Cara Bayar Saman Parking MBMB online

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua yang sudi singgah ke blog cik tom. Sebenarnya cik tom baru teringat mengenai surat saman parking yang selamat sampai ke rumah cik tom 2 minggu lepas selepas terbaca entri abg jay; Cara Bayar Saman Parking MBSA Online. Saman parking yang dikenakan ialah pada bulan april 2014 ketika cik tom pergi bercuti ke Melaka. Saman ini dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Sebenarnya cik tom sendiri tak tahu yang kereta cik tom kena saman semasa parking di Melaka sebab cik tom takde dapat notis kompaun tersebut. Maybe notis kompaun terbang kena tiup angin kot. hehe… Ini merupakan saman pertama kali dalam hidup cik tom semenjak bergelar driver.

Kalau korang nak tahu ada saman ke tak semasa ke Melaka boleh check di website>> Semakan Kompaun dalam Talian. Kemudian pilih untuk jenis carian. Macam cik tom pilih carian dari “No. Kenderaan” dan isikan maklumat carian iaitu no. plat kereta cik tom. Kalau ada saman dengan MBSB akan keluar senarainya seperti dibawah.

Senarai saman di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Senarai saman cik tom selepas check di website MBMB

Kalau nak bayar korang just klik pada nombor kompaun dibawah listNo.Kompaun” korang untuk details saman kat mana dan pada tarikh bila dikenakan saman serta berapa jumlah bayaran saman yang perlu dibayar. Klik pada icon FPX di sebelah amaun perlu dibayar.

Details jumlah bayaran saman
Details jumlah bayaran saman

Lepas dah setuju dengan syarat-syaratnya tadi akan keluar untuk pengesahan korang setuju tak nak buat bayaran saman tu secara online dan sila check betul tak segala butiran yang ditunjukkan. Kalau setuju terus je klik pada button “Bayar“.

Pengesahan bayaran saman parking MBMB melalu FPX
Pengesahan bayaran saman parking MBMB melalu FPX

Seterusnya akan keluar senarai jenis bayaran secara online yang perlu dipilih. Macam cik tom tick pada maybank2u.com and then klik buttonAgree and Continue“. Optional tapi bagus korang isi email ni sebab nanti diorang akan hantar inform once bayaran saman berjaya diterima oleh MBMB.

Senarai jenis bayaran saman MBMB secara online
Senarai jenis bayaran saman MBMB secara online

Kemudian akan keluar satu popup untuk login maybank2u (bergantung pada jenis online banking yang korang pilih). Jangan risau sistem FPX ini under security so boleh je login online banking korang.

Popup untuk login online banking
Popup untuk login online banking

Dah login, akan keluar bil bayaran korang dan terus je klik button “Continue“.

Details FPX Payment
Details FPX Payment

Then, request TAC dari online banking korang. Dah terima SMS TAC dari handphone, masukkan je nombor TAC dan klik button “Confirm“.

Request TAC dari online banking
Request TAC dari online bankingOnce dah

Once dah berjaya bayar simpanlah copy receipt atau save softcopy dalam hp atau laptop sebagai backup kemudian hari.

Berjaya bayar saman MBMB berjumlah RM50 T_T
Berjaya bayar saman MBMB berjumlah RM50 (T_T)

Kalau korang isi email pada step dalam gambar nombor tiga (3), korang akan dapat email notification maklumkan bayaran saman dah berjaya terima dari MBMB. Cik tom malas nak bukak email cari dan screenshot. hehe..

Melayang RM50 dengan MBMB. Cik tom parking kereta kat situ tak letak kupon parking kereta sebab ingatkan itu parking rezab hotel yang cik tom sewa. Tak pasal2 kena kompaun dengan MBMB. Kalau tak sampai surat saman ni sampai ke sudah cik tom tak tahu.

Sistem bayaran online ni bagus memudahkan korang tak perlu la nak ke Melaka semata-mata nak bayar saman, atau pergi ke pejabat pos untuk buat wang kiriman pos. Mudah hanya di hujung jari je. Jimat tenaga, masa dan duit.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

15 thoughts on “Cara Bayar Saman Parking MBMB online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!