Pokok Periuk Kera di Teratak Rusnah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Sambil mencari passion baru dalam dunia blog ni. Rasa better cik tom hasilkan artikel yang dekat dengan diri cik tom. Pusing-pusing rumah kat kampung ni cik tom snap gambar pokok yang mak tanam. Tanaman yang emak cik tom tanam dalam pic tue ialah pokok periuk kera (ada sesetengah panggil periuk monyet, periuk kerengga, belanga kera, etc).

Pokok periuk kera ni ayah amik wat balik umah lepas clearkan kawasan kebun bila tengok banyak pulak pokok periuk kera ni tumbuh meliar kat sana. So, ayah bagi mak tanam dalam pasu rumah. Alhamdulillah hidup sihat, siap batangnya menjalar kat pagar rumah.

Yang uniknye @ comel pokok periuk kera ni ada periuk kecil sekali dengan penutup. Bila tengok banyak2 periuk kecik tue tergantung kat batang pokok ni seriously sangat comel!

Sedikit info tambahan yang cik tom cari iaitu Periuk Kera merupakan sejenis tumbuhan jenis karnivor daripada famili Nepenthaceae atau saintifiknya Nepenthes Gracilis Korth. Pokok periuk kera mempunyai periuk dengan penutup yang menhalang air hujan memasuki dan bertakung di dalamnya.
Bahagian dasar periuk mengandungi pepsin. Bahan kimia ini berfungsi untuk menghadamkan serangga yang terperangkap di dalam periuknya dan menukarkannya kepada nutrien untuk tumbuhan
Sedikit maklumat tentang pokok herba ini.
Nama Tempatan: Periuk Kera
Nama Saintifik: Nepenthes mirabilis
Nama Lain: pitcher plant
Famili: Nepenthaceae
Lokasi dijumpai: tumbuhan liar di hutan

Kegunaan Pokok Periuk Kera
Air yang terdapat didalam periuk kera ini dikatakan berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata. Akarnya digunakan untuk mengubat penyakit semput atau lelah atau asma dengan cara mengasah akarnya pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih. campuran ini dididihkan dan ditapis sebelum diminum airnya. Kajian juga sedang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik untuk membuktikan khasiat tumbuhan ini sebagai penawar kepada penyakit kanser.
Selain tue, pulut yang di masak di dalam kelongsong periuk kera atau dikenali masakan pulut periuk kera ialah makanan tradisional orang pahang. Cik tom tak pernah pulak lihat depan mata apatah lagi rasa. Sayang pulak nak masak sebab periuk kera kat pokok tue ada beberapa biji je.
Pada sesiapa nak cuba mungkin boleh try resepi dari blog Kak Norasikin – Resepi Pulut Periuk Kera atau Resepi Lemang Periuk Kera.
Sumber rujukan:
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Periuk_Kera
- http://cikgunoor-alladom.blogspot.com/p/herba-tidak-berbunga-khasiat-pokok-kera.html
- http://adrydaud.blogspot.com/2010/07/periuk-kera.html
- http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=109&cat=HERBA
Sharing is caring
pokok yang ngap serengga.. hoho.. tak penah lagi tengok periuk kera depan mata..
Jom baca entri terkini Farzli …This is Pantai Timur ! Kelantan vs Pahang 2013
pernah dengar pasal pulut tu tapi sama la dgn ciktom, tak pernah tengok depan mata apatah lagi memakannya..hehehe..
Jom baca entri terkini husna zahidi …Baru Selesai Ping Url Blog Ke 1653 Websites
Unik sungguh makanan tu, lemang periuk kera! Pasti rasanya pun sedikit unik 🙂
Jom baca entri terkini Bin Muhammad …Status dan Info Blog Relaks Minda
Orang cakap bahan kimia dalam periuk kera tu beracun untuik manusia. So kalau nak masak kena basuh bersih2..
Jom baca entri terkini Hisham Mohamad …2 Tip Berdoa Untuk Diamalkan
aah btul tue..sblm guna kena bersih btul2 periuk kera tue…
Pernah juga makan pulut yang dimasak dekat dalam periuk kera ini
Jom baca entri terkini onlajer …Cara Untuk Kurangkan Bergantung Pada Barangan Ciplak Dan Tidak Berkualiti
rasa camne best ke?
Tak pernah lagi jumpa dan makan pulut periuk kera tu.
Jom baca entri terkini Hazmin Hamudin …Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah
pasni boleh cari or suggest restoran sediakan makanan camni..mesti ramai nak cuba..hehe
pernah asa benda ni. sedap.hehe
wow dh penah rs ek..ciktom just tgk gmbr je…haha
sekarang macam cara boleh buatkan memag nak makan tak rasa jemu 🙂
cik tom sihat? aman pi diam jer
Jom baca entri terkini suri …Cara-Cara Membasuh Tuala Wanita Tahap Paling Enteng
alhamdulillah sihat..hilang minat dlm blog tue lama menyepi..hehe..
ni nk cari blk minat dlm blog…huhu
Macam best je pulut tu. Tengok sekali macam lemang la pulak.
sebab tu ada yg panggil pulut n sesetengah tmpt panggil lemang..entahlah sbb ciktom pun xpenah rs lg..hee
taktau lak boleh buat makan. macam sedap je
Jom baca entri terkini Wan Gerrard …Arsenal 2-0 Liverpool: Kalah Di Tangan Kualiti Arsenal
cik tom pun baru tau..hehe
Susah nak jumpa sekarang ini.
Jom baca entri terkini akubiomed …I AM NIKON Showcase 2013 di Mid Valley Megamall
boleh dtg umah cik tom kalau nak snap gmbr..haha