Berpiknik sambil menternak lemak di Foodgasmfest
Assalamualaikum dan Salam Sayang…. Cik tom rasa silap guna term “berpiknik” sebab rasanya dalam Bahasa Malaysia berkelah. Picnic adalah perkataan dari Bahasa Inggeris. Sorry pada cikgu-cikgu tapi cik tom nak guna term yang kedengaran agak catchy. hehe.. Okay pada 1 November 2015 iaitu dua hari yang lepas cik tom sempat la pergi ke festival makan-makan sambil menternak lemak dengan picnic concept Foodgasmfest di Dataran Petaling Jaya.
Cik tom pun last minute juga pergi atas ajakan untuk temankan kawan cik tom, Shida. Kat sini terdapat lebih dari 100 buah gerai yang menjual pelbagai jenis makanan yang minuman yang rare dan urban style. Kira agak susah la kalau korang nak cari makanan dan minuman ini kat kedai atau restoran biasa.
Semuanya dah okay tapi sayang oleh sebab hujan yang lebat sehari sebelum festival tu menyebabkan padangnya berlecak dan berlumpur. Ada yang berkaki ayam dan siap sarung plastik sebagai pengganti kasut. Memang style la. haha…
Yang seronok rasai pengalaman beli makanan di food truck yang comel dengan pelbagai decoration untuk menarik pengunjung singgah ke food truck masing-masing. Makanan yang disediakan pun memang cepat dan presentation menarik.
First makanan yang kitorang beli ialah di Foodtruck sebab nak rasai sendiri best tak makanannya? Tengok promotion memang habis-habisan. Shida beli spaghetti Chicken Mushroom Mornay di Little Fat Duck dengan harga RM9. Rasanya? Kurang memuaskan dengan sos spaghetti yang sedikit. Dalam sos tu just ada mushroom je. Kat bawah gambar spaghettinya dan Spicy Fried Squid. Sotong goreng pedas tu harga RM15, lupa pulak nama gerainya. hehe.. Rasa sotong goreng ni pun biasa je macam sotong celup tepung kat ICT Terengganu.
Kitorang bertolak pukul 7 pagi dari Pahang. Just breakfast roti dan sebiji pisang dalam kereta. Memang kelaparan sangat waktu sampai Foodgasmfest.
Supreme Beef Nanchos with Cheese Sauce yang cik tom beli di Teazer memang ohsem! Rasanya memang sedap dan berbaloi. Harga nanchos ni RM12. Gambar nanchos yang shida pegang dalam gambar di atas.
Dah banyak beli makanan. Kitorang pun bergerak ke picnic area dan setting tikar untuk berpiknik dan bermulalah misi menternak lemak kitorang. hahaha…
Ada banyak kawasan untuk berpiknik. Kitorang pilih kawasan yang atas bukit berhampiran dengan jalanraya sebab rumputnya kering berbanding rumput di kawasan padang yang lembap.
Sambil berpiknik tu korang boleh dengar live band. Siapa yang nyanyi? Maaf cik tom pun tak sure. Malas pulak nak google.
Ada pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual. Kebanyakannya makanan barat atau western food. Antara makanan yang ada ice cream roll, burger, pasta, spaghetti, oyster grill, kambing grill, dimsum, pisang goreng cheese, murtabak raja, air buah-buahan dan banyak lagi!
Dah habis first round makan, kitorang pergi untuk second round dengan dessert Ice Cream Roll. Nak beli kena tunggu order siap dalam 30 minit. Kitorang sanggup tunggu sebab nak rasa aiskrim gulung ni macam mana rasanya. Sedap ke tak?
Rasanya lebih 30 minit. Tapi takpelah akhirnya penantian ni berbaloi dapat juga merasa ice cream roll yang memang sedap! Ice creamnya memang lembut dan terasa creamy & sweet sangat. Aiskrim ni memang live kitorang tengok buat depan mata. Nanti ada masa entri akan datang cik tom kongsikan gambar macam mana diorang buat aiskrim gulung ni. Harga ice cream roll RM10.
Dalam banyak2 gerai yang terdapat di Foodgasmfest ni, The Tokyo Burger ialah antara yang paling famous siap ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata nak beli mini burger. Harga mini burger ni RM3. Cik tom beratur hampir sejam. Siap give up dah tak nak tunggu turn tapi Shida cakap dah alang2 tunggu tu biar sampai dapat.
Inilah rupanya mini burger dari The Tokyo Burger. Alhamdulillah rasanya memang sedap! Bunnya rasa agak sedikit manis dengan sos special yang sedap. Daging burgernya pun lembut. Nak makan pun mudah dengan bite size. Berbaloi la cik tom beratur panjang. Nasihat cik tom pada owner/staff gerai ni sila improve teknik korang buat burger supaya lebih pantas. Cik tom tengok slow motion sangat yang buat burger tue. Jangan marah. 🙂
Sebenarnya banyak lagi cik tom nak cuba makan. Tapi kebanyakan portion yang diorang jual agak banyak dan cik tom datang berdua je. Tak habiskan rugi. Jadi kitorang cepat kenyang. Perut full macam mana nak cuba makanan lain kan? Tue tak termasuk lagi dengan kena beratur panjang berjam dan padang yang berlecak. huk3..
Antara wishlist tak sempat nak makan ialah pisang goreng perasa Cinnamon sugar & Salted Caramel di The Pisang Cheese. Air buah blend di LetoKrush dan aiskrim kelapa di Sangkaya.
Paling kesian Shida siap beratur panjang untuk beli ice blend Savanah di LetoKrush ni. Kitorang siap datang 3 kali ke gerai ni untuk beli. Kali pertama dalam pukul 10 lebih tak dapat bukak lagi ais tak sampai lagi. Kali kedua pergi dalam tengahari ais dah habis dan kitorang preorder bila ais sampai. Pukul 2 lebih pergi kali ketiga Shida sanggup nak beratur. Cik tom give up dan tunggu kat khemah je. Tup2 bila 3 orang lagi nak turn Shida ni staff bagitau gerai tutup break time. Like seriously?
Kitorang beli Green Milk Tea dan juga Lemon Tea di Drinka. Memang dua-dua superb rasanya. Lemon Tea cik tom punya tu memang terasa sangat lemon yang betul2 guna buah lemon bukan perasa kordial. Green milk tea pun sedap. Rasa teh hijaunya wangi dan susunya berkrim. Harga airnya RM5.
Last before kitorang balik Shida beli baby pineapple ada 6 biji sekali dengan pencicahnya harga RM18. Rasanya pun sedap dan manis sangat. Pencicah nanas kecik ni diperbuat dari gula, garam dan cili kering. Tak payah cicah pun takpe. Sedap makan macam tu je.
Dalam pukul 3.30 petang, kitorang bergerak pulang ke Pahang. Overall trip menternak lemak ni memang cik tom enjoy dan berpuas hati. Maybe untuk next time pihak penganjur kena ada backup plan B incase jadi hujan dan berlecak padang ialah Malaysia ni kan dah tau2 jelah cuacanya akhir tahun ialah musim monsun. Tahniah kepada penganjur dan teruskan event ni untuk tahun2 akan datang.
Sharing is caring
Lama betul ciktom x online, ingat dah berenti dah. saya blogger (myrujukan.com). Saya sampai terfikir nak beli blog ciktom kalau sudi, hehhee
ciktom ingat je ni wan yg dulu owner blog wanwidget tu kan..hehe…
hahaha masuk ni bro dah orang ke 3 bagitau nak beli blog ciktom.. 😉
kalau nak jual, habaq mai saya ok.. heheh
ni memang betul-betul event menternak lemak ni.hahha
Jom baca entri terkini musadun …Harga Baru Tambang KTM Komuter Bermula November 2015
makan nonstop dari pagi sampai petang..haha
Best dapat pergi foodgasmfest. Teringin nak pergi.
BBQ Squid dan Ice Cream Roll tu macam best sangat … Terliur pulak.
p/s: Lama Cik Tom tak muncul, sekali ….sweet sangat sis tengok 🙂
BBQ squid tu ciktom xrasa plk..tp tgk warna mmg menarik..ice cream roll tu xsilap kawan ciktom gtau popular di pinang…sorry buat sis Dja terliur pulak..haha sweet tang mana la..
aduh cam mana rakyat malaysia tarak “comel” bangat heeee
Jom baca entri terkini suri …Petua Meredakan Buah Dada Bengkak Dan Mengeras Semasa Selepas Berpantang
suri la rakyat malaysia yang comel..ibu anak dua tapi awet muda gitu..
cik tom pi tak ajak nak kena ni yer..nampak macam best sahaja..
Jom baca entri terkini suri …Borong Kain Mudah Tutorial Jahit Baju Kurung, Baju Melayu Seluar Dan Jubah
sorry suri..cik tom pergi ni pun atas jemputan last minute..kalau tak confirm dah ajak..hehe
tak pergi sebab tak ada jemputan ke sana 😛
haha dengar kata ‘kureng’ foodgasm fest ni
kureng sebab berlecak kot..yang lain overall cik tom rasa boleh la..
pikniknya ayik banget kelihatnya cik.
memang seronok makan2 sambil berpiknik ni..
sedap-sedap tu, mestilah menternak lemak
Jom baca entri terkini Raihanah Ahmad …Ibu Berpantang Menderita Luka Bersalin Masih Sakit
memang banyak lemak berjaya diternak kat sini sis..bahaya kalau selalu camni..hehe
ramai yang marah benda nieh…
sebab padang becak..uhuhu
aah padang becak teruk sangat…sampai ada yang terlucut selipar entah kemana..tuan entah ke mana..huhu
Mahu makan tak ingat dunia. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Rahsia Domino DTopSecret sudah terbongkar
memang makan semahunya..tak baik sungguh..esok terus insaf detox perut dengan air lemon dan puasa..hehe
Amboi.. Please lah jangan nak piknik sangat … kita dah kematu duk dalam umah. hehhee
menternak lemak aje yek.
amboi…
Jom baca entri terkini titan …Jobdirumah Payment – Kali ke 383 hingga 401