Perasmian Chillax Market di EduCity Sport Complex

Perasmian Chillax Market di EduCity Sport Complex | Assalamualaikum dan salam sayang… Apa korang buat hujung minggu lepas sempena Hari Sukan Negara? Ciktom dan family alhamdulillah dapat luangkan masa bersama join perasmian Chillax Maket di Educity Sport Complex pada hari sabtu, 12 Oktober 2019. Adira bukan main excited lagi tau tengok meriah sangat Chillex Market ni. Mana tak meriahnya Chillax Market ini berjaya mengumpulkan 5000 peserta dalam acara EduCity Sports Carnival di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.

Perasmian Chillax Market di EduCity Sport Complex
Perasmian Chillax Market di EduCity Sport Complex
Baca juga: Educity Educator Conference 2019

Sambutan Hari Sukan Negara di EduCity Sport Complex

Bersempena Hari Sukan Negara, 9 buah kampus di bawah EduCity iaitu University of Southampton Malaysia, Multimedia University, University of Reading Malaysia, Newcastle Unversity of Medicine Malaysia, Netherlands Maritime Institute of Technology, Management Development Institute of Singapore, Raffles University, Marlborough College Malaysia dan Raffles American School bersama para staff Iskandar Investment Berhad (IIB) , Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), X Johore Motorsport Scene dan juga penduduk setempat turut memeriahkan majlis ini di EduCity Sport Complex.

Yang menarik ada 6 acara outdoor dan indoor yang dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring, Bola Keranjang, Badminton, Ping Pong dan Tarik Tali. Selain itu, turut diadakan Auto-show Tournament kerjasama dengan dengan X Johore Motorsport Scene. Setiap aktiviti ini meriah disertai oleh pelajar, staff dan juga penduduk setempat.

Adira excited tengok kakak main bola jaring dan juga aktiviti renang. Ciktom plan nanti nak masukkan adira kelas renang la kat sinilah. Nak gi belajar dekat sangat dengan rumah, hanya 10 minit je perjalanan ke EduCity.

Adira tak lepaskan peluang untuk lihat acara renang di Aquatic Centre
Adira tak lepaskan peluang untuk lihat acara renang di Aquatic Centre

Perasmian Chillax Market di EduCity Sport Complex

Selain itu, tarikan utama ialah majlis perasmian Chillax Market, hasil kerjasama bersama PUJB sebagai satu usaha untuk memberi pendedahan kepada pelajar pengalaman sebenar dalam dunia keusahawanan dan secara tidak langsung menambah kemahiran sosial. Terdapat 44 pengusaha kecil dan sederhana (SME) di Johor iaitu food truck dan vendor termasuklah sebahagian dari pihak PUJB.

Food truck dari pihak PUJB
Food truck menu special Asam Pedas dan Botok – botok dari pihak PUJB

Ciktom sendiri rambang mata nak cuba pelbagai menu makanan dan cenderamata yang dijual di vendor dan food truck sepanjang Chillax Market ni.

Pelbagai pilihan food truck dari menu tradisional dan western
Pelbagai pilihan food truck dari menu tradisional dan western

Sebahagian daripada “Real-Life Entrepreneurship Challenge” yang dianjurkan oleh EduCity Iskandar Malaysia, 15 booth jualan yang dikendalikan oleh pelajar dan kakitangan diberi keutamaan untuk  . Pelajar perlu perlu membina entiti perniagaan, mengemukakan pelan perniagaan dan melaksanakannya perniagaan semasa karnival. Chillax Market ini ialah sebagai salah satu program CSR oleh PUJB dengan menyediakan bahan-bahan mentah untuk pelajar membuka booth jualan.

Maskot Sukma 2020, Jimi di Chillax Market

Maskot Sukma 2020, Jimi di Chillax Market
Maskot Sukma 2020, Jimi di Chillax Market

Ayah Adira pulak excited bila nampak maskot Sukma 2020, Jimi ni comel dan periang sangat tau. Ayah dan Adira tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan Jimi. Yang mana Johor pada tahun depan akan menjadi tuan rumah Sukma 2020. EduCity turut akan menjadi tuan rumah untuk Bola Sepak dan Bola Jaring. Malahan pihak EduCity dalam proses menyiapkan warming pool sebagai persediaan sukan Sukma 2020.

Chillax Market

Antara produk yang dibawakan oleh pelajar ialah aksesori fesyen dan pakaian dari Faculty of Fashion Design (Raffles University), booth informasi unversiti, essential oils, sabun organik, barangan terpakai, barangan kosmetik, barangan kraftangan, perkhidmatan e-scooter (TRYKE), seni henna dan juga makanan serta minuman.

Booth jualan dari para pelajar dan staff EduCity
Booth jualan dari para pelajar dan staff EduCity

 

Ruang santai di tengah booth dan food truck di Chillax Market
Ruang santai di tengah booth dan food truck di Chillax Market

Majlis ini dirasmikan oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

Perasmian oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.
Perasmian oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

Beliau memuji usaha EduCity Iskandar Malaysia kerana memberi peluang keusahawanan di kalangan pelajar dan staff yang diharap dapat menambah baik lagi kemahiran mereka dalam kemahiran sosial terutama bidang keusahawanan. Selain itu, ia juga satu platform terbaik untuk berinteraksi dengan students dari 9 buah univerisiti dan kolej yang berbeza di dalam EduCity.

Ucapan oleh Pengarah Urusan Educity Iskandar Malaysia, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi
Ucapan oleh Pengarah Urusan Educity Iskandar Malaysia, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi

Pengarah Urusan Educity Iskandar Malaysia, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi berharap agar pelajar, kakitangan dan pengusaha serta penduduk dapat merebut peluang sekaligus pengalaman daripada penglibatan dalam Chillax Market ini.

Simbolik perasmian dengan pukulan gendang dari YB
Simbolik perasmian dengan pukulan drum dari YB

Korang nak tahu apa yang lagi best?? Chillax Market ni bukan sahaja dibuka sepanjang Sport Carnival ni je tau. Bermula Oktober ini hari rabu setiap minggu Chillax Market akan dibuka bermula 3 petang sehingga 9 malam tau! So, jangan lepaskan peluang untuk datang cuba pelbagai menu makanan dan minuman yang sedap.

Tahniah EduCity Iskandar Malaysia atas penganjuran Chillax Market yang awesome ni! Jadi jangan lupa untuk set date setiap hari Rabu untuk ke sini tau. Jika korang berminat untuk join sebagai usahawan di Chillax Market, boleh hubungi talian 07-233 9000 atau email ke : info@my-iib.com

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

11 thoughts on “Perasmian Chillax Market di EduCity Sport Complex

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!