekom. Ayah dapat simpanan KWSP dan juga pencen. Pencen bulan2 dalam anggaran kasar RM600. Ayah dah bersara dekat 12 tahun. Perghh dah lama tue kan..
Cadangan Sumber Pendapatan Selepas Bersara;
1. Menabung untuk persediaan sumber pendapatan selepas bersara
First sekali, cik tom cadangkan sangat2 amalkanlah sifat menabung dari awal. Dengan menabung pada peringkat awal, insyaAllah kita akan dapat menyimpan duit secukupnya untuk simpanan selepas bersara. Contoh, ayah cik tom memang seorang yang berjimat cermat dari zaman muda.
Kat tiang rumah paling tengah tue sebenarnya kosong @ memang ayah plan untuk dijadikan tabung. Setiap hari ayah akan simpan duit dalam tiang tue at least RM1 sehari. Masa tue duit syiling RM1 kaler emas. Bila penuh ayah akan kopak dinding tu dan simpan duit dalam bank.
Cik tom sendiri pun suka menabung sejak dari kecil. Alhamdulillah dengan hasil menabung, cik tom berjaya beli tunai kereta kelisa (secondhand) dengan duit simpanan sendiri.

Haa kalau belum tue mulakan menabung lepas je siap baca post ni. Amik 1 botol kosong tebuk lubang & jadikan sebagai tabung ye! 😉
2. Beli rumah/ kedai untuk disewakan
Ini salah satu impian cik tom yang masih tak kesampaian lagi kerana masalah tertentu yang kalau bukak cerita panjang pulak. hehe.. Ayah cik tom ada buat pelaburan 1 rumah dan 2 buah lot kedai yang disewakan. Actually satu tue abang cik tom dah buka kedai komputer & stay kat sana.
1 lot lagi disewakan kepada 1 syarikat security dengan kontrak 3 tahun. Alhamdulillah ini salah satu sumber pendapatan yang ayah cik tom dapat setiap bulan selepas bersara selain simpanan menabung, KWSP dan pencen.
Ini salah satu pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan dalam bidang hartanah.
3. Libatkan Diri dalam Perniagaan Selepas Bersara
Masa setahun selepas bersara, ayah cik tom memang jenis tak boleh duk diam. Boring duduk rumah katanya. Ayah pun buat bisnes supply barang kitchen, admin & housekeeping untuk satu motel di Terengganu. Sempat jugaklah 2 tahun kerja pastu stop sebab kerja tue 100% ayah sorang je. Tak amik pekerja. Dah makin tua kudrat pun tak macam orang muda nak angkat barang berat-berat.
Sekarang macam-macam jenis bisnes ada. Semuanya terletak pada diri masing-masing nak pilih yang mana bersesusaian. Yang pasti jangan tersilap percaturan yang memakan diri sendiri.
4. Libatkan Diri dalam Pekerjaan Selepas Bersara
Yang ni bukan experience ayah cik tom tapi jiran sebelah rumah. hehe… Pak cik ni lepas bersara dia kerja sebagai pak guard kat sekolah rendah. Isteri dia pulak kerja kat kantin sekolah.
Cuma cik tom rasa kesian sebab nak jadi Pak guard tue kena kerja shift malam. Kesian pulak sebab dah tua masih kerja kuat. Tapi itulaah kadang-kadang bila usia makin lanjut ni ramai yang degil nak kerja sebab boring duk umah.
********************************
Semua 4 cadangan yang cik tom bagi tue maybe hanya sesuai untuk golongan yang telah bersedia dari awal merancang sumber pendapatan selepas bersara.
So, bagaimana pula bagi kes yang tak sempat buat persediaan, tiada pelaburan, tiada simpanan, tiada perniagaan??? atau mungkin sesuatu terjadi pada diri sehingga semua simpanan terpaksa dibelanjakan? atau mungkin bagi mereka yang tidak lagi mampu menggunakan kudrat yang banyak untuk bekerja?
Pak cik memang ada simpan duit dari mula-mula bekerja. Masa itu pak cik berharap hanya akan keluarkan duit bila telah pencen. Namun ia tak jadi kenyataan. Sebaliknya terpaksa dikeluarkan kerana kos sara hidup meningkat dengan pantas.yuran sekolah anak sekolah pagi dan petang, bayaran tuisyen, bil-bil (letrik, air, talipon, astro, internet), kos pengangkutan ketempat kerja, pinjaman pendidikan, jemputan kenduri, bayaran rawatan, pinjaman perumahan membelenggu kehidupan pakcik. – Awang
Ini salah satu kisah sedih Pak Cik Awang yang mungkin sudah lali kita dengar. Dengan faktor usia makin meningkat tidak semua berupaya untuk bekerja kembali menjadi pak guard, meniaga di pasar malam dan sebagainya. Tapi.. Jangan bimbang! Dunia masih belum berakhir… Masih terdapat banyak pilihan yang boleh di ikhtiarkan.
Salah satunya ialah bekerja sambilan hanya dari rumah. Terima upah yang lumayan dari syarikat-syarikat berasaskan internet sebagai pekerja bebas (freelance) hanya dari rumah. Untuk maklumat anda boleh rujuk ke laman >> Jobdirumah.
Mana tau ada rezeki anda di sana.
Walaupun wang menjadi suatu keperluan tapi jangan jadikan wang sebagai raja dalam hidup anda. 🙂
Sharing is caring
Yang membimbangkan status kesihatan selepas persaraan sudah tentu memerlukan kos kesihatan yang tinggi.
Jom baca entri terkini akubiomed …I AM NIKON Showcase 2013 di Mid Valley Megamall
yup makin meningkat usia makin byk penyakit yang ada…biase byk kos utk ubatan & rawatan kt hospital..
salam.. cakkk…
singgah sini sebab nak jemput tuan tanah join Giveaway teman yg 1st ni.. sempena anniversary blog tengkubutang yang pertama.. HADIAH AWESOME SGT2!!
VITAMIN SHAKLEE X 2, HANDBEG, JUBAH, TASBIH, TOPUP DAN MCM2 LAGI..
jom join! mana tau ada rezeki? he2
http://tengkubutang.blogspot.com/2013/11/giveaway-1-year-blog-tengkubutang.html
terima kasih…ciktom dh tggl jejak kt sn 🙂
Kalau takda backup plan lepas bersara tu, memang boleh buat pening jugak. Itulah ada yang sanggup bekerja lagi walaupun dah bersara kan.
Jom baca entri terkini Hazmin Hamudin …Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H
kalau pas bersara nak duk senang lenang buat amal ibadah pulak..hehe
salam cik tom..
pkongsian yg baik.. bkan smua org rancang utk psaraan.. stuju ramai yg bersara mnjadi miskin..sbab kurang jaga pengaliran duit..
yg bab menabung memnag saya sokong 🙂
Jom baca entri terkini sobri yaacob …Santai-Santai: Apa Yang Harus Dilakukan Sekiranya Masalah Datang Serentak?
thanks..yup xtunggu bersara pun skang ramai orang bujang (sebelum 30thn) dah disahkan bankrap kerana tak jaga pengaliran kluar masuk duit dgn baik..
Idea nak buat rumah sewa dengan sewakan premis perniagaan tu memang best ho ho
tengah kumpul modal jugak ni
Jom baca entri terkini sabree hussin …Jawatan Kosong Jurutaip Sambilan Dari Rumah Mengarut Betul lah
samalah ciktom pun tgh kmpl modal…good luck!
nak surf jobdirumah tu..
🙂
boleh survey dl tgk kalau bersesuaian..
Setakat dengan kalimat entri terakhir…”walaupun wang menjadi suatu keperluan akan tetapi jangan jadikan wang adalah raja dalam hidup kita”
Jom baca entri terkini Ferry …Hasil Tes TKD CPNS Honorer K2 2013
setakat?stuju ke? hehe..
paling best, buat rumah utk disewakan… setiap bulan kutip duit goyang kaki jeee… kalau kena sewa kedai, lagi la beso sewanya….
yup..pak cik cik tom sewa 1 kedai RM4K sebulan kat cina yg jual motor…mmg giler2 goyang kaki..huhu
Bagi pak cik2 yang akan bersara saya sarankan supaya libatkan diri dalam bisnes online. Ala macam cik tom buat tue. Kalau tak tau boleh tanya cik tom hehe.
kena bersedia dari sekarang.. kena banyakkan sumber pendapatan di masa hadapan dan kurangkan belanja di masa kini
Yelah cik tom, yang gaji kecik sekarang ni, kalo tak menabung or tak cari alternatif untuk tinglatkan pendapatan bulanan, masa dah bersara nanti, insyaAllah ok lagi la sebab masih ada duit Kwsp, hihi… Yg muda kejamsendiri, duit kwsp pon xada, mmg bakal kategori “miskin” tu.. Just not lucky kot..
Jom baca entri terkini Kenariputih9727 …Seronoknya bisnes shaklee online bantu tambah side income setiap bulan
alahai…kalau difikir2, risau juga…adalah jugak tabung2 sana sini sikit…takde nak senang2 sangat hari tua ni…
janji dapat lepas anak belajar…dapat hidup sederhana dgn isteri…jadi plannya, mmg nak jugaklah ada kedai sewa sebijik dua…insyaAllah…ameen =)
Jom baca entri terkini hafizmd …Nak Belajar Jahit Baju Kurung Tradisional?