Review Pengalaman Minum Jus Delima Gulsan
Salam…. Cik tom nak share pengalaman cik tom minum jus delima Gulsan. Sekarang baru masuk botol kedua. Masa minum botol pertama tue ada liat-liat dan termiss makan gak pagi dan malam. hehe.. Cik tom start makan jus delima gulsan ni bulan october lepas kalau tak silap laa.
Cik tom minum jus delima ni satu sudu dua kali sehari… Kalau rajin, cik tom minum satu sudu pagi before breakfast dan satu sudu lagi malam before tidur. Kalau rasa malas2 tue, terus pagi tue minum 2 sudu jus delima. hehe…
Allah menyebut buah delima sebanyak 3 kali di dalam Al-Quran untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buah- buahan daripada syurga.
Firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68].
Cik tom dapat tau jus delima ni dari awal tahun 2013 lagi bila tengok housemate cik tom kat kuala pilah selalu makan pagi2. Dia cakap bagus untuk antipenuaan sebab ada kandungan antioksida yang tinggi dalam jus delima ni.
Kawan ni pun beli kat Kelantan. Cari kat kuala pilah time tue takde pulak jual. Cik tom cari ada jual online dengan blogger melastikbintang. Cik tom cakap nak order dengan dia tapi last2 cik tom lupa tak terorder pun. huhu.. Sori ye MB.
Time keje kat Jengka ni tengok banyak pulak jual jus delima ni. Cik tom beli kat Dhiya Beauty dengan harga RM18 sebotol. Tue pun harga asal RM20. Mintak diskaun dapat la RM18.
Time balik cuti kat Terengganu aritu, pergi Hilwah Trading tengok ada discount dapat RM12 sebotol (harga asal RM15). Terus cik tom borong sampai 6 botol. 3 botol bagi mak dan 3 botol lagi untuk cik tom.
Kenapa banyak sangat borong sampai 6 botol?? Bagus sangat ke jus delima gulsan ni?? Ok ni cik tom bagitau dulu antara khasiat buah delima dari pamplet jus delima gulsan yang cik tom dapat;
- menstabilkan paras kolesterol
- merawat “sinus”
- meningkatkan sistem metabolisma badan
- tahap antioksida yang tinggi
- melawan penyakit jantung
- rawatan ketidaksuburan/ kemandulan
- menguatkan sistem pertahanan badan/ imunisasi badan
- mengurangkan risiko kencing manis
- mengurangkan batuk dan asma
- merendahkan tekanan darah tinggi
Actually cik tom ada consume vco (virgin coconut oil) keluaran catalyst sebab ada masalah resdung. Dulu sebelum makan vco, pagi2 cik tom memang selsema. Tapi alhamdulillah dengan izinNYA lepas makan vco, dah tak selsema pagi dan sistem penghadaman lawas. Tapi bab vco tu nanti insyaAllah cik tom buat entry lain pengalaman cik tom consume vco dari tahun 2012.
Sebab nak tengok okay ke tak jus delima ni.. perbezaannye camane dengan vco. Cik tom siap stop consume vco starting 1 November 2013. Tapi ikutkan cik tom makan jus ni sekali dengan vco dari october lagi.
Cik tom dan mak dua2 duk makan jus delima gulsan ni. Dalam pic atas tue ada jus delima pamoga yang adik bongsu cik tom makan. Tapi cik tom tak makan yang tue sebab mahal giler harganya. Kisah tue pun panjang insyaAllah artikel akan datang. huhu..
***********************************
Review positif feedback dari cik tom ialah mudah buang angin dari badan, sistem penghadaman jadi lawas, bangun pagi2 alhamdulillah hidung tak gatal & takde selsema.
Angin dalam badan jadi mudah je nak kuar. Kalau dulu bila angin banyak dalam badan, rasa badan berat dan pening kepala. Tapi alhamdulillah rasa badan makin ringan tapi bab gemuk tue lemak tepu tak berkurang lagi. Maybe sebab awal lagi. haha..
Perut pun jadi lawas jeee. Senang nak membuang. Awal2 pagi lagi dan malam sebelum tidur pun membuang. Masa consume vco pun alhamdulillah resdung makin better. Saje try pati delima ni hampir sebulan pun alhamdulillah sesuai dengan penyakit resdung. Hidung tak gatal atau selsema pagi2, makan seafood pun okay. Alhamdulillah 🙂
***********************************
Based on review emak pulak. Emak cik tom ni memang ada penyakit kolesterol/ masalah kolesterol tinggi dalam badan. So, cik tom bagi mak jugak consume pati delima gulsan ni.
Sebelum ni muka emak cam bengkak2 sebab kolesterol tinggi tapi lepas dah sebulan lebih makan pati delima ni, bengkak2 kat muka mak dah makin surut & hilang. Kadar bacaan kolesterol pun makin terkawal. Yang part lain cik tom tak sure tapi yang paling nyata ramai orang tegur perubahan muka emak lepas makan pati delima ni. Bengkak muka makin surut dan nampak lagi berseri. hehe..
Bagi cik tom rasa jus delima ni biasa2 je. Takdelah sedap sangat tapi not bad la. Rasanye pekat likat masam-masam manis gitu. Setakat nak telan sesudu dua tue okay la anak tekak cik tom ni. Sekarang pagi2 before breakfast, cik tom amalkan makan satu sudu jus delima+ satu sudu madu. hehe…
Korang boleh beli kat mana-mana kedai jual barang kecantikan atau kesihatan berdekatan dengan rumah korang. Tapi incase nak beli online, korang boleh rujuk facebook>> At-Tijarah Online Store (fanpage owner blog MB).
Renungan bersama…. Sesungguhnya yang menyembuhkan penyakit hanyalah ALLAH S.W.T . Tiadalah memberi kesan sesuatu barang tanpa keizinan dari-Nya. Yang penting kita mesti sentiasa berusaha, berikhtiar dan berdoa.
Sharing is caring
mmg besh buah delima gulsan, pnh mnum satu ketika dulu..
hihi
Jom baca entri terkini OH Ping Blog …SENARAI PENUH KUMPULAN PASUKAN PIALA DUNIA BRAZIL 2014
Kalau tinggi antioksida.. mmg bagus utk awet muda..
sampai 6 botol cik tom beli..
bertambah muda remaja dan jelita lah cik tom lepas nie yeeee 😀
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dgn Bisnes Makanan. Kisah Kejayaan Abang Azhar.
Buah delima memang saya suka makan. tetapi jus nie belum tahu lagi boleh telan ke tak.
Jom baca entri terkini hatiputera …Contest SEO Eridy
saya juga suka makan buah delima yang asli.
Jom baca entri terkini faizal …Pengunjung Setia Di Nota Mengajar Belajar
bagus makanan tambahan ini.terkadang nak cuba tapi doc tak benarkan bercampur ubat, itu sedih jadi makan satu ubat khas sahaja.
Jom baca entri terkini suri …CPUV Campaigns Nuffnang 19_ 2013
yang penting tubuh badan sihat untuk beribadat
Jom baca entri terkini faizal …Pengunjung Setia Di Nota Mengajar Belajar
Nak try lah.
Sepertinya best bangat dong. 🙂
Jom baca entri terkini Asyrof Asri …Hobi Asyrof Asri
try jangan tak try…
Jom baca entri terkini faizal …Wordless Wednesday # 6 Kasih Sayang
Saya dulu amalkan jus delima gulshan, lepas 2botol..stop. Bosan pulak..hehe
Sini..bangi..jual mmg rm12/sebotol. Ipar2 kat kelantan/perlis pun kirim sbb sana lg mahal.
Jom baca entri terkini Ujie …Sungai Lembing : Lombong Bijih Timah Bawah Tanah
Ada kat rumah jus delima ni, tak try lagi
Jom baca entri terkini hafiz …Kasut baru Azeeq
Kita suka buah delima cik tom..rasa dia sedap..jus delima Gamoga pernah kita minum..
Jom baca entri terkini raudzah …Cantiknya !!!! Jom Singgah Galeri Jauhari
masam tak mengapa, yang penting khasiatnya
Jom baca entri terkini faizal …Wordless Wednesday # 6 Kasih Sayang
Pernah minum…macam masam sikit.
Jom baca entri terkini kaykillua …Ape Kriteria Untuk Naikkan SEO?
Macam nak kena try jugak ni…
Cik tom, kedai hilwah kat ganu tu kat mana ek?
Jom baca entri terkini hafizmd …Nak Kuruskan Badan 1 Kilogram 1 Minggu? Meh Baca Bab Metabolisma…
try jangan tidak try
Jom baca entri terkini faizal …Pengunjung Setia Di Nota Mengajar Belajar
kita pun consume jus delima gulsan ni time mengandung dulu… tp, habis satu botol, dah tak beli lagi… skrg rasa mcm nk amik lg je… sbb elok kan.. hehe
Jom baca entri terkini Ummu Nourah …Harga naik
saya belum pernah minum lagi..tapi sekarang ini saya nampak produk ini sudah banyak dijual
Jom baca entri terkini faizal …Pengunjung Setia Di Nota Mengajar Belajar
Bagus aje bunyinya. Kat KK ada reseller dia ke?
Jom baca entri terkini Ismail N …Brazil Bakal Juara Piala Dunia 2014?
Teringin pula saya nak mencubanya.
Mahu Tahu Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee? Klik Sini.
Jom baca entri terkini adilah manaf celikvitamin …Punca Resdung Tiada Kaitan Dengan Ulat Resdung
BELI KEDAI BIASA RM18 TP KALO BLI SBAGAI AHLI. HARGA BORONG RM 11 JE. ORDER LE
Macam mana masuk ahli
maaf cik tom tak tau..
Assalamualaikum…lama tak lawati blog ciktom…terlepas pandang ni..mungkin juga artikel ciktom tak sampai ke emel saya.
Apapun ciktom skrg ni pasti slim setelah minum jus delima ni. Semoga ciktom bertambah sihat.
Jom baca entri terkini sensasi2020 …Contest Seo Eridy
Delima salah satu buah yang banyak diminati, kalau ada jus-nya macam ini sangatlah bagus dna kita tidak perlu repot bbuat jus dari delima. Sangant instant ya …
Jom baca entri terkini Rina …Best List To Get Free Stock Photos And Images For Your Website
jus delima memang sedap woo..
Jom baca entri terkini titan …Mari melancong ke Banting.
belum pernah try makan buah delima lagi. setakat ni sya makan madu ngan habatus sauda je. mungkin next leh try jus delima ni pula. sekarang ni tengah consume Ephyra. 😀
Jom baca entri terkini Sya Isya …5 CARA BERKESAN LUPAKAN KEKASIH LAMA
Emm agaknya saya boleh minum ke tak ni ekk??
Jom baca entri terkini Hafizul …Pendapatan Kelima Dari Panduan Menjahit Baju
pemakanan sunnah ni kita kena yakin keberkesanannya kan, sebab Nabi sendiri amalkan. 😉
jenama Gulsan ni femes betul utk jus delima
Jom baca entri terkini Ummi Hanie …Cara buat duit sampingan dengan StreetDeal
2 hari mkn sy migrain teruk….huhuhuhu
mungkin tak sesuai.. try consult dengan doktor…
Baru 3 hari minum jus delima Gulsan..tapi saya campur sndiri dgn madu dan habatus sauda dlm 1 botol..kesan sakit2 badan, pan as bdn dan selsema..x pe itu semua tindak balas..slmt mncuba.
hehe takpe cik tom…
siapa nak beli boleh ke page at tijarah…
Jom baca entri terkini Melastik Bintang …Kontes Piala Dunia 2014 Dari Brazil.com
ka;au sakit tibi boleh juga kah
maaf cik tom tak pasti kalau untuk sakit tibi..tapi biasa kalau batuk2 bagus minum jus delima..maybe boleh ikhtiar untuk cuba amalkan…kalau serasi boleh teruskan, kalau tak serasi boleh stop..
Assalammualaikum…
Cik tom.. terima kasih perkongsian ysng menarik.. makan jus pati delima dengan madu..
saya tercari cara yang betul makan buah delima..bimbang tersilap makan campur-campur dari berkhasiat jadi bahaya kepada badan. Sebab saya baru terbaca kena elak makan buah delima(vitamin c sangat tinggi) bersama makanan laut seperti udang ia sangat bertoksin kepada badan. Saya percaya delima sangat baik rawat/elak sakit jantung/kerosakan jantung akibat kolestrol serta cegah kanser payudara juga sebab dengar yang amal makan atau minum hasil kesihatan memuaskan.
salam cik tom mak ciktom minum berapa lama dan berapa botol baru hilang bengkak di muka?
wassalam…ciktom lupa la sebab entri dah lama ni 2013 lagi..huhu…maybe dalam sebotol kot..tapi setiap orang berbeza tahap tindak balas badan.. Mungkin ada cepat dan lambat. Selamat mencuba..
Skrg Cik tom still minum lagi x jus pati delima ?
Kalau amik sesudu mlm amik lepas mkn ke atau sblm tido?