Dah Daftar Haji ke Belum?
Assalamualaikum dan Salam Sayang… Korang semua dah daftar haji belum? Atau maybe dah pernah pergi menunaikan haji sebelum ni? Cik tom masih menunggu giliran nak pergi buat haji. Nak ceritakan pengalaman cik tom mendaftar haji ni ialah waktu cik tom masih belajar di UiTM Shah Alam pada tahun 2009.
Masa tu cik tom masuk ke library untuk study kat sana sebab sejuk. Kat luar panas sementara nak tunggu kelas seterusnya waktu petang pulak. Masa masuk pintu library tuelah salah seorang staff Tabung Haji menegur cik tom untuk membuka akaun tabung haji jika masih belum ada lagi.
Staff: Adik dah buka akaun tabung haji? Kalau belum boleh buat kat sini dik.
Cik Tom: Ohh saya dah ada. Takpelah.
Staff: Baguslah dah ada akaun. Kalau camtu adik dah daftar haji ke belum?
Cik Tom: Erkk belum.
Staff: Haa eloklah adik mendaftar nama adik untuk pergi haji dari sekarang.
Cik Tom: Ehh takpelah saya lambat lagi kot nak pergi haji. Nanti nak pergi haji saya daftar.
Staff: Tak semestinya baru nak pergi haji nak kena mendaftar dik. Lagi baik mendaftar skang. Kalau adik mendaftar skang pun tak sure lagi tahun bila yang adik dapat turn nak pergi haji. Sambil2 tu adik boleh kumpul duit untuk tunggu turn adik pergi haji.
Cik Tom: Oh ye ke? Ok kalau camtu macam mana prosedur nak mendaftar tabung haji? Saya tak bawak buku bank.
Staff: Syarat utama nak daftar haji kena ada duit sekurang-kurangnya RM1,300 dalam akaun tabung haji. Nanti kalau adik dah mendaftar tak boleh keluarkan duit minimun ni. Kalau cukup amaunnya, adik bagi je kad pengenalan adik nanti saya akan register.
Cik Tom: Alhamdulillah cukup. Ni kad pengenalan…bla..bla..bla..
Lepas je cik tom daftar haji tu sekali cik tom tengok tahun peruntukan yang cik tom dapat 2027. Tarikh cik tom daftar haji 13/10/2009. Agak-agaknya kalau cik tom baru mendaftar haji sekarang dapat tahun dan umur berapa ek?? Huhu…
Dah la kat situ ada catatan yang tahun peruntukan hanya sebagai panduan dan keutamaan masih kepada yang berumur 75 tahun ke atas.
So, korang dah mendaftar haji belum? Kalau belum cepat2 cukupkan duit minimun simpanan tabung haji korang dan pergi mendaftar di kaunter tabung haji dengan bawak buku tabung haji dan juga IC.
Ada yang bertanyakan cik tom kena bayar zakat simpanan tak kalau menyimpan dalam tabung haji? Sebabnya dalam 7 kelebihan menyimpan di tabung haji, hanya menyatakan pihak tabung haji hanya bayar zakat simpanan. Untuk pemahaman yang lebih lanjut bagus korang baca penerangan dalam artikel Pakdi>> Adakah Kita Wajib Bayar Zakat Simpanan Tabung Haji?
Sharing is caring
xdftr pun lg.. enth tahun bila lah skrg ni kan..
Jom baca entri terkini seraa …Chicken chop @ Tooplates
nanti berkesempatan seraa daftar awal2..senang di kemudiaan hari.
dah daftar dah cik tom..mudah je sekarang ni..tak payah susah2 pi daftar kat tabung haji,
**
gambar bawah tu dari google analytic.cik tom boleh download kat play store.tpi kena daftar google analytic dulu la..masuk kan id code dia kat blog..ada tutorial banyak..
Jom baca entri terkini diana …SAYA SAMBUT BIRTHDAY ANAK SAYA – QUE HAIDAR
tahun peruntukan haji yang akak dapat bila?? kot2 sama tahun dengan cik tom ke..hehe..
**
oh google analytic…tengok interface macam lain je…ingatkan stat dari statistik lain..thanks akak..
Saya dah daftar masa sekolah dulu tapi sekarang dah lama tak menabung.
Jom baca entri terkini Top Seo Friendly …Pengalaman Bersama ONEXOX
Jangan lupa menabung dalam tabung haji..banyak faedahnya..
kena ada minima rm1300 kan, saya baru je daftar, rasanya kurang 5 tahun baru.
Jom baca entri terkini Raihanah Ahmad …Ibu Banyak Berleter Bantu Kejayaan Anak
yup syarat utama daftar haji kena ada dalam akaun minimun rm1300..
memang kena daftar awal kan..kalau ikut yang TH bagi tu memang lambaaat lagi turn sampai. apapun sama2 kita doa moga Allah percepatkan giliran dan memudahkan urusan kita, insyaAllah.. 🙂
Jom baca entri terkini Oja Samid …Penyakit Mental Bukan Bermakna Gila
dah daftar haji dah dengan bini.
memang target pegi dengan bini nanti.
hoho..
Jom baca entri terkini titan …Hadiah hari jadi TERBAIK untuk bini tercinta.
indah kalau dapat pergi mau sama pergi jugalah nanti
Jom baca entri terkini suri …Azab Pengalaman Dan Penawar Gigi Geraham a.k.a Gigi Bongsu Semasa Kehamilan Berpantang
insyaAllah suri..mana tau nati turn kita sama2 pergi tunai haji..aminn
Alhamdulillah saya dah daftar haji tahun lepas. Dapat 2034. Salam kenal dari indonesia.