Cara Hilang Nervous Interview
Salam kepada semua yang berkunjung ke blog cik tom. Status cik tom sekarang masih pencari kerja yang tegar. Tapi bila dapat peluang untuk interview mesti still rasa nervous sebelum dan juga semasa interview. Macam-macam cara yang cik tom buat untuk persiapan dan tips temuduga untuk hilangkan rasa gementar masa temuduga seperti makan gula-gula berangin sebelum interview, tarik dan hembus nafas perlahan-lahan tapi paling utama ialah baca ayat seribu dinar sambil mohon ditenangkan hati serta dipermudahkan segala urusan interview. Bagi yang nak amalkan tips hilangkan gugup atau takut yang sama boleh baca ayat di bawah atau rujuk pada Al-Quran Surah At-Talaq Ayat 2-3.
Maksud (Ayat 2 & 3, Surat At-Talaq):
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
*************************************
Oleh sebab kat atas tue tips yang cik tom biasa guna dan tak tahulah sesuai tak untuk korang. So, cik tom dengan penuh kerajinan tanya encik google tips untuk temuduga sebagai kredit tambahan buat korang yang berminat untuk cuba tips lain.
Tips Hilangkan Rasa Gementar Ketika Temuduga
1. Apabila mendengar atau menjawab soalan panel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan!
2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila kita bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian untuk sesi yang seterusnya.
3. Apabila rasa nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada terasa lapang dan kita akan menjadi lebih bersemangat.
4. Kita disyorkan untuk membaca ayat Seribu Dinar atau ayat Kursi di dalam hati semoga Allah menenangkan hati.
5. Tips paling best semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, kita akan menjadi lebih relaks dan tenang sepanjang sesi temuduga.
6. Apabila menjawab soalan tegakkan badan dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak kita akan lebih bersemangat dan yakin.
Sumber: Tips Gugup, Gagap, Gementar Semasa Temuduga
Sharing is caring
boleh praktis ni..aisya pun pencari kerja yg tegar jugak ni..:)
Jom baca entri terkini Aisya …Kakak Borek Adik Rintik
eh pencari kerja yang tegar jugak ek..boleh kita sama2 geng cari kerja..huhu..
bolehlah amalkan nanti.. nak abes study dah.. pasni kena biasakan diri dgn interview laaa.. :/
Jom baca entri terkini Amirrah Zawani …Nuffnang Premier Screening Movie – The Roommate
yup mirra dah nak habis dah belajar degree kulinari kan..good luck final exam ye!
sy keja sindri.. xyah temuduga.. hehehe…
Jom baca entri terkini Solihin Zubir …FA Cup 2011 Semi Final – Man United vs Man City
hahahah..solihin tak payah pergi temuduga kan..bestnya..eh ada kerja kosong lagi tak?hahaha..
Bagus tips2 ni..boleh d jadikan panduan pd masa depan…hehe
Jom baca entri terkini Affieza …WEEKEND NIGHT
yup tips ni boleh dijadikan panduan bagi yang nak hadapi temuduga…
tak takut pun jumpa penemuduga cik tom,..nak jumpa cik tom je takut,takut tak dilayan..ermmmm
Jom baca entri terkini achie …Aku Dan Laut
hahaha..mana tau kalau tak pernah jupe..hee
Ahakz.. Achie.. saya pun nerves kalo jumpa dia tu.. tp bukan sal xterlayan.. tp neves sal jumpa awek cun woo.. ahakz..
haahaha…awek cuncun tang mana tue…kui3 ;P
cik tom thanks 4 tips nie..hehe..
klu rajin cik tom singgah lah blog dekcik yg burok nie..
http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/04/kerana-cinta-kau-murtad-eh.html
sama2..mana ada blog buruk..semua blog best2..ok cik tom singgah ye…
dah lama tak pi temuduga..
last pi temuduga 11 tahun lalu..
..
semoga cik tom cepat2 dapat kerja ya..
lama dah cik tom cari kerja..
belum masanye kot..
yang penting jangan putus asa tau…
Jom baca entri terkini diana …Gangguan seksualnak lempang ke
fuh dah lama tue akak…11 tahun yang lalu..tue la akak…dah lama cik tom cari kerja kan..huk3…sedih jugak tapi nak buat camane takde rezeki lagi…
Hahaha.. Aku selalu neves bila interview.. Asyik nak ke toilet jek.. Hahaha.. Bila time cakap tu memang suara rasa cam tak keluar.. Huhh! Bila dah habis interview baru fikir rasa cam nak sekali lagi plak.. Ngee 🙂 Macam macam hal..
Jom baca entri terkini d_tieah …Skrip Dialog Usop Wicha Jadi Sebutan Paling Popular Setiap Hari
tue la cik tom dah ada pengalaman interview tapi kadang2 sampai turn nak interview tue still berdebar jugak lagi..hehee…
itu ayat seribu dinar ya,,mafaat juga masa utk temuduga..dup dap…jantung hanya Tuhan yang tahu huu…
dah lepas temuduga rasa tenag skli heee
memang berdebar time temuduga…dah lepas baru relax…hehe..
terus ingat rasa cuak saya masa jalani ujian JPJ heeee
terima kasih cik tom atas doa yg d beri…jom jalan2 vRoommmmm..
kan suri dah dapat lesen..nanti boleh ajak cik tom jalan2..hehe
Wan pulak, dalam setahun da melalui 5~6 interview kerja. Nanti saya wat entry pasal pengalaman saya interview. Bila da selalu interview, nervous akan kurang sikit, hehe
wah byk pengalaman interview tue..bagus jugak kalau wan share pengalaman interview…cik tom baru 2 pengalaman interview tahun ni…hehe
elok info ni
memang masa interview..kena sgt yakin
jika ada darah gemuruh..mmg akan spoil
kemahiran komunikasi amat2 membantu..
Jom baca entri terkini sarahnajwan …-BLOGGER KUANTAN-
yup betul tue akak…agak2 sebab tue ker ek saya tak dapat kerja??hahahah..
Ramai yang menganggr diluar sana tu perlukan info nih.. Tapi ramai yang terlepas pandang apabila anggap ni macam x penting..
Jom baca entri terkini decrewz …Shortcut Rahsia Pada Mozila Firefox Yang Perlu Anda Tahu
yup memang betul ramai yang terlepas padang isu ni..sebab nak hilangkan nervous tue main point..kl dah nervous konpem2 akan hilang confident…interview paling penting ialah confident..hee
masa interview rasa bos tuh dah cool, baik habis. sekali dah kerja… hurmphh.. plastik betul. =p
Jom baca entri terkini zaradgreat …sengal nabil siap ubah lagu grenade nak buat luahan perasaan tapi hang memang kreatip weh!
hahahah..biasalah zara kadang2 penemuduga ni memang suka berpura-pura sebab nak ambil pekerja kan..nanti dia gertak2 kan xde pulak yang nak kerja..heee…jom cari kerja sama2 ye..
owh,entry yang bagus,boleh la cuba lepas ni if dpt interview la…
hai cik tom..miss u..huhu
Jom baca entri terkini cahayakehidupan …Entry Ini Mengabadikan Kenangan Terindah Dalam Hidup Aku Terima Kasih Semua
yaty kan dah dapat kerja…ker nak tukar keje lain plk..huhu..
miss u darling..hee 🙂
salam,bagus tips yg ciktom bagi ni.Lagi satu saya nak tambah drpd apa yg sy blaja dari guru2 agama,ayat seribu dinar juga merupakan ayat pendinding diri.Jadi selepas solat fardu digalakkan membaca ayat ini.Pastu , ayat ini juga elok dibaca semasa hendak memulakan perjalanan.
Ayat ini menerangkan kekuasaaan Allah yg berkuasa menentukan segalanya.Klau kita berhajat atau ditimpa musibah ayat inilah yg elok diamal selalu.
Jom baca entri terkini saiful …11 JENIS MANUSIA YG DI DOAKAN OLEH MALAIKAT
terima kasih saiful sbb sudi share kelebihan lain bagi ayat seribu dinar..
Nervous temuduga?
Sini pun ader panduan temuduga kerja kerajaan(ramai yg dh lulus ni)
Usaha.Doa.Tawakkal..
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=eunzzz