Tips Pilih Baby Carrier Yang Selamat dan Betul
Tips Pilih Baby Carrier Yang Selamat | Assalamualaikum dan salam sayang. Alhamdulillah pada bulan 4 yang lepas, ciktom telah selamat melahirkan bayi lelaki bernama Indera yang kini bakal menginjak usia 4 bulan. Seronok melihat segala progress anak di depan mata yang semakin membesar dengan sihat dan cergas. Satu kebiasaan kepada para ibu atau bakal ibu sebelum bersalin akan membuat persiapan awal untuk menyambut kelahiran bayi.
Salah satu kelengkapan barangan bayi popular ialah baby carrier. Oleh sebab topik ini penting ciktom kongsikan secara panjang lebar untuk manfaat bersama.
- Jenis-jenis baby carrier
- Perlu ke beli baby carrier
- Pengalaman beli baby carrier
- Tips pilih baby carrier yang selamat dan betul
- Cara pakai baby carrier yang betul
- Harga baby carrier
Perlu ke beli baby carrier?
Bagi ciktom walaupun adanya stroller dan juga buaian di rumah, namun anak ciktom dan mungkin bayi korang juga lebih sukakan dirinya dipeluk dan didukung oleh ibu dan ayah. Tetapi jika kita dukung bayi begitu sahaja boleh membataskan pergerakan kita lebih- lebih lagi jika berjalan di luar rumah. Macam ciktom ibu anak dua ni lagi mencabar, tengah dukung adik yang si kakak merengek pulak minta perhatian.
Jadi dengan penggunaan baby carrier ini dapat membantu ciktom memegang bayi dengan lebih selamat, memudahkan pergerakan dan sudah semestinya keselesaan kepada anak tersayang.
Pemilihan baby carrier yang selamat dan betul penting untuk menjamin keselamatan tubuh badan bayi dan selamat penggunaanya.
Pengalaman beli baby carrier
Pengalaman ciktom beli baby carrier pertama ketika anak sulung ciktom ialah ciktom zero knowledge tentang cara pemilihan baby carrier yang betul dan sesuai mengikut peringkat umur bayi. Ciktom hanya beli mengikut rasa hati bila tengok ramai yang beli brand tersebut dan melihat coraknya yang cantik. hihi…
Kesannya baby carrier tersebut tak bersesuaian dengan tubuh badan ciktom yang rendah dan bayi tidak selesa ketika dikendung di dalam baby carrier tersebut. Bila ciktom check rupanya baby carrier itu sesuai untuk 4 bulan ke atas.
Jenis-jenis baby carrier
Ada pelbagai jenis baby carrier dalam pasaran. Macam mana nak pilih baby carrier yang selamat untuk bayi dan ibu? Sudah semestinya kena rujuk kesesuaian penggunaan setiap jenis baby carrier mengikut peringkat umur bayi dan juga untuk keselesaan ibu jika mempunyai masalah tertentu.
Ciktom pun sejak terjebak dengan group babywearing barulah tahu rupanya ada banyak jenis baby carrier seperti Woven Wrap, Stretchy wrap, Ring Sling, Pouch, SSC dan Mei Tai. Dari situ juga ciktom tahu maksud SSC itu ialah Soft Structure Carrier. hihi..
Tips pilih baby carrier yang selamat dan betul
Berdasarkan pembacaan, ciktom rumuskan 6 tips pilih baby carrier yang selamat dan betul iaitu.
- Saiz yang sesuai
- Kualiti bahan yang selamat digunakan
- Telah diuji tahap keselamatan
- Reka bentuk selamat untuk pinggul bayi
- Baby carrier mudah digunakan
- Praktikal
Selepas baca maklumat jenis baby carrier di atas, ciktom telah sepakat memilih ring sling. Ini kerana badan bayi baru lahir sangat lembut dan perlu dipegang dengan berhati-hati serta rapi. Baby carrier yang direka dengan bentuk sling mudah dan selamat digunakan untuk mengendong bayi dari newborn sehingga 2 tahun.
Malahan dengan menggunakan ring sling, ciktom boleh menggunakan lima posisi berbeza untuk mengendong bayi ciktom iaitu berbaring, duduk, kendong di bahagian sisi, kanggaru dan belakang.
Hasil survey beberapa jenama ring sling, ciktom pilih Mamaway Ring Sling untuk baby carrier bayi ciktom.
#1- Saiz yang sesuai
Paling utama ring sling dari Mamaway ini sesuai mengikut pelbagai saiz badan ibu dan bayi. Untuk bayi ia boleh digunakan dari umur bayi seawal seawal satu hari.
Pengguna ring (cincin) membolehkan ring sling dilaraskan mengikut saiz badan ciktom yang rendah dan chubby. Kelebihan lain, suami ciktom pun boleh menggunakan ring sling yang sama walaupun kami berlainan saiz badan.
Awal-awal guna ring sling ni, ciktom memang rasa agak kekok. Lama kelamaan ciktom rasa seronok pulak sebab ciktom boleh laras baby carrier ni nak ketat atau longgar atau tinggi dan rendahkan.
#2- Kualiti bahan yang selamat digunakan
Ring Mamaway ini diperbuat daripada bahan berkualiti yang sangat kuat iaitu bahan dalam payung terjun! Jadi ring ini memang tahan lasak dan tidak bengkok, patah, regang dan sebagainya.

Manakala, material kain selendang pula ialah premium combed cotton iaitu kain kapas yang lembut, ringan dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik serta menyerap peluh.
#3- Telah diuji tahap keselamatan
Sebagai pengguna kita kena check dan ternyata Mamaway bukan sekadar claim cakap kosong kan. Tapi ring sling Mamaway ini dah diuji dan memenuhi standard tahap keselamatan antarabangsa iaitu;

Ujian SGS dengan nombor report: SGS-TW1186350 telah membuktikan yang kekuatan cincin mampu menahan bebas sehingga 50 kg.
#4-Reka bentuk selamat untuk pinggul bayi
Ciktom suka reka bentuk ring sling dari Mamaway Ring Sling Carrier kerana direka berdasarkan teori Spread Squat Position (M&J) yang bagus untuk perkembangan pinggul dan kaki bayi secara semulajadi.


#5- Baby carrier mudah digunakan
Ciktom suka ring sling dari Mamaway yang menjimatkan ruang dan mudah untuk dibawa ke mana saja.

Lagi mudah ring sling tu hanya perlu ciktom lipat dan masukkan ke dalam poket bag tersembunyi yang telah direka sekaligus bersama. Selalu bila bag berasingan ini tinggi possibility bag tu ciktom buat hilang. hehe..
#6- Praktikal
Yang praktikal ialah kain ring sling dari Mamaway yang panjang boleh ciktom gunakan juga sebagai nursing cover. Jadi ciktom boleh menyusu anak dimana sahaja tanpa perlu mencari bilik penyusuan. Faham- faham jelah baby kalau dah lapar memang mudah menangis nak susu cepat kan.
Selain itu, ciktom pun suka tengok bayi ciktom tidur dengan selesa di dalam ring sling Mamaway.

Cara pakai ring sling yang betul
Dalam kotak Mamaway Ring Sling ini turut disertakan segala guidelines cara pemakaian ring sling yang betul bergambar secara langkah demi langkah. Kalau korang masih blur juga macam ciktom masa first time pakai, korang boleh refer video di wesbite Mamaway. Penerangannya memang jelas dan mudah diikuti.

Harga baby carrier
Terdapat pelbagai lingkungan harga baby carrier mengikut jenama tapi kebiasaanya harganya RM100 ke atas untuk baby carrier yang original, selamat dan terjamin kualitinya.
Jangan bahayakan nyawa anak anda semata ingin berjimat dengan membeli baby carrier tiruan yang tidak mempunyai ciri- ciri keselamatan. Malahan yang berkualiti ini lebih tahan lama dan dapat digunakan untuk bertahun- tahun tau.
Bagi ciktom Mamaway Ring Sling ini harganya sangat berpatutan dan mampu milik berbanding jenama yang lain dengan kualiti material yang tahan lasak serta design yang menarik.
Pada yang berminat untuk lihat lebih banyak pilihan design Mamaway Ring Sling boleh jenguk ke Mamaway Ring Sling.
Website Produk Kelengkapan Ibu dan Bayi
Korang nak tahu ada banyak lagi produk kelengkapan ibu dan anak yang menarik Mamaway ni jual tau, korang boleh layari di laman sosial Mamaway berikut:
Website : https://my.mamaway.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/
Sharing is caring
Wahhh cantik color. Memang selesa lah pakai. Senang nak dukung anak sambil buat keje lain.
Jom baca entri terkini Cik Puan Ena …Pengalaman Menginap di GBW Hotel Johor Bahru
Bagusnya sling ring ni senang dibawa ke mana-mana. Kalau guna carrier biasa tu makan space jugak kan. Baby pun tak selesa sebab panas.
dulu masa baru melahirkan adalah survey macam-macam jenis baby Carrie termasuklah jenis sling. sampai kesudah tak beli satu apa pun
Mudahnya sbb ada ring.. tak la susah nak wrap badan teruk².. liez suka klau anak stay mcm ni sbb bonding lebih lg.. lgpun anak mesti suka sbb dekat dgn mama je..
Wah. Kagum tengok ianya boleh jadi sekecil-kecil bag bila tak digunakan. Dan yang penting kesannya pada baby kan – menjaga posture baby kan.
Jom baca entri terkini Rawlins GLAM …Black Water: Abyss [Movie Review]
Pernah pakai ring sling masa anak pertama dulu. Pastu tak larat dah nak dukung baby. Tapi tengok yang mamaway ni nampak macam lg selesa je dr yg saya punya dulu.
Tips dan panduan yang sangat bagus untuk ibubapa yang ada anak kecil..trima kasih kongsi tips ni
Thanks for the tips, nanti kita boleh share kat kawan yang expecting or want to buy baby carrier.
Kalau diizinkan ada bby lagi, nak beli mcm ni juga la.
Senang nak handle kan..
Baby pun elok lena dalam dakapan.
Tips berguna ni untuk bakal ibu bapa Yang baru ada anak kan. Kalau nak beli baby carrier mesti terkial2 jugak. Kena cari produk berkualiti juga. Thanks for sharing.
wahhh menariknya baby carrier ni, selalu guna yang bulky and clip and yes memang sakit belakang dan menyusahkan time jalan2 sebab nak kene usung. Lepas ni nak beli yg jenis foldable macam ni lg best!