Cara Hilangkan Jerawat Dan Jeragat Dengan Serum DR.BEAU
Cara Hilangkan Jerawat Dan Jeragat Dengan Serum DR.BEAU | Assalamualaikum dan salam sayang.. Ciktom tahu ramai yang ada masalah kulit kusam, jerawat dan jeragat kan? Bermacam-macam petua semula jadi yang dah dicuba tapi tak menjadi juga. Ciktom sendiri pun dari zaman anak dara sehinggalah dah jadi ibu masih dibelenggu masalah ini. Cuma takdelah seteruk zaman bujang. hihi..
Bila petua tak menjadi, mestilah korang tercari-cari produk untuk hilangkan jerawat dan jeragat. Dengan lambakan produk dalam pasaran sekarang, kita perlu memilih produk yang selamat dan terbaik contohnya seperti Serum DR.BEAU Skin Oil.
Cara Hilangkan Jerawat Dan Jeragat Dengan DR.BEAU
DR.BEAU Skin Oil merupakan produk serum untuk menjaga dan merawat kulit dalam masa 24 jam. Mesti ada antara korang yang fikir, betulkah ada cara nak hilangkan jerawat dalam satu hari? Tentu sekali ada.
Dengan menggunakan serum DR.BEAU, jerawat akan kering dalam masa 24 jam. Jika digunakan secara berterusan selama 7 hari, parut-parut serta jeragat akan mula pudar. Dan jika dipakai secara konsisten, warna kulit korang akan menjadi lebih sekata seawal 21 hari. DR.BEAU boleh dikatakan serum terbaik untuk kulit kusam!
5 Bahan Utama Dalam DR.BEAU Skin Oil
Serum DR.BEAU dirumus khas daripada sumber vitamin E 100% semulajadi. Dan antara bahan utama yang ada dalam serum DR.BEAU ini adalah:
- Minyak Argan – mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
- Minyak Gandum – salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
- Minyak Badam – merawat sel kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit wajah.
- Minyak Apricot – melembapkan kulit terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya juga kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
- Minyak Primrose – mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
Bahan-bahan utama yang ada di dalam serum ini memang terkenal dengan khasiat serta fungsi untuk merawat masalah kulit terutamanya untuk menghilangkan jerawat tanpa parut.
Cara Penggunaan Serum DR.BEAU Skin Oil
Cara untuk menggunakan serum DR.BEAU ini sangat mudah. Korang cuma perlu:
- Tarik hujung gel
- Titis di kawasan dahi, pipi dan dagu
- Sapu rata di seluruh wajah sehingga meresap ke dalam kulit
Kalau nak pakai make up, korang kena tunggu sehingga serum ini betul-betul meresap ke dalam kulit. Tapi jangan risau sebab serum ini mudah dan cepat menyerap. Bau serum ini pun wangi dan harum semula jadi.
Serum DR.BEAU juga tidak melekit. Bila sapu pada kulit, terasa lebih segar dan nyaman. Yang penting, ianya sesuai untuk semua jenis kulit – normal, sensitif, kering mahupun kulit yang bermasalah.
Untuk mengatasi kulit kusam dengan lebih cepat dan efektif, pastikan penggunaan serum DR.BEAU adalah secara berterusan. Jangan tinggalkan rutin menggunakan serum sampai korang nampak perubahan yang positif pada kulit wajah. Pastikan juga tangan dan kulit wajah dicuci dengan baik sebelum sapuan DR.BEAU dilakukan.
Sebaik-baiknya serum DR.BEAU ini disapu dua kali sehari, pagi dan malam. Dalam satu botol serum ini ada 30 biji gel. Korang boleh guna setengah daripada sebiji gel untuk pagi dan setengah lagi untuk malam. Tapi lebih bagus jika guna satu biji gel untuk sekali pakai. Pemakaian secara konsisten pagi dan malam akan mempercepatkan hasil yang korang mahukan.
Boleh tonton video ciktom untuk penggunaan Serum Dr.Beau.
Pengalaman Ciktom Menggunakan Serum DR.BEAU
Pengalaman ciktom setelah menggunakan serum Dr.Beau hampir sebulan ialah ciktom jatuh cinta dengan serum ni. Yang ciktom suka sebab serum Dr. Beau ni boleh digunakan sebagai primer sebelum sapu foundation dan bedak. Makeup lebih tahan lama dan makin lama makin glowing. Lagi best serum ini turut berfungsi sebagai sunblock tau.
Bila ciktom sapu pada muka pun seronok sebab serumnya cepat betul meresap ke dalam kulit dan tak rasa berminyak. Ada baki kat tapak tangan tu sapu pulak kat rambut. hihi.. Kulit muka ciktom memang jadi lembap dan lembut selepas sapu. Kemudian yang ciktom perasaan jerawat cepat kecut. Bila dah konsisten sapu ni memang parut-parut lama kesan jerawat pun semakin pudar.
Yang lagi ciktom suka ialah new packaging serum Dr.Beau ni kecil dan senang nak bawak pegi mana. Letak dalam handbag pun muat tau uolss. Selain itu, kebersihan serum pun terjamin sebab dalam bentuk soft gels. Jadi bila nak guna hanya perlukan 1 soft gel je. Kalau jenis kena picit atau sapu tu ada kemungkinan untuk bakteria kalau tak betul-betul penjagaan.
Serum Dr.Beau ini 100% natural product dan boleh digunakan untuk ibu mengandung macam ciktom ni. Yang lagi menyakinkan ciktom ialah serum Dr.Beau dapat kelulusan dari KKM. Kalau nak try apa-apa produk cari yang ada KKM tau, kan tak pasal sapu muka jadi makin teruk pulak.
Testimoni dari Pelanggan Serum DR.BEAU
Kalau korang tengok di website atau facebook terdapat lebih dah lebih 3000++ testimoni berjaya dengan penggunaan konsisten Serum Dr. Beau.
Untuk lihat lebih banyak testimoni boleh ke website, instagram dan juga facebook Dr.Beau di akhir artikel ciktom.
Serum DR.BEAU mendapat kepercayaan Artis Malaysia dan MUA
Apa yang pasti menyakinkan lagi ialah semakin ramai artis dah start percaya dengan serum Dr Beau tau! Malahan bukan artis perempuan je, artis lelaki pun jatuh hati ye.
Wow!!! Si handsome Aliff Aziz dan Dini Schatzmann pun apply serum Dr.Beau ni tau ❤
Patutlah dua2 kulit cantik dan gebu je. Rupanya pengguna serum Dr.beau jugak. Siapa lagi kalau tak artis cantik Emma Maembong dan Ika Farhana.
Untuk pengetahuan korang, serum Dr.Beau ini turut sesuai untuk rawat masalah kulit kusam dan juga kulit kering. Bukan hanya tertumpu untuk kulit ada masalah jerawat dan juga parut.
Info Lanjut Mengenai Serum DR.BEAU
Pada korang yang berminat nak mencuba atau untuk maklumat lanjut tentang DR.BEAU, boleh layari:
Website: teja.com.my
Facebook: https://web.facebook.com/drbeaumalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/drbeau_official/?hl=en
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UClHXFfo-FRzC36O-JvQ6vJA
Sharing is caring
wow menarik…nak cubalah guna juga
Nak hilangkan jerawat dengan serum Dr.Beau ni..
Jom baca entri terkini Nia cantik …√ 17+ Produk Kosmetik dan Skincare Wardah untuk Kulit Kering Terbaik