Alternatif Cara Hilang Jerawat dengan Madu dan Cinnamon

Assalamualaikum dan Salam Sayang….

Kalau yang rajin baca entry tips cara hilang jerawat mesti tau yang cik tom jenis yang suka mencuba cara moden dan tradisional untuk hilangkan jerawat. Macam-macam cara pernah cik tom cuba sebelum ni contoh guna tomato, ubat gigi, kulit kayu manis, lidah buaya dan putih telur. Hardcore kan?? hahaha…

Cuci muka
Cuci muka

 

Bukan semua cik tom cuba sekaligus tau. Semua tips tue cik tom rajin praktis time belajar dulu la. Makin tua ni dah malas. hehe.. Dulu rajin gak la Cik tom cuba petua hilangkan jerawat dari kawan-kawan.

Bulan lepas cik tom cuba lagi cara alternatif tradisional hilang jerawat guna madu dan cinnamon a.k.a kulit kayu manis.

Aritu time cuti balik kampung jerawat banyak naik kat muka. Ni semua gara-gara degil tak ikut nasihat Dr. Haseenah la. Padan muka kan.. huhu..

So, cik tom merajinkan diri praktis balik tips tradisional rawat jerawat berasaskan madu sebab sekarang rajin duk minum 1 sudu madu setiap hari. hehe…

Dulu time belajar, cik tom biasa asah kulit kayu manis tu dengan letak sikit je madu. Pastu sapu 3X seminggu kat jerawat je. Sekali letak kat muka perrgh panas berasap2 rasa!!

Alternatif Cara Hilang Jerawat dengan Madu dan Cinnamon?
Alternatif Cara Hilang Jerawat dengan Madu dan Cinnamon?

Kali ni cik tom outer letak madu banyak dan beli je serbuk kulit kayu manis campur sekali. Cik tom guna 2 sudu besar madu dengan 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis. Sebab portion madu lagi banyak, so bila sapu kat muka tue sejuk dan lembap je rasa.

Sapu masker ke seluruh muka
Sapu masker ke seluruh muka (sumber: nurul)

Cik tom sapu ke seluruh muka sebelum tidur dan cuci muka keesokkan harinya time bangun. Cik tom cuci muka guna air suam first.. then baru bilas dengan air sejuk nak kecik balik pori2 muka.

Cik tom praktiskan hampir 2 minggu gak. So, macam mana hasilnya??

Semua jerawat yang tak masak lagi tue jadi cepat masak. Parut-parut jerawat sedia ada sebelum ni jadi makin pudar dan menghilang. Jerawat kat muka alhamdulillah cepat gak hilang.

Tapi ada yang tak best tue…ada 1 jerawat jadi cam hitam-kehitaman. Cik tom rasa efek panas kulit kayu manis jadi camtu sebab tiap2 malam duk sapu kat muka kot. Dulu cik tom sapu 3 kali sehari je tue pun kat jerawat. Satu lagi kulit muka jadi kering sangat.. cik tom spray bio essence spring water nak bagi lembap balik kulit muka.

Sebenarnya banyak sangat tips cara hilang jerawat kat google dan boleh katakan hampir 80 % just main copy paste dari blog lain. Termasuk entry tips blog cik tom sekali jadi mangsa copy blog lain. hehe..

Sebenarnya tak semua tips ni bersesuaian dengan keadaan kulit semua orang. Nak tau kena cuba, tapi kalau dah seminggu nampak makin teruk.. better stop dari amal semua tips dari internet yang tak sahih. Nanti tak pasal kulit muka jadi teruk.

Untuk yang mencari tips dan panduan mengenai jerawat lagi sahih cik tom suggest korang tinjau ke website Dr. Haseenah; Panduan Kawal Jerawat. Panduan dari doktor ni dari memang yang pakar bab masalah kulit so berani sikit korang nak cuba. 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

23 thoughts on “Alternatif Cara Hilang Jerawat dengan Madu dan Cinnamon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!