Projek Ternak Lemak Di Boat Noodle, Sunway Putra Mall
Assalamualaikum dan salam sayang… Sebenarnya projek makan-makan di Boat Noodle, Sunway Putra Mall ini pada 19 Disember 2015 yang lepas. Dah lama benar tapi takpelah cik tom jenis tak update mana gambar di facebook atau instagram. Jadi blog ciktom.com ini sebagai salah satu diari secara online segala kenangan pahit dan manis cik tom walaupun agak lama berlalu.
Baca juga: Berpiknik sambil menternak lemak di Foodgasmfest
Sempena cuti akhir tahun lepas, cik tom ambil keputusan untuk bawak adik ika pergi jalan-jalan makan angin ke Kuala Lumpur dan stay rumah adik yaty di Sentul. Ika bersungguh bagitau cik tom yang dia rindukan darwisy anak buah cik tom. Jadi kami berdua naik bas ke sana oleh sebab cik tom tak berani nak drive di Kuala Lumpur. Hehe..
Hampir seminggu jugak kitorang kat sana. Cik tom bawak ika berjalan naik LRT ke Sogo, Jalan Tar, Masjid Jamek, Sunway Putra dan lain-lain lagi. Pada hari hujung minggu, adik Yaty nak belanja kitorang baju kat KL YES Festival di PWTC. Kisah kitorang shopping di KL YES Festival; Dimurahkan Rezeki Percuma Jubah Selama Setahun.

Sebelum ke KL YES Festival, yaty dan nazli ajak nak belanje kitorang makan di Boat Noodle, Sunway Putra Mall. Senang parking kat Sunway Putra je, then dari sana just jalan kaki je naik jejantas/laluan ke PWTC.
Boat Noodle di Sunway Putra Mall
Boat noodle atau “mihun sampan” ini ialah Thai Street Food yang berasal dari Pasar Terapung di Ayutthaya. Ianya semakin popular dan diperkenalkan di pasaran Malaysia. Sambutan yang diterima memang mengalakkan dengan habit rakyat Malaysia yang suka trending bab makanan.
Kebiasaan sesiapa yang makan kat sini takkan lepaskan peluang untuk bergambar dengan mangkuk bertingkat-tingkat tingginya. Hehe..
Lokasi: Lot 4-43D, Level 4 Sunway Putra Mall, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia.
Contact: 014-2451437
Waktu Operasi: 10am – 10 pm (Daily)
Menu dan Hidangan di Boat Noodle
Di bawah ialah gambar menu lama dan hidangan di Boat Noodles. Untuk menu terkini korang boleh tengok kat website Boat Noodles sebab banyak dah diorang add on menu yang lebih menarik antaranya sekarang dah ada mihun telur.
Menu yang kitorang makan sudah tentulah menu utama kalau ke sini iaitu mihun bersama dua jenis kuah yang mempunyai resepi unik, Ayutthaya dan Pathumthani. Cik tom paling suka rasa kuah Pathumthani yang masam dan pedas. Ianya diperbuat dark soy sauce. Cik tom kurang suka kuah Ayutthaya sebab rasanya yang lemak berkrim dengan rempah dan herba.
Berapa mangkuk standard kalau makan mihun di Boat Noodle?
Walaupun harga 1 mangkuk murah je RM1.90 tapi tak cukup makan semangkuk je. Kuantiti mihun dalam mangkuk tu sikit je patutlah orang makan bertingkat-tingkat. Haha..
Cik tom makan 3 mangkuk baru kenyang. My sis selalu makan kat sana, katanya standard 4 mangkuk sorang baru kenyang. Itu kalau orang perempuan la yang makan kalau lelaki tak sure la. Hehe..
Review Boat Noodle
Selain mihun sampan kuah Pathumthani, cik tom sukakan juga rasa side dish; Thai’s Popeye Tempura yang rangup dan garing cicah dengan kuah lemak berkrim. Untuk pencuci mulut, highly recommend Ka Num Tuay yang lemak manis rasanya. Minuman pula cik tom prefer Thai Green Tea berbanding Thai Tea yang rasanya biasa je.
Bagi cik tom rasa makanan di Boat Noodle ni memang sedap dan kena dengan selera cik tom. Padanlah selalu nampak orang beratur panjang untuk tunggu meja kosong di Boat Noodle ni. Kitorang pun time tu terpaksa tunggu hampir 15 minit jugak baru dapat meja. Alhamdulillah penantian kitorang berbaloi.
Seronok jugak tengok live pekerja Boat Noodle ni celup2 sediakan mihun sampan a.k.a Boat Noodle. Terus rasa lapar. hihi

Cik tom sukakan juga dekorasi restoran yang unik ibarat kita di lorong jalanan Thailand. Dekorasi dengan atap zink, kerusi dan meja kayu “reja” seperti gerai di tepi jalan di Malaysia. Dindingnya pun banyak berlatarkan bangunan dan lorong jalanan di Thailand. Kalau korang sukakan restoran yang eksklusif maybe takkan gemarkan Boat Noodle.
Instagram: Myboatnoodle Facebook : https://www.facebook.com/myboatnoodle/ Website : http://www.boatnoodle.com.my/
Sharing is caring
Pergghhh.. ini betul ternak lemak kaw2 nie
Jom baca entri terkini Amin Hakim …Sistem Gred Pemarkahan Terbaru Bagi UPSR PT3 SPM
padanlah orang order mee tu bermangkuk2. portion kecil. tapi kalau nak kurus ok ni
Jom baca entri terkini raihanah …Cara Vivix Bantu Rawat Kebas Akibat Diabetes
patutlah org order bermangkuk2 mee tu. tapi kalau control portion boleh buat kurus juga
Jom baca entri terkini raihanah …Cara Vivix Bantu Rawat Kebas Akibat Diabetes
enakk banget, sayangnya gak ada makanan itu di Indonesia
macam sedap je menu kat boat noodle ni.. boleh try nanti..
jemput singgah blogshop saya, intai2 shawl, blouse..
nampak sedai je menu kat boat noodle ni.. boleh try nanti..
jemput singgah blogshop saya, intai2 shawl, blouse..
Jom baca entri terkini cikpuanhady …INSTANT SHAWL PUA KUMBU LIMITED EDITION BY ESCARVES : DESIGN D
Aduh cik tom.
3 mangkok baru kenyang.
Sikit sangat ke satu msngkok.
Dia nak untung banyak tu.
perghh tiga.. memang championlah…
Jom baca entri terkini zik …Siarang Langsung Malaysia vs Vietnam piala suzuki 23/11/2016
Ramai yang dah berkongsi tentang Boat Noodle ini tetapi belym berpeluang untuk merasa lagi.
Jom baca entri terkini akubiomed …Guna kupon diskaun untuk potongan harga di Lazada.
Macam sedap juga makanan kat sini, boleh cuba nanti kalau ke KL
Jom baca entri terkini Khairul Zamri …Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif
bertambah sihat, tembam dan comel lah nanti. heee
Jom baca entri terkini Hairul HIssam …Skim Latihan Siswazah Menganggur Dgn BIsnes Makanan. Betul Ke Jual Putu Mayam Dgn FB Nie
wah wah wah cik tom, nampak sedap sekali hidangan boat noodle tu, terliur!!
Jom baca entri terkini siti hazreen …Cara Semak Harga Emas Public Gold
nampaknya sedap sekali ni bihunnnya sampai puan cik tom habiskan 3 mangkuk… hehehehe
Jom baca entri terkini Ahmad …Jasa Karikatur Murah
kalau boleh tau lokasinya dimana ni puan cik tom ??? mana tau saya ada jalan jalan kemalaysia, mau singgah sebentar……
kjuat makan hang rupanya eh..
Jom baca entri terkini titan …Sukan Bola Baling Bawah 10 Tahun.
Dahsaytnya. TInggi mangkuk tu bertingkat tingkat
.
Memang sedap benar agaknya tu
.
Haha
Jom baca entri terkini Keluarga Maznee …5 Tips Pemakanan Kawal Kencing Manis | VIVIX Shaklee