Celebrate Birthday Sambil Ternak Lemak di Secret Recipe

Assalamualaikum dan salam ceria… Pada 22 November ialah hari lahir cik tom yang ke tetttt tahun. haha.. So, malam tu suami cik tom ajak keluar jalan-jalan ke Angsana, Johor Bharu. Rupanya kat sana suami nak celebrate birthday sambil ternak lemak di Secret Recipe.

Semenjak kahwin ni kitorang dah sama-sama membesar dengan jayanya. Bila entah kitorang nak insaf balik ke pangkal jalan. hihi..

Alhamdulillah tahun ni berdua celebrate birthday. Kalau sebelum ni selalu dapat ucapan semoga cepat kahwin. Tahun ni ucapan baru semoga berbahagia dengan suami dan cepat-cepat dapat baby. Harapnya tahun depan bertiga pulak celebrate birthday. amin..

menu best secret recipe
Muka tak berapa rela ambil gambar hasilnya blurr

Padin ni dalam nampak je garang tapi ada jugak side romantik orangnya. Siap dua kali nyanyi lagu birthday kat cik tom. Kali pertama tu nyanyi sebelum masuk masanya lagi konon nak jadi orang pertama.  Ke takut lupa? hihi..

Awalnya padin bagitau nak celebrate birthday cik tom lambat, nanti hujung minggu je. Plan nak buat suprise kat cik tom tapi tak berapa menjadi. hihi..

Happy Birthday to me!
Happy Birthday to me!

Apa pun memang cik tom happy dapat makan dengan suami tercinta. Cik tom pilih 1 slice kek Chocolate Chip Walnut dengan Ice Blended Green Tea. Padin pulak makan Golden Crispy Chicken Chop yang takde sos dengan Ice Blended Chocolate.

Celebrate Birthday Sambil Ternak Lemak di Secret Recipe

Frust sikit kualiti makanan dan minuman kitorang makan kat Secret Recipe Branch Angsana tu kurang best! Kek cik tom rasa kering je, tak moist langsung macam kek Secret Recipe yang biasa makan selama ini. Green Tea pun hambar je, kurang umpph.

Terima kasih pada semua yang wish birthday kat cik tom. May all your dreams come true too! 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Celebrate Birthday Sambil Ternak Lemak di Secret Recipe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!