Emas Perhiasan Sebagai Simpanan Masa Depan Bukan Pelaburan Emas
Pelaburan emas adalah bagus dengan membeli emas dan menyimpannya bagi satu tempoh masa sehingga dijual apabila harga emas naik (menguntungkan). Ramai yang berpendapat mengatakan jongkong emas dan dinar emas atau sebarang bentuk emas bukan emas perhiasan lebih sesuai untuk dijadikan pelaburan emas.
Manakala emas perhiasan ini bagus untuk dijadikan medium menyimpan lebihan aliran tunai (wang kertas) kepada bentuk emas perhiasan. Tapi bukan semua aliran tunai ditukarkan kepada emas perhiasan hanya separuh atau 1/4 sahaja daripadanya. Selebihnya masih disimpan dalam bentuk aliran tunai di bank kerana segala urusan jual beli di Malaysia masih menggunakan wang kertas.

1. Pelaburan Emas melalui Emas Perhiasan?
2. Kelebihan Emas Perhiasan
3. Kekurangan Emas Perhiasan
4. Kenapa Nak Menyimpan Emas Perhiasan?
Pelaburan Emas melalui Emas Perhiasan?
Pelaburan emas melalui barang kemas. “Adakah barang kemas pelaburan emas yang menguntungkan?” “Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 15-30%).-jutawanemas
Maksudnya boleh je nak melabur dengan emas perhiasan atau barang kemas kalau pandai dan kena caranya tapi jangka masa lebih panjang untuk untung berbanding jongkong emas. Oleh sebab itu, cik tom rasa emas perhiasan ini lebih sesuai untuk jadi simpanan jangka masa panjang berbanding sebagai pelaburan emas.
Kelebihan Emas Perhiasan
Antara senarai kelebihan membeli dan memiliki emas perhiasan:
1. Emas perhiasan cantik dan boleh dipakai hanya untuk golongan wanita sahaja bagi umat Islam.
2. Kelebihan dari segi zakat emas. Zakat untuk emas jongkong/ dinar emas akan dikenakan jika melebihi 85 gram manakala emas perhiasan yang dipakai dikenakan jika melebihi 850 gram (untuk maklumat lanjut mengenai zakat: Hukum Zakat Emas dari Perspektif Islam).
3. Emas perhiasan mudah dipajak dimana-mana berbanding jongkong emas yang hanya boleh digadai di pajak gadai yang terpilih sahaja. Emas perhiasan boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera atau pusingan modal.
4. Emas perhiasan boleh dijadikan sebagai harta warisan kepada anak cucu dan seterusnya. Macam nenek cik tom sendiri hadiahkan emas perhiasan kepada cik tom.
5. Emas perhiasan boleh memberikan keuntungan bila dijual semula apabila harga emas meningkat naik. Sebagaimana yang kita tahu harga emas sentiasa ada turun dan naiknya tapi untuk beberapa tahun lagi memang akan naik harganya berbanding sekarang.
Kekurangan Emas Perhiasan
Antara senarai kekurangan membeli dan memiliki emas perhiasan:
1. Harga emas perhiasan mahal jika beli di kedai emas yang mengikut harga ditetapkan dari FGJAM. Terdapat kedai emas yang menjual emas harga lagi murah dari harga ditetapkan oleh FGJAM. Contohnya kedai emas di kawasan Kuala Pilah yang tidak mengikut harga persatuan emas.
2. Terdapat kos upah tukang. Upah ini bergantung kepada jenis design sesebuah barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka semakin tinggi upahnya.
3. Susut nilai emas perhiasan jauh lebih tinggi berbanding jongkong emas (antara 20% sehingga 30%).
4. Emas perhiasan boleh rosak seperti putus, patah, bengkok dan kemek kerana emas perhiasan yang dibeli jenis halus dan tidak padat. Sebaiknya beli emas perhiasan yang bersifat padat bukan kosong.
5. Emas perhiasan susah untuk digadai di Ar-Rahnu jika sekiranya emas yang dimiliki mempunyai batu permata sebabnya tidak boleh timbang dengan densimeter. Kita boleh rugi banyak jika menjual balik emas perhiasan yang ada banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas. Contoh cincin dengan hiasan batu permata. Apabila dijual balik emas perhiasan, kedai hanya mengambil nilai emas sahaja. Sebaiknya beli emas perhiasan tanpa batu permata.
Kenapa Nak Menyimpan Emas Perhiasan?
Kalau beli hari ini emas perhiasan dan esok dah nak jual memanglah harga akan susut banyak antara 20%-30%. Kita beli emas perhiasan bukannya nak jual terus, tapi kita beli untuk pakai dan simpan jangka masa yang panjang dan mungkin akan dijual atau gadai bila masa ia amat diperlukan sahaja. Contohnya long term goal cik tom, insyaAllah nak beli rumah bila berkemampuan dalam masa 10 tahun lagi. Mungkin segala emas perhiasan yang cik tom simpan sikit demi sedikit ini akan berguna masa akan datang untuk bayar deposit beli rumah. InsyaAllah..
Cik tom sendiri setakat ini dah ada koleksi satu utas rantai leher, tiga utas rantai tangan, dua biji loket, enam bentuk cincin pelbagai kualiti emas. Bukan semua barang kemas pakai sekaligus, pakai bergilir-gilir dan cincin pakai hari raya je. Jika bimbang akan keselamatan emas perhiasan, kita boleh simpan di peti simpanan bank. Cik tom bukan nak menunjuk tapi untuk golongan wanita diluar sana bolehlah menyimpan duit sikit demi sedikit untuk membeli emas perhiasan bagi menjamin masa depan kita juga.
Sumber: jutawanemas, hafidzjewel, hargaemas, carigold forum.
Sharing is caring
wah..agak2 berapa total $$??
aku baru ada 1 dinar~ huhu
total apa? ok la 1 dinar tue pun mahal..susut nilai pun rendah kalau nak jual balik..tapi skang harga emas jatuh..xsesuai untuk jual kalau beli untuk tambah bagus juga..
thanks utk info kadar zakat tu..
ada plan nak bukak akaun simpan emas start bulan depan.. sebulan beli 1 gram pun kire ok la kan utk pelaburan masa panjang…hehe..
sama2..xnak berblog balik dah ke?? boleh beli 1gram ke untuk akaun simpanan emas?rasa cam ada limit sekurang2nya 5 gram untuk beli emas akaun simpanan..hee..pe pun good luck!!sikit2 lama2 jadi bukit…
boleh.. 5gram kalau bukak akaun dgn CIMB.. maybank minimun 1gram je… hehehe
owh kalau camtu syarat maybank lagi senang..minimun 1gram..1gram sebulan dah ok..setahun 12 gram..
ix pn minat ngan mas ni, baru je bukak Maybank Gold Saving…murah skit dr emas perhiasan..laki lak takleh pakai emas kan…
tgk aritu:emas kedai perhiasan 1gram =rm200, maybank gold 1gram =rm165..hrga semasa.
membeli emas pada tulisan kertas/buku pelaburan (bukan fizikal) hukumnya haram.. kita tiada melihat fizikal emas..
betulkan saya jika saya silap..
ciktom pun ada baca artikel hukum haram kalau akaun pelaburan emas..
ramai rakan blogger yang buka akaun simpan emas ni..lelaki mmg xboleh pakai emas..heee
mmg belian emas akaun lagi murah..tapi kalau nak jual pun kena jual dengan maybank jugak kan?dan maybank beli pun dengan harga murah..bukan harga semasa macam kat luar..kalau nak keluarkan emas tue pun ada syarat berapa gram baru boleh keluarkan kalau tak silap cik tom…tapi oklah kumpul 1 gram sebulan..makin lama makin banyak…sikit2 lama2 jadi makin banyak emas..
Setiap pilihan sama jongking atau emas perhiasan ia ada kelebihan n kekurangan masing2.
Cnthnya,emas perhiasan ada risiko hilang,diragut or dicuri. Tp jonhkong atau simpanan melalu buku tidaak..
Apapun,tepuk dada tanya poket.
yup semua dalam dunia ini ada pro dan kontra..macam cik tom bagitau dalam entry ni kalau bimbang emas perhiasan dicuri boleh simpan dalam peti simpanan bank dan boleh keluarkan bila2 masa nak guna..jongkong pun ada risiko dicuri sebab tak semua yang melabur simpan di bank..ada yang simpan dirumah..tue memang berisiko tinggi kena curi..untuk akaun emas melalui buku pula ada sedikit was2 dari segi hukum halal atau haram; http://www.zaharuddin.net/index.php/www.tranungkite.net/www.tranungkite.net/mambots/editors/mostlyce/jscripts/tiny_mce/plugins/paste/index.php?option=com_content&task=view&id=764&Itemid=98
pehh..banyak emas nampaknya. hehe..
mana ada..sikit je baru kumpul..xcam titan duit berkepuk2..hee
kalaulah saya ada 1 jongkong emas..entah berapa saya dapat 10 tahun akan datang?
banyak…boleh mula dari sekarang melabur jongkong emas..
salam..
kalau kita beli emas perhiasan disamping
boleh di pakai..kita tak perlu bayar zakat emas..
kalau di simpan sahaja, rasanya kena bayar
zakat emas..
ye betul tue emas perhiasan kalau tak dipakai dlm tempoh setahun kena bayar zakat..
boleh bagi hadiah untuk isteri..
Setakat ni poket asyik rabak jerrr…camne nk simpan dinar emas….huhuhu
xpe org dh berfamili lain sikit..byk tanggungjawab..blh kumpul sikit2 menabung..dh penuh tabung blh beli dinar emas..
Emas perhiasan selalunya lebih mahal kerana harga upah tukang
Tu yang kurang nilai bila nak jual tu
ye betul upah tue mahal..so masa nak beli kena survey mana kedai emas yang murah upah tukang..
Ada niat hendak membeli emas tetapi belum lagi berbuat demikian. Baguslah pada usia muda sudah mula menyimpan emas.
beli sikit2 lama2 jadi bukit..takpe boleh beli bila masa2..
Ramai di kalangan org kita mesti suka kumpul emas fizikal atau g invest dkt mana pelaburan di Malaysia, termasok saya selalu bli emas dan join mana2 invest kt Malaysia sampai saya jd bosan ikut hrga emas dan invest kerana keuntungan sgt kecil dan byk susut nilai jika kita jual.. Alhamdulillah sy dpt kwn yg baik yg beri tips cara pelaburan yg betul dan sgt menguntungkn dan blh tgk duit kita tiap hri, dlm ac berubah dan enjoy nk withdraw anytime so Naik turun gold setiap saat keuntungan 100% bila invest di luar negara sedangkn dlm negara hanya beberapa % shja.. Itu pon byr hujung tahun deviden. Berbanding dgn gold price investment dari starling gold investment dh 23 thun di seluruh dunia operasi. Malaysia hanya org kya jer yg thu diorg x nk syer untuk kita sama2 untong dan kaya mcm diorg ?. apa yg kita tahu hanya investment yg tipu ramai org byk d Malaysia ini..yg betul investment hanya ada d luar negara shja.. knpa yer?apapon kita blom terlambat utk kita berubah fikiran untuk dpt keuntungan kita setiap saat so pilih lah investment yg real dn btul legal. ✌?
investment apa tu miss?legal dan sah disisi agama ke?
Jika merancang mahu beli emas perhiasan, mana satu cara yang bijak/menguntungkan? Trade in barang dan ambil yang baru ATAU Jgn trade (simpan barang tersebut) tetapi beli barang yang baru? Terima kasih atas pandangan puan.
Pada pendapat ciktom, jgn trade (simpan barang tersebut) tetapi beli barang yang baru..sebab bila trade in, harga emas tu kebiasaan susut sehingga 30%..jadi rugi kat situ..better beli baru dan simpan yg lama..
Terima kasih.
Satu lagi soalan saya, bukan semua org mampu utk beli emas saiz besar & padu. Jadi berbaloikah beli emas hollow (kosong di dalam)?
Bagi ciktom better kecik padu dari besar tapi hollow kat dalam..tapi tu bagi ciktom la..boleh tanyakan pada penjual emas juga..minta pendapat mana yang lagi better.