Memang Bahaya Pengaruh Go Shop dan CJ Wow Shop

Assalamualaikum dan salam ceria… Beberapa hari yang lepas cik tom terbaca entri blog Cikgu Hazreen bertajuk; Bahaya CJ WOWShop dan Go Shop. Segala apa yang diperkatakan oleh cikgu didalam entri tersebut lebih kurang pengalaman yang sama juga cik tom alami di kampung cik tom.

Siapa yang terkena penangan hebat Go Shop dan CJ Wow Shop? Sudah tentu emak dan ayah cik tom di kampung terutama sekali ayah. Memang suka benor tengok iklan dulunya Go Shop tapi tak lama kemudian iklan tue takde dah kat channel free Astro kat rumah cik tom. Kemudian ayah cik tom beralih kepada iklan Wow Shop pulak. Tak silap tersiar di TV9 kot.

Memang Bahaya Pengaruh Go Shop dan CJ Wow Shop

Ayah cik tom dah pencen dan kebanyakan masa terluang dihabiskan dengan menonton televisyen, main game kat handphone dan pergi solat berjemaah di masjid. Dah boring semua siaran dilayannya sampailah terpengaruh dengan iklan Go Shop dan CJ Wow Shop.

Permulaannya, ayah cik tom tertarik dengan Steam Q Iron dari Go Shop yang berharga RM199. Setiap kali call, mesti ayah akan selitkan kisah kehebatan SteamQ dan betapa berkenannya emak cik tom kat seterika berwap tu. Katanya mudahlah emak nak menggosok baju melayu dan kemeja ayah cik tom.

Iron SteamQ Go Shop

Sebagai anak, insyaAllah selagi mampu cuba tunaikan hajat emak dan ayah. Cik tom pun transfer duit untuk beli iron sebab ayah beria cakap nak call order sendiri Go Shop dan gunakan khidmat COD (Cash On Delivery).

Selepas balik ke kampung cik tom terkejut tengok tersadai iron nya. Akhirnya emak guna iron yang lama juga. Alasannya tidak berapa hilang kedut, air cepat habis dan asyik kena refill. Rupanya bila dapat tue takdelah seindah atau semudah yang ditunjukkan sewaktu display dalam iklan Go Shop. Bagi cik tom harga yang dibayar kurang berbaloi dengan kualiti SteamQ yang kitorang beli.

Ingat terhentilah sampai situ, rupanya selepas itu ayah cik tom beli pulak Strom Colour Diamond Frying Pan Classic Set produk keluaran Korea dari Go Shop berharga RM299.

Strom Colour Diamond Frying Pan Classic Set
Strom Colour Diamond Frying Pan Classic Set

Alhamdulillah pembelian kali ini berbaloi dan emak cik tom sangat suka masak guna Diamond Fyring Pan ni mudah nak guna dan cuci sebab nonstick. Kata emak masak nasi guna kuali ni tahan lama dari basi. Rasanya pun lagi sedap. Memang puas hati dengan pembelian Diamond Frying Pan set ni.

Baru-baru ini cik tom kahwin, ayah beria nak beli hadiah kawin COOCAN Diamond Chocolate Pan Set berharga RM299. Cik tom pun terima jelah dengan senang hati. Boleh guna buat memasak lepas kahwin. Alhamdulillah cik tom memang sukakan set kuali Coocan ni. Memang best guna nak masak! Bagi cik tom berbaloi dapat hadiah kahwin macam ni. Boleh guna setiap hari. hihi.

COOCAN Diamond Chocolate Pan Set

Cik tom ingat okay dah ayah dah tak nak beli lagi dah kat CJ Wow Shop sehinggalah emak cik tom bagitau berkenan pula mop lantai HOMECARE 2way Spin Mop berharga RM139. Itu pun akhirnya ayah cik tom beli. Yang ini cik tom tak pasti okay ke tak. Lupa nak tanya emak.

 Dan terbaruuuu….

Sekarang ayah cik tom duk berkenan smartphone Alcatel Pixi 4 (5 inci) berharga RM299. Oleh sebab handphone ayah sekarang tak boleh install whatsapp. Kitorang adik beradik sepakat kumpul duit sedikit sorang untuk beli sepasang smartphone kepada emak dan ayah.

Lepas ni mudahlah kalau nak sent apa-apa gambar atau video kat emak dan ayah di kampung. Al-maklumlah kadang-kadang diorang mudah rindu kat cucu-cucu diperantauan. Insyaallah minggu ni akan sampai smartphone Alcatel. Semoga semuanya elok dan dipermudahkan perancangan kitorang adik beradik.

Kesimpulannya, memang bahaya pengaruh Go Shop dan CJ Wow Shop terhadap emak dan ayah cik tom. Diorang asyik berkenan je semua barang display dalam iklan CJ Wow Shop. Walaupun ada sesetengahnya “Indah Khabar dari Rupa“.Masih ada juga sesetengah barang yang berbaloi untuk dibeli.

Korang pernah ada experience beli barangan di CJ Wow Shop atau Go Shop tak? Barang apa, okay dan berbaloi tak?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

16 thoughts on “Memang Bahaya Pengaruh Go Shop dan CJ Wow Shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!