5 Idea dan Cara Mudah Buat Duit dari Rumah
Cara Mudah Buat Duit dari Rumah | Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Sejak berlaku penularan Covid-19 di seluruh dunia semua dari kita mendapat impak yang besar terutama dalam ekonomi. Mana tidaknya ada syarikat mengecilkan skala operasi dengan memberhentikan pekerja manakala ada juga syarikat yang terus gulung tikar.
Oleh itu ramai di antara kita kehilangan pekerjaan, dan yang berniaga hilang punca pendapatan. Ramai telah menjadi penganggur dan kini menjadi seorang pencari kerja dan ada juga yang ingin mengintai peluang bisnes baru.
Di sini ciktom ingin kongsikan cara mudah buat duit bagi mereka yang sedang mengintai peluang bisnes baru atau juga yang ingin cari sideincome untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ciktom faham mesti ada di antara kita simpanan kecemasan semakin menipis dan mungkin ada yang terus hilang punca pendapatan kerana tiada simpanan.
Jangan risau kerana semuanya ada jalan penyelesaian.
Idea dan Cara Mudah Buat Duit dari Rumah
#1- Buat duit dengan bisnes BAKERI
Pernah tak korang terfikir untuk menjadi pengusaha bakeri? Perniagaan berkaitan makanan sememangnya perniagaan yang mudah mendapat tempat di kalangan masyarakat kerana semua perlu makan dan setiap hari kita perlu makan.
Jadi perniagaan bakeri ini salah satu peluang buat korang yang inginkan perniagaan baru. Korang boleh mulakan perniagaan ini dari rumah, korang boleh menjadi homemade bakeri. Setiap hari ada saja yang sambut birthday jadi menu kek pasti selalu menjadi pilihan selain pelbagai roti, donut dan sebagainya. Korang sebagai suri rumah juga boleh menjalankan perniagaan ini.
Untuk yang korang masih mencari ilmu untuk perniagaan bakeri ni mungkin boleh rujuk tips dan trick bisnes bakeri.
#2- Buat duit dengan bisnes BURGER
Salah satu idea perniagaan yang sangat menarik adalah perniagaan burger. Rakyat Malaysia memang suka makan burger terutama waktu malam. Bisnes ini mudah mendapat tempat di kalangan masyarakat kerana hampir semua orang suka makan burger.
Cipta kelainan pada menu dan pilih lokasi strategik pasti bisnes burger korang mendapat tempat di kalangan masyarakat. Pada ciktom bisnes ini korang boleh buat hanya di depan rumah.
Jiran-jiran kita juga prospek besar.
Bisnes burger tak begitu besar kosnya seperti buka kedai makan atau kedai runcit. Jika korang masih ada kerja ianya juga boleh dilakukan selepas pulang kerja sebagai side income: Panduan Lengkap Mula Bisnes Burger.
#3- Buat duit dengan bisnes AIR BALANG
Pernah tak korang lihat orang berniaga air di tepi jalan, depan sekolah, depan pejabat, depan masjid? Tahu tak kenapa?
Bisnes air balang adalah bisnes yang sangat menguntungkan sebab itu ramai yang buat. Bisnes air balang dengan pelbagai pilihan air yang pelbagai warna pasti menggamit pelanggan datang terutama masa hari tengah terik.
Bisnes air balang ini tidak memerlukan modal besar dan risiko pun kurang. Bagi korang yang suka sangat berniaga korang boleh mencuba idea bisnes air balang. Bisnes yang sangat senang dijalankan serta untung besar. Bisnes ini korang boleh mulakan di depan rumah jer.
#4- Buat duit dengan bisnes AISKRIM
Siapa suka makan aiskrim? Pasti semua antara kita suka makan aiskrim terutama semasa panas. Kanak-kanak dan orang dewasa juga suka makan aiskrim. Ciktom syorkan korang mencuba bisnes aiskrim sebagai platform menjana pendapatan.
Korang boleh memilih memulakan perniagaan ini di depan sekolah, depan perpustakaan, depan taman permainan. Ada pelbagai jenis bisnes aiskrim yang boleh korang jalankan.
Pastikan menunya menarik dan kreatif, korang pasti untung besar.
Baca juga: Cara mulakan perniagaan aiskrim
#5- Buat duit dengan Bisnes Food Delivery
Pelbagai idea ciktom utarakan korang untuk mencuba. Kesan PKP ramai yang mementingkan kesihatan dengan kurangkan aktiviti di luar rumah. Begitu juga dengan makan, sekarang ramai yang masak sendiri dan ada juga yang memesan makanan dari rumah.
Bagi korang yang pandai memasak atau ada satu menu yang korang memang sangat pakar, inilah masanya untuk memulakan bisnes makanan food delivery. Iklankan menu di media sosial dan buat mengikut order lepas tu hantar kepada pelanggan. Cukup mudah.
Korang tiada modal? Jangan risau korang juga boleh bekerja sebagai penghantar makanan sahaja.
Ada pelbagai syarikat food delivery sekarang ini di negara kita. Korang boleh menyertai mereka sama ada part time atau pun full-time. Kini ramai memilih untuk order makanan secara dalam talian kerana faktor jem, parking, masa dan juga kerana faktor penularan Covid-19 di Malaysia.
Inilah masanya korang menjadi antara penyelesaian masalah mereka. Kawan ciktom sendiri menjadi part time food delivery boleh buat income ribu-ribu sebulan.
Bagaimana? Adakah korang dah jumpa idea untuk buat income dari rumah? Ada pelbagai peluang yang telah ciktom kongsikan kepada korang. Korang boleh pilih dan tentukan bisnes apa yang korang suka dan sesuai dengan diri. Semoga korang berjaya sebagai seorang usahawan. InsyaAllah rezeki itu ada di mana-mana.
Sharing is caring
comel2 kek nya. satu xcukup tu
Jom baca entri terkini padin …Cara Mudah Ukur Wallpaper Dinding
ehem ehem … buat duit dengan delivery tu paling mudah
Jom baca entri terkini puanbee …Cara senang buat akaun bisnes untu mereka yang bisnes sendiri kecil-kecilan
ala bab bakery makanan ni x kreatif. asal masak je masuk mulut terus.hahahah..
Jom baca entri terkini cik puan ena …Pengalaman Menginap di GBW Hotel Johor Bahru