Jalan-jalan Tengok Pemandangan di Forest City, Johor

Assalamualaikum dan salam ceria.. Minggu lepas cik tom bersama padin pergi jalan-jalan tengok pemandangan di Forest City, Johor. Memang cantik sangat pemandangan menghijau di Forest City ini. Seumpana hutan di dalam bandar. Forest city bakal menjadi tarikan untuk salah satu tempat menarik di Johor.

Jalan-jalan Tengok Pemandangan di Forest City, Johor

Setakat cik tom ke sana, masuk adalah percuma. Malahan masih banyak kawasan yang belum siap dibina kerana jangkaan siap sebenar ialah tahun 2035.

Sampai je signboard “Welcome To Forest City”, terus nampak security guard berdiri tegak sambil memberi tabik hormat. Kagum tengok diorang berdiri tegak tengah panas dengan hanya satu payung tanpa sebarang kerusi.

Sampai je kat pantai buatan manusia yang ditambak pasirnya, cik tom kagum pula dengan keindahan landskap taman dan pantai Forest City yang begitu mempesonakan.

Terdapat pelbagai bentuk dan jenis pokok kaktus cantik tersusun rapi.

pokok kaktus forest city

Pokok-pokok ada yang turut digubah menjadi bentuk siput, itik dan cendawan. Memang sangat comel.

pokok kaktus cantik

Serba Ringkas Mengenai Forest City

Forest City adalah pembangunan bandar hijau pertama dan terbesar di Asia Tenggara. Nilai pembangunan dianggarkan mencecah 170 billion. Perghh banyak tue!

Ianya projek pembangunan antarabangsa yang terdiri daripada kediaman, kawasan hijau, hab pengangkutan serta kawasan tarikan pelancong. Tujuan utama Forest City untuk menarik orang dari seluruh dunia untuk melabur, bekerja, bermain dan hidup.

peta lokais forest city

Projek ini tak menggunakan tanah sediaada di Johor tetapi membabitkan penambakan laut menjadikan ia kepada empat pulau. Pada 9 Januari 2015, Jabatan Alam Sekitar  telah meluluskan kelulusan projek Forest City sebanyak 1,386.05 hektar.

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2035. Forest City turut diisytiharkan kawasan zon bebas cukai oleh PM Najib. Untunglah dah la rumah mewah orang kaya, kawasan pulak zon bebas cukai.

Ehem… Ramai betul yang queue nak ambil gambar dengan maskot Forest City ni. hihi..

maskot forest city

Kat bawah ni ada banyak patung manusia tengah baca buku. Maybe nak terapkan membaca itu amalan mulia. hihi.. Tapi awas nak bergambar tu jangan sampai pijak rumput. Nati tak pasal-pasal dapat wisel warning dari security guard.

replika forest city

Pantai yang cantik seperti pemandangan pantai di Hawaii je. Maybe inspirasi sana kot. hehe..

Kat pantai ni boleh mandi manda tau. Ada yang datang berpiknik, nampak seronok je. Ada juga disediakan permainan jetski, banana boat, ATV, SUP, water-walking ball dan juga kolam renang untuk mandi manda.

tepi pantai forest city

Terdapat pelbagai replika atau patung yang menjadi tumpuan pelancong untuk datang bergambar seperti anjing laut, ketam gergasi, bangau, ikan nemo dan banyak lagi. Patung haiwan ni kelihatan macam haiwan betul je dan diperbuat daripada fiberglass.

ketam gergasi forest city

Suka tengok anjing laut ni. Dah la banyak, nampak macam real pulak tue. Pasir pantai pun halus je. Cuma kurang umph sikit pokok kelapa kurang nampak real banyak sangat tali ikat nak elak terbalik kot. Nak pergi dekat pun risau terbalik. huhu..

anjing laut forest city

Sayangnya waktu kitorang pergi ni kafetaria dan restoran masih ditutup underconstruction. Jadi makan angin jela. hehe…

Memang ramai pelancong yang datang ke sini. Kebanyakan foreigner yang datang ialah pelabur dari Singapura, China dan Korea untuk beli rumah/ apartment dan villa kat Forest City.  Semua rumah jenis mampu tengok jelah bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Lagipun memang rumah kat sini target dijual untuk foreigner especially orang Singapura dan China.

Walaupun secara lahiriahnya tiada tanah tergadai dijual pada orang luar. Forest City hanyalah tanah yang ditambak untuk dijadikan pulau dan seterusnya bandar untuk kediaman kedua bagi rakyat antarabangsa.

Namun syarat yang longgar untuk tarik perhatian pelabur luar tanpa perlu berbahasa inggeris, hanya perlu letakkan deposit tetap 150K-300K dalam akaun bank Malaysia dah melayakkan mereka untuk memohon visa Malaysia Rumah Keduaku. Malahan boleh keluar masuk Malaysia dengan bebas. Ianya agak membimbangkan akan kesan akan datang.

Walaupun dengarnya salah satu tujuan Forest City akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan. Tapi sekadar yang cik tom lihat secara kasar memang tidak ada langsung rakyat Malaysia bekerja kat sana. Semuanya warganegara luar. Wallahualam kalau yang cik tom tak perasaan atau maybe kerja bahagian office kot. huhu..

membaca amalan mulia

Ini semua pendapat cik tom semata-matalah. Apa pun kalau ke Johor, bolehlah singgah ke Forest City Country Garden PacificView.

Untuk maklumat lanjut jika berminat nak beli rumah kediaman atau apa-apa berkaitan Forest City boleh hubungi di maklumat berikut;

Alamat:  Jalan Forest City 1, Forest City, Pulau Sat, Johor Bahru
Coordinate: (N01.33398 E103.59174)
No.Tel: 1-300-80-0888
Website: www.forestcitycgpv.com/
Facebook: https://www.facebook.com/ForestCityCGPV/
Waktu: 9.00 pagi-6.00 petang

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

10 thoughts on “Jalan-jalan Tengok Pemandangan di Forest City, Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!