10 Tempat Menarik di Johor Sesuai Bercuti Sekeluarga
Nak tahu tempat menarik di Johor? Kalau di ikutkan tahun ni sepatutnya tahun melawat johor (Visit Johor 2020). Tapi oleh sebab coronavirus (Covid 19) menyebabkan terbantutnya sektor perlancongan di Johor dan juga seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKP dijalankan.
Alhamdulillah selepas PKP tamat dan diteruskan dengan PKPP, nampaknya sektor pelancongan makin bertambah rancak dan orang ramai mengikut inisiatif disyorkan oleh kerajaan untuk membantu menaikkan kembali ekonomi Malaysia. Macam mana cara nak naik ekonomi Malaysia?? Dengan kita belanja duit kita ke aliran dalam Malaysia dengan bercuti di dalam Malaysia, beli produk Malaysia dan sebagainya.
Ok, done bebel. Jom tengok antara tempat menarik bercuti di Johor yang ciktom nak kongsikan kali ini buat korang semua.
10 Tempat Menarik di Johor Sesuai Bercuti Sekeluarga
#1- Forest City di Iskandar Puteri
Forest City ini antara tempat favourite ciktom pergi berjalan ke sini waktu cuti sebab tak jauh pun dari rumah ciktom. hehe… Di sini ada air kolam untuk mandi manda, pantai buatan dan air laut yang bersih cantik. Tempatnya memang cantik dan menarik untuk dilawati bersama pasangan atau keluarga tercinta.
Selain kolam dan pantai, di sini pun ada pelbagai bentuk haiwan yang comel diperbuat dari fiberglass. Sesuai untuk dijadikan port mengambil gambar sebagai kenangan datang ke Forest City. Lagi banyak kisah menarik boleh je baca di Forest City, Iskandar Puteri. Johor.
#2- B5 Johor Street Market di Johor Bahru
Okay ini salah satu tempat tarikan baru dibuka pada tahun ini iaitu pada bulan Februari 2020 yang lepas. Lokasi B5 Johor Street Market terletak di Batu Lima bersebelahan dengan Angsana Johor Bahru Mall. Asalnya dulu ni kawasan projek terbiar dan jadi tempat penagih dadah melepak tau. Sekarang alhamdulillah makin meriah selepas di bina B5 Johor Street Market.
Ini kira satu tempat hentian komersil pelancongan di Johor. Ada persembahan kebudayaan (culture show), pameran (exhibition) dan aktiviti demontrasi kraftangan mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari. Kat sini pun banyak ada dijual barangan kraftangan Johor sebagai cenderahati. Kira macam ala-ala Pasar Seni kat KL tu.
Tempat cun pun banyak kalau nak ambil gambar kat sini atau orang panggil instagrambale spot. So, memang wajib korang datang ke sini kalau bercuti ke Johor. Untuk tahu lebih banyak maklumat dan gambar boleh cuci mata kat sini >> B5 Johor Street Market
#3- Malay Cultural Village
Pada yang sukakan tempat tradisional dan budaya Melayu sikit boleh berkunjung ke Malay Cultural Village. Kat sini korang boleh belajar dan tahu;
- pelbagai jenis pokok dan tumbuhan
- rumah tradisonal melayu
- mencanting batik
- menebar roti canai
- buat teh tarik
- persembahan kebudayaan
- wayang kulit
- proses peleburan dan tempa biji timah
- cenderahati

Dalam rumah tradisional melayu ini ada ditunjukkan peralatan yang orang dulu-dulu gunakan. Antaranya kelambu, lampu minyak tanah, buaian bayi dan mainan. Boleh baca lebih lanjut di post- Malay Cultural Village
#4-Umbrella Alley Muar
Tempat menarik di Muar yang wajib korang singgah ialah Umbrella Alley Muar. Terdapat 2 bangunan yang penuh dengan pelbagi mural kreatif dan menarik untuk diabadikan sebagai foto kenangan. Kalau anak korang sukakan kartun animasi luar dan dalam Malaysia, di sini pun ada ye mural kartun seperti Ejen Ali, Boboiboi, Frozen, Larva, Donald Duck, Minion, Pooh, Doraemon, dan Finding Nemo.
Tengoklah deretan payung cantik dan berwarna-warni pasti mengamit perhatian pelancong untuk berkunjung ke sini.
Selain tempat menarik, makanan kat muar juga banyak pilihan dan sedap seperti mee bandung muar, cendol, ikan bakar, coconut shake serta banyak lagi. Untuk lihat lebih banyak gambar mural cantik, menarik deboom; Umbrella Alley Muar
#5- VRinity Malaysia
Haa..siapa yang suka kan kelainan ketika bercuti ke Johor boleh pergi ke VRinity Malaysia di Medini of Mall yang tak jauh mana pun dengan Legoland. Ianya satu pusat hiburan interaktif yang mengetengahkan konsep teknologi virtual reality sepenuhnya yang pertama kat Malaysia.
Korang boleh main game yang terasa real sangat seperti berlaku depan mata gitu. Teknologi hebat ini dibawakan langsung dari Korea Selatan yang memang popular dengan kecanggihan teknologi.
Selama ni korang takut nak main roller coaster yang betul? Jangan risau korang masih boleh rasa experience main roller coaster dengan mencuba VR Roller Coaster hanya di VRinity Malaysia
#6- Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar
Dah alang- alang ke Johor takkan nak lepaskan peluang singgah ke Kolam Puteri Gunung Ledang. Kisah Puteri Gunung Ledang ni kita semua dah biasa dengar sejak dari kecik lagi.
Lihatlah betapa cantiknya pemandangan di Kolam Puteri sambil menikmati keindahan flora dan fauna. Jauh dari hiruk pikuk di Kotaraya.
Air yang bersih, sejuk dan nyaman. Lepas sejuk-sejuk mandi makan pulak bekal atau ayam BBQ memang umppg sangat. Lagi bertambah seronok pergi bersama teman atau keluarga tersayang. Nak cuci mata lagi jom tengok > Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar
#7- Pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor
Pasti ada yang tercari- cari tempat menarik di kota tinggi kan? Haa jangan risau kalau korang berjalan ke Kota Tinggi sudah semestinya Pantai Desaru la tempat paling popular. Ciktom pernah beberapa kali ke sana sebelum ini. Rasanya ini pantai kedua yang ciktom pergi selain Forest City di Johor.
Tak ke best bila angin pantai yang sepoi- sepoi bahasa menyapa lembut ke pipi korang? Lepas tu tengok pula lautan luas membiru dan pasir pantai yang putih bersih. Confirm rasa tenang je hati yang resah gelisah dari hari-hari fikir pasal kerja yang memang takkan pernah habis. hehe..
Seronok jugak dapat mandi manda, berpiknik sambil menikmati keindahan di Pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor.
#8- Kolam Renang AMA Resort Muar
Anak- anak suka mandi manda? Ciktom nak recommend pergi je mandi di Kolam Renang AMA Resort di Muar.
Lagi menarik, sebelum masuk boleh bergambar dulu dengan replika ala- ala transfomer terpacak di depan pintu masuk resort. Selain mandi manda, korang boleh juga menginap di homestay yang disediakan.
Nak datang untuk mandi manda je pun boleh di Kolam Renang AMA Resort Muar
#9- Kiddomo Discovery RnF Mall
Untuk anak-anak, tempat menarik di Johor Bahru ialah Kiddomo Discovery di dalam RnF Mall. Kiddomo ni baru juga dibuka pada pertengahan tahun lepas.
Kalau bawak anak- anak ke sini make sure kena spent satu hari je kat sini baru anak puas hati dan tak merengek bila balik. haha.. Antara aktiviti menarik di Kiddomo Discovery ialah;
- Artistic Play
- Art Live
- Interactive Play
- Interactive Slide
- Sing + Dance @ Kara-o-kid
- Papercraft Experience
- Play Together
- Dino Discovery
Salah satu tempat pilihan yang dapat merangsang dan membina daya imaginasi anak- anak hanya di Kiddomo Discovery RnF Mall.
#10- Skyscape Johor Bahru
Ini pun sama tempat tarikan pelancongan baru di Johor Bahru iaitu Skyscape Johor Bahru. Terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan tau kalau masuk ke dalam Skyscape antaranya ialah;
- Floor Interactive Games
- LED Tunnel
- Visual Reality (VR) Games
- Mini Theater
- Sky Bridge
- Observation Deck and Activity Area
- Merchandise Shop
Tapi dalam banyak- banyak tu, paling hot ialah Sky Bridge. Ada berani ke idok nak join? haha..Nak survey apa lagi best jom tengok post- Skyscape Johor Bahru.
Menarik tak semua tempat bercuti di Johor?
So macam mana, korang rasa menarik tak semua tempat menarik di Johor yang ciktom kongsikan di atas tu? Teringin ke tak nak datang bercuti di Johor bersama keluarga tersayang? Haa jom- jom masih sempat lagi tu bercuti ke sini sempena Tahun Melawat Johor 2020.
Tapi peringatan bersama jangan dilupakan untuk pakai topeng muka (mask) di tempat awam, jaga jarak antara satu sama lain (social distance), sentiasa check in secara manual atau menggunakan aplikasi My Sejahtera. Kalau tak sihat, elakkan singgah ke tempat orang ramai dan segera buat check up di klinik atau hospital berdekatan.
Stay safe.
Sharing is caring
banyak tempat menarik di johor ni.Rugi kalau tak singgah ke tempat-tempat ni kan
wahhh banyak lagi tempat ena tak pegi ni. lom habis jelajah johor
Jom baca entri terkini cik puan ena …Pengalaman Menginap di GBW Hotel Johor Bahru
Nak kena explore lagi ni, kita orang Johor pun tak sampai lagi antara 10 tu… tapi at least ada gak le yang dah sampainya hehehehe
Jom baca entri terkini Sis Lin …10 TEMPAT MENARIK DI JOHOR YANG BOLEH KORANG PERGI KETIKA BERCUTI KE JOHOR
tak sabar nak start meronda johor semula..