Cara Semak Baki PTPTN Secara Online

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia… Selepas beberapa hari cik tom kongsikan entri; Alhamdulillah Cik tom dah habis bayar PTPTN. Ada pembaca blog cik tom bertanyakan cik tom,” Cik tom, macam mana ye nak check baki pinjaman PTPTN secara online”. Lebih kurang gitulah bunyinya. Jadi korang semua dah biasa semak tak baki PTPTN tinggal berapa?

PTPTN ini hutang yang wajib dibayar tau. Jangan menangguh2 nanti makin lama makin bertambah jumlah surcaj pinjaman korang. Mana tau tiba-tiba korang semak baki kat website ptptn. Rupa-rupanya dah tinggal sedikit je lagi. Baik terus bayar habis sekaligus dengan bonus yang dapat kan?

Jom Baca: Rahsia 3rd Grade Degree dapat Loan PTPTN PERCUMA.

Pada yang tahu jom tengok cara mudah menyemak baki PTPTN hanya dihujung jari secara online.

Cara Semak Baki PTPTN Secara Online

1) Korang layari website PTPTN dengan klik link berikut>>https://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

2) Kemudian cari icon “Penyata Pinjaman” dan klik icon tersebut.

Langkah 2 Cara Semak Baki Ptptn
Langkah 2: Klik pada icon “Penyata Pinjaman”

3) Korang boleh juga terus skip langkah 1 dan 2 tue, terus je korang klik link berikut untuk terus ke penyata pinjaman>>https://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html.

Langkah 3: Isi No. Kad Pengenalan
Langkah 3: Isi No. Kad Pengenalan dan klik “Semak”

4) Nanti akan keluar satu link yang bergaris yang bertulis “Penyata Kira-Kira Pinjaman Konvesional”. Korang just klik je pada link tu ye.

Langkah 4: Klik pada link bergaris
Langkah 4: Klik pada link bergaris “Penyata Kira-Kira Pinjaman Konvesional”

5) Next, akan keluar seperti interface dibawah dan sekali lagi korang kena masukkan No. Kad Pengenalan dan juga No. Pinjaman PTPTN korang. Cari balik surat pinjaman dan boleh semak dari situ ye.

Langkah 5: Masukkan No. Kad Pengenalan dan juga No. Pinjaman PTPTN
Langkah 5: Masukkan No. Kad Pengenalan dan juga No. Pinjaman PTPTN

**Incase la korang lupa No.Pinjaman boleh hubungi HOTLINE PTPTN : 03-2080 4455 atau ajukan kepada Aduan Online untuk mendapatkan nombor pinjaman bagi membolehkan korang membuat semakan penyata kira-kira secara online.

6) Taraa siap akan keluar penyata pinjaman PTPTN korang macam contoh dibawah;

Penyata Pinjaman. Boleh semak baki PTPTN dibawah penyata pinjaman
Penyata Pinjaman. Boleh semak baki PTPTN dibawah penyata pinjaman
Ruangan bawah penyata pinjaman PTPTN
Ruangan bawah penyata pinjaman PTPTN

Kalau nak lihat penyata pinjaman PTPTN ni lebih terperinci bagi setiap tahun, korang boleh klik pada button “Lihat Terperinci“.

Kalau nak print untuk harcopy, boleh klik pada button “Cetak

Kalau nak bayar guna FPX, boleh isi jumlah bayaran dan klik button “Bayar” ikut arahan seterusnya. Kalau berkesempatan nanti cik tom kongsikan cara bayaran PTPTN secara FPX.

Selamat membayar hutang PTPTN!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

21 thoughts on “Cara Semak Baki PTPTN Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!