Resepi Agar-agar Telur Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Resepi kali ni ialah hasil tangan kakak ipar cik tom. Cik tom tolong potong je. Hehe… Asalnya Kak Long nak buat agar-agar santan. Tapi santan sediaada kat umah kitaorang tak cukup. Jadi dia amik keputusan buat agar-agar telur yang lebih kurang rupanya macam agar-agar santan kalau dah sejuk. Kak Long memang suka memasak dan rajin mencuba resepi baru. Cik tom paling suka masakan mee bandung air tangan Kak Long. Memang the best! Nak amik resepi mee bandung dia tapi asyik lupa je.

Resepi Agar-agar Telur Mudah dan Sedap
Resepi Agar-agar Telur Mudah dan Sedap

Agar-agar telur kali ni color hijau. Tapi tak kisah korang boleh warnakan mengikut kreativiti. Nak colourful pun boleh.hehe…

Bahan-bahan Bagi Resepi  Agar-Agar Telur;

30 gram agar-agar tali (cik tom guna cap layang2)
8 gelas air (cik tom guna gelas kaca saiz standard orang  pakai)
3 biji telur + 1 ½ gelas susu pekat (diblend)
2 sudu kecil esen vanilla
Pewarna hijau *mengikut warna kesukaan anda

Cara-cara Masakan Resepi  Agar-Agar Telur;

  1. Masukkan air dan agar-agar tali ke dalam periuk dan biarkan agar2 cair dan mendidih.
  2. Selepas mendidih, perlahankan api dan masukkan bahan yang telah di blend (susu+telur) dan kacau perlahan-lahan.
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan juga sedikit pewarna. Gaul sebati.
  4. Tutup api dan tuangkan adunan agar-agar ke dalam loyang.
  5. Biarkan agar-agar sejuk di luar seketika sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2-3 jam.
  7. Siap untuk dipotong dan makan!

Susah ke? Mudah je kan nak masak agar-agar telur. Yang tinggal rajin atau tak je nak cuba resepi cik tom kongsikan kali ni. Bagus untuk disediakan waktu majlis keraian sebab penyediaannya mudah dan cepat.

Selamat mencuba resepi agar-agar telur mudah dan sedap!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

14 thoughts on “Resepi Agar-agar Telur Mudah dan Sedap

    • November 2, 2015 at 10:07 am
      Permalink

      ni bukan ciktom buat ..kak ipar yang buat..hehe

      Reply
    • November 2, 2015 at 9:42 am
      Permalink

      sebab tu kena masukkan esen vanilla. esen ni fungsinya untuk menghilangkan bau hanyir pada telur. jadi agar-agar telur takde bau hanyir malahan wangi tau. hehe

      Reply
  • November 2, 2015 at 8:43 am
    Permalink

    Terima kasih..sy bagi wife resepi agar telur ciktom.

    Reply
    • November 2, 2015 at 9:40 am
      Permalink

      sama-sama.. selamat mencuba dan mjamu selera 🙂

      Reply
    • November 3, 2015 at 10:35 am
      Permalink

      cik tom selalu camtu..buat banyak2 then potong siap simpan dalam peti..nak makan senang amik je..

      Reply
  • November 2, 2015 at 8:22 pm
    Permalink

    Bagus Juga resepnya sist… boleh tak coba nih… heheh

    Reply
  • November 3, 2015 at 3:14 pm
    Permalink

    Ciktom sudi x jadi blogger di blog saya. Tulis pasal resepi macam ni.. 🙂

    Reply
    • November 5, 2015 at 11:45 am
      Permalink

      huh? blog sendiri pun dah liat nak update..blog orang lain lagi la..nak tulis resepi tu dah ada resepinya ke?hehe

      Reply
    • December 5, 2015 at 10:47 pm
      Permalink

      takpela kak yong nak manja2 dgn bonda tu kot..hhehe
      mmg ikut mudah je nak buatnya..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!