Cara diet kuruskan badan mengikut bentuk badan
Assalamualaikum dan Salam Sayang… Pasti ramai yang mempunyai masalah berat badan runsing memikirkan diet apa yang sesuai untuk mereka. Adakalanya dirasakan pelbagai tips dan diet telah dicuba namun masih gagal untuk turunkan berat badan seperti yang diimpikan. Kenapakah ini semua terjadi?
Pernah tak terlintas dalam diri korang yang sebenarnya diet yang korang lakukan itu tidak sesuai? Mungkin korang tak sedar yang bentuk badan juga memainkan peranan dalam memilih diet yang sesuai.
Cik tom pernah mengamalkan diet atkins dan juga diet detox 7 hari. InsyaAllah kalau berkesempatan akan share mengenai diet atkins dan juga detox 7 hari. Sementara nak tunggu cik tom rajin update boleh rujuk jugak website>>Panduan Diet Atkins
Jom selidik bentuk badan yang korang miliki dengan rujuk gambar dibawah;
Jadi macam mana? Mana satu bentuk badan korang? Bentuk badan cik tom ialah bentuk PEAR. Korang pulak bentuk badan yang bagaimana?
Cara diet kuruskan badan mengikut bentuk badan;
Bentuk tubuh badan PEAR
Mempunyai lebihan lemak yang terkumpul pada bahagian peha dan punggung. Diet terbaik dengan mengamalkan latihan olahraga dengan kerap untuk meningkatkan kadar metabolisma badan. Antaranya ialah menggunakan lebih banyak otot kaki.
Bentuk tubuh badan LURUS
Bentuk tubuh badan lurus biasanya mempunyai masalah kegemukan ketara di kawasan perut. Jadi korang yang bentuk badan lurus perlu mempelbagaikan jeis olahraga yang berbeza untuk setiap posisi tubuh korang.
Bentuk tubuh badan EPAL
Boleh bayang epal bentuk macam mana? Haa macam itulah lebih kurang bentuk badan korang. Hehe… Biasanya yang korang yang berbentuk epal ni mempunyai kaki yang panjang dan jenjang, tetapi memiliki lemak pada bahagian tubuh dan ianya menyebabkan korang mudah untuk kelihatan gemuk. Cara diet terbaik untuk kuruskan badan ialah melakukan latihan kardio untuk membakar lemak terutamanaya pergerakan pada bahagian perut dan ke bawah. Jangan sesekali menambah bebanan pada bahagian atas badan kerana ia menambahkan berat badan.
Entri cik tom juga: Jom Kuruskan Badan dengan Cuka Epal
Bentuk tubuh badan JAM PASIR
Korang yang memiliki bentuk jam pasir ialah yang berpinggang ramping tetapi lemak mudah terjadi di tempat yang mudah terkumpul lemak. Cadangan untuk kuruskan badan korang boleh cuba lakukan dengan aktiviti senaman seperti berlari dan latihan kardio. Untuk jangka masa panjang, pastikan senaman yang korang lakukan meliputi gerakan pada seluruh tubuh badan.
Sumber rujukan: Nur Hasyimah Othaman, iSihat (April 2014), Diet Ikut Berat Badan, PP 55.
Sharing is caring
kalow saya ma sudah terlalu kurus
Jom baca entri terkini aman …Cara Mudah Membuat Menu Kontak Pada Blog
Nak naik senang tetapi bab nak turun tak turun-turun.
Jom baca entri terkini akubiomed …Rahsia Domino DTopSecret sudah terbongkar
tak mau kurus sangat.
nanti susah nak angkat bini. haha
Jom baca entri terkini titan …Jobdirumah Payment – Kali ke 383 hingga 401
haha.. cara dah ada.. tp kalau nampak makanan tewas.. xkurus2 jgk..:)
Jom baca entri terkini seraa …Bukit Tabur Far East & Extreme
aku susah gendut kira – kirra kenapa yah ?
Jom baca entri terkini ade sutisna …Harga Sony Xperia C3 Android Kamera Selife Terbaik
Siip dech…saya juga ada cara menurunkan berat badan baca juga ya 🙂
mau kecilin perut kok susah sekali ya…