Rahsia Dimurahkan Rezeki Percuma Jubah Selama Setahun

Assalamualaikum dan salam mesra… Pada akhir tahun lepas cik tom ada berjalan ke rumah adik di Kuala Lumpur hantarkan adik cik tom yang bongsu, ika. Ika nak pergi habiskan cuti sekolah kat sana. Kebetulan masa ke sana pulak tengah berjalannya KLYESFEST di PWTC.

Kitorang pergi ke sana pun last minute memang takde perancangan awal. Asalnya pergi makan Boat Noodle di Sunway Putra Mall. Dah alang-alang dekat dengan PWTC kan. Adik cik tom, miss yaty pun ajak kitorang shopping ke KLYESFEST.

makan-makan di boat noodles sunway putra mall

Time kitorang pergi tu dah pukul 10 malam macam tu. Memang dah lewat. Dah la bawak baby. Nasib baik darwisy budak baik. Tak meragam sepanjang berjalan kat sana. Suasana memang lengang je sebab dah malam jadi dah tak ramai orang. Nak berjalan cuci mata pun senang. Cuma rimas sikit part promosi semua nak tambat hati masuk kedai diorang dengan pelbagai tawaran harga menarik.

Nasib baik hati cik tom tak tergugat dengan godaan2 diorang. Hehe.. Harga memang kaw-kaw terbaik lagi nak dekat pukul 12 malam tu berlambak buat happy hours. Tengok harga bagi tu memang nak nangis. Cuma tak banyak pilihan warna dan saiz yang tinggal la bila dah lewat malam ni.

Tahan nafsu shopping.. cuci mata je laa....

Yaty ada belanja cik tom satu jubah #sucibyyatthamzah dari retis Yatt Hamzah tu waktu happy hour RM99 je dari harga biasa RM179. Cuma sayang warna yang cik tom berkenan untuk saiz cik tom takde. So main ambil je apa warna pilihan yang ada. Sempat jugak kitorang bergambar dengan Yatt Hamzah. Yang kelakor mulut Yatt Hamzah tu asyik potpet sepanjang masa. Tengok pekerja dia pulak diam je. Memang  terlajak friendly orangnya.

Then, Yaty ni ada la beli 2 helai blouse BF friendly kat satu booth @busanasignature. Cik tom lupa berapa total tapi lebih la RM100 untuk satu resit dan secara automatik layak untuk peraduan Belanja dan Menang Jubah Percuma Selama Setahun! Isi borang penyertaan tu pun takde mengharap menang apa.

pertandingan Percuma Jubah Selama Setahun

 

Tup-tup pada malam new year tu Yaty terima whatsapp dari owner Busana Signature maklumkan Yaty ialah pemenang bertuah tersebut. Memang seronok sakan. Rezeki dari Allah untuk permulaan tahun 2016. Yaty akan terima 1 jubah setiap bulan selama setahun sepanjang 2016. Jubah tu boleh pilih mana-mana berkenan di hati dalam koleksi Busana Signature. Yang bulan Januari dah dapat. Memang design simple dan nampak eksklusif.

keputusan pemenang Percuma Jubah Selama Setahun

 

Emm betul ke bila seseorang tu menang atau selalu bertuah dalam satu pertandingan sebab utamanya dia memang bertuah???

Selalu orang akan cakap; Ala ko masuk apa-apa pertandingan mesti menang je. Ko ni memang bertuah la. Untung la badan tak macam aku. Bla..bla..

Cik tom tau antara penyebabnya Yaty dimurahkan rezeki dengan menang peraduan ini ialah dia tak lokek untuk belanja kitorang adik-beradik sepanjang kat sana. Sebelum ke KLYESTFEST tu pun dia belanja kitorang makan di Boat Noodle. Memang pemurah orangnya.

Jadi pintu rezeki tu lagi mudah terbuka kalau kita mudah jugak memberi atau bersedekah kepada orang lain seperti emak ayah, keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan golongan yang memerlukan.

Rahsia Dimurahkan Rezeki

Kalau difikir-fikirkan pulangan yang Yaty keluarkan untuk berbelanja tu Allah dah lipat gandakan berkali-kali ganda lagi sehingga dimurahkan rezeki selama 12 bulan.

Jadi kita sebagai manusia janganlah terlampau berkira untuk bersedekah walaupun seringgit. Insha Allah akan ada pulangannya akan datang yang kita tak sedari.

Nak tahu banyak lagi cara nak buka pintu rezeki ni? Korang boleh jugak baca lanjut–> Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

14 thoughts on “Rahsia Dimurahkan Rezeki Percuma Jubah Selama Setahun

  • February 27, 2016 at 2:32 pm
    Permalink

    haaa, bila cik tom nak belanja DT ni…????
    hehehe.
    seronok la ika mai kl..
    nanti mai KL roger la DT,
    bole la kita hangout.
    Jom baca entri terkini Datin Tyka …Kelebihan Surah Al-KahfiMy Profile

    Reply
    • February 27, 2016 at 9:31 pm
      Permalink

      hehe…inshaAllah nanti cik tom pi kL roger DT…aik kalau dah ke sana DT kena belanja ciktom..kalau DT dtg tganu ciktom belanja…hehe

      Reply
    • February 28, 2016 at 11:53 am
      Permalink

      terima kasih…mungkin boleh improve cara komen utk elakkan di cop sebagai spam.. 😉

      Reply
        • March 1, 2016 at 2:50 pm
          Permalink

          saling nasihat menasihati..ciktom pun banyak kekurangan jugak..kalau ada mana kurang tue tegur la ye akk..

    • March 1, 2016 at 4:23 pm
      Permalink

      jadi sentiasa la kita amalkan sikap suka memberi..insha Allah lebih berkat 🙂

      Reply
  • March 1, 2016 at 11:29 am
    Permalink

    bestnya kan ciktom , akk ni verangan nak tukar imej nak pakai jubah jek .. sebulan nak beli satu konon2 tp tak terbeli pun .. bertuah kawan tu sbb dpt 1 setiap bulan free … jimat banyak mana dah tu .. lagi blh elaram tiap2 bulan ..rezeki tak pandang siapa … Allah nak bagi dia bagi jek kannn ..
    Jom baca entri terkini puanbee …Harga minyak 1 Mac 2016 turunMy Profile

    Reply
    • March 1, 2016 at 3:56 pm
      Permalink

      Cik tom pun takdelah berimej jubah pun akak..hehe..inshaAllah dah ada niat tu..semoga dipermudahkan satu hari nanti..ameen… yupe betul tu akak, Allah bagi rezeki pada semua umatNYA dalam bentuk berlainan..kita kena la berusaha jugak ke arahnya..hee

      Reply
  • March 1, 2016 at 10:31 pm
    Permalink

    saya ada sehelai je jubah, bukan seorang pemakai jubah sejati :). Menarik juga tawaran dari busanasignature ni ya. Mana tahu ciktom menang kan 🙂
    Jom baca entri terkini kimmie …e-Filling Income Tax 2016My Profile

    Reply
    • March 3, 2016 at 9:04 pm
      Permalink

      hehee…entri ni nak maklum yang adik ciktom dah menang contestnya dear..ciktom tak join pun..

      Reply
    • March 3, 2016 at 7:19 pm
      Permalink

      haha…tue adik cik tom dah menang..
      memang gembira sakan la..dapat jubah setiap bulan sepanjang tahun 2016 ni..
      alhamdulillah..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!