Cara Buat Duit Dari Shopee Tanpa Modal

Cara Buat Duit Dari Shopee  | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Adakah anda pernah shopping secara online? Ya, kini peningkatan sangat ketara di kalangan masyarakat dalam membeli-belah secara online di Malaysia. Selain itu peningkatan ini adalah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytiharkan di Malaysia kerana penularan Covid-19.

Sekarang kita masih lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan selepas ini mungkin dilanjutkan kerana penularan Covid-19 belum lagi tamat.

Kebanyakkan family yang ada anak kecil sememangnya sukar untuk keluar shopping kerana perlu mematuhi SOP. Pergerakan kita juga sangat terhad. Selain itu promosi di laman e-commerce seperti Shopee pada special date seperti 7.7 dan 8.8 itu amat mengujakan kita.

Pada special date seperti itu syarikat e-commerce berjaya mendapat jualan yang sangat besar. Jadi inilah peluang untuk kita turut menceburi perniagaan online.

Cara Buat Duit Dari Shopee

Cara Buat Duit Dari Shopee Tanpa Modal

1- Berniaga Online Di Shopee Tanpa Produk

Bila kita sebut berniaga, pasti kita akan terfikir tentang produk. Sudah tentu berniaga kena ada produk! Tapi anda boleh menjadi dropship tanpa perlu membeli produk untuk dijual.

Dropship ini adalah ejen jualan, anda menjadi ejen kepada syarikat yang menjalankan perniagaan di Shopee. Anda tak perlu fikir tentang produk, stok dan penghantaran.

Anda boleh menjadi dropship tanpa keluarkan modal. Menarik bukan?

2- Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia

Mesti anda dah tak sabar nak jadi dropship ya? Di Shopee ada syarikat menawarkan dropship secara percuma dan ada juga yang memerlukan yuran.

Yurannya sangat rendah, anda pasti mampu melakukannya. Anda juga boleh mencari peluang menjadi dropship di group Facebook.

Anda juga boleh menawarkan peluang menjadi dropship kepada orang lain di group-group Facebook. Jualan anda pasti untung besar.

3- Daftar Akaun Di Shopee Percuma Sahaja

Tahukah anda bahawa mendaftar sebagai peniaga di Shopee adalah PERCUMA. Mereka yang nampak peluang pasti tidak akan lepaskannya kerana Shopee mempunyai pengguna di seluruh dunia.

Oleh yang demikian peluang untuk berjaya sebagai seller di Shopee adalah sangat cerah.

4- Produk Tertinggi Jualan Di Shopee

Sebelum menjadi dropship anda juga perlu tahu produk apa yang sesuai untuk diniagakan. Di sini saya bongkarkan beberapa produk yang mendapat jualan tertinggi di Shopee.

Ianya sangat penting untuk kita tahu produk apa yang senang dijual dan paling laris di Shopee. Antara produk tersebut adalah;

  1. Pakaian wanita
  2. Beg backpack
  3. Jam tangan lelaki dan wanita
  4. Rak barang
  5. Aksesori gadget
  6. Barangan bayi
  7. Alat permainan kanak-kanak.

5- Sistem Shopee Dengan Free Shipping

Jika anda masih baru dengan dunia e-commerce ini, mesti anda nak tahu kenapa power berniaga di Shopee? Ianya kerana Shopee menawarkan FREE SHIPPING kepada pelanggannya.

Anda hanya perlu register, selepas itu anda boleh apply shopee free shipping program. Semuanya percuma dan tak perlu bayar. Dijamin tiada kos-kos yang tersembunyi.

Sebab itulah ramai suka shopping online terutama di Shopee. Nampak kan peluang yang besar menanti anda! Shopee hanya akan caj peratus dari keuntungan selepas anda berjaya mendapat jualan dari customer.

Jumlahnya sangat minima dan sebab itu ramai memilih Shopee!

Jom baca: 5 idea dan cara buat duit dari rumah

Sudahkah anda nampak peluang buat duit dari Shopee? Jangan tunggu lagi, perniagaan online kini sedang mencanak naik. Rebutlah peluang lumayan ini. Keputusan anda sekarang bakal membawa kejayaan di masa depan! Kalau ada yang masih ragu-ragu boleh juga baca panduan: Jom buat duit dengan Shopee!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “Cara Buat Duit Dari Shopee Tanpa Modal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!