Dari Kuala Pilah, N9 ke Jengka, Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sayang…. Macam biasa perangai lama m**** nak update blog masih belum hilang. Huk3.. Ramai dah tertanya-tanya bila ni cik tom nak update blog? Asyik update entry iklan je. Hehe…

Hmm… identiti disebalik nama blogger cik tom yang selama ini cik tom cuba sembunyikan nampaknya bukan satu lagi rahsia semenjak dari event jomniaga yang lepas. Lebih-lebih lagi bila keluar gambar cik tom terima award kat paper Metro. Students pulak bijak men”google” terus jumpa blog miss diorang. haha.. Takpe welcome new stalker. 🙂

Bagi rusa makan di Deerland, Pahang
Bagi rusa makan di Deerland, Pahang

Sori ye mood nak menaip tue takde walaupun idea berlambak yang datang… Entry dalam draft wp pun dah 40++ tak fully siap taip lagi. Tue tak masuk lagi draft tajuk dalam buku blogging cik tom. Hehe.. Cik tom akan tetap publish semua entry tue walaupun dah lapuk macam kisah event Jomniaga. Cuma masa yang menentukan bila. 😉

Riang Ria Raya 2013 di Kuala Pilah
Riang Ria Raya Ogos 2013 di Kuala Pilah

Bermula pada bulan Jun yang lepas, cik tom dah bertukar tempat kerja dari UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke UiTM Jengka, Pahang. Dalam pejam celik, tak sangka dah hampir 3 bulan cik tom bekerja di UiTM Jengka. Tempat yang pernah jadi kenangan pahit manis selama 3 tahun cik tom belajar diploma sains suatu ketika dulu. Rasa tak percaya pun ada. Right now i am here as lecturer not a student. Banyak perubahan baru kat bandar Jengka ni dan alhamdulillah makin upgrade dari dulu.

Student Pra-Sains UiTM Jengka
Student Pra-Sains UiTM Jengka

Perasaan di tempat baru?? Sudah semestinya ada pro and cons. Ada part yang gembira dan sedih. Overall, alhamdulillah ofismate dan student ok. Cerita serta pengalaman tempat baru cik tom akan cuba kongsikan dalam entry lain.

Yang pasti cik tom akan merindui segala kenangan, tempat, students dan ofismate di Kuala Pilah especially siti, zati, noli, zira, aida, izzah, puteri & hajah. Miss u all!!

Last Day Lab Kimia
Last Day Lab Kimia Student Diploma Perladangan

Banyak kenangan selama 2 tahun cik tom bekerja di UiTM Kuala Pilah yang tak terungkap dalam bentuk kata-kata. Kepada student kat sana, miss minta maaf sangat tak sempat nak inform awal yang miss bertukar ke UiTM Jengka. Thanks pada korang yang tercari-cari miss kat sana dan pada yang rajin contact miss. Miss sentiasa doakan yang terbaik buat korang. Buat yang terbaik dalam final exam akan datang ye.

Student Diploma Sains UiTM N9
Student Diploma Sains UiTM N9

Untuk blogger yang tertanya bila cik tom nak update blog, ok ni cik tom dah update blog. For my sis ika comel, ni kak tiah dah update blog.. for my sweet roomates jaa, syida & zati, ni cik tom dah update blog. For my cute ofismate, tirah.. ok ni akak dah update blog. Lastly for my luvly student, miss dah update blog ye. Hehe…

gajah di kuala gandah, pahang
Tengok Gajah di Kuala Gandah, Pahang

ps: next entry dah set autopublish senarai pemenang untuk simple giveaways di facebook cik tom.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

26 thoughts on “Dari Kuala Pilah, N9 ke Jengka, Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!