Resepi Bergedel Daging Cara Mudah dan Sedap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Kali ini cik tom nak share cara nak buat resepi bergedel daging cara mudah dan sedap. Resepi ini menggunakan bahan-gahan yang mudah didapati, senang untuk membuatnya dan insyaAllah sedap rasanya. Berdegel daging ini boleh dimakan begitu sahaja dengan sos cili atau boleh dimakan bersama mee sup, nasi ambeng dan sebagainya mengikut kesukaan masing-masing. Biasa beli satu biji bergedel daging ini harga dalam 50 sen- RM1. Cara nak buat berdegel ini senang je. So, kalau buat sendiri boleh makan banyak-banyak. hehe…
Bahan-bahan Resepi Bergedel Daging:
500 gram kentang (direbus dan dihancurkan)
200 gram daging kisar
2 biji telur (dipukul)
½ cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup (dimayang halus)
2 tangkai daun bawang (dimayang halus)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Secubit bahan perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara masakan Resepi Bergedel Daging:
1. Gaulkan semua bahan-bahan bergedel daging sehingga sebati kecuali telur dan minyak.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupkan adunan ke dalam telur yang telah dipukul.
4. Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan telur ke dalam minyak.
5. Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan minyak.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama mee sup, nasi air, makanan lain yang disukai atau makan begitu sahaja dengan sos cili.
Selamat mencuba resepi ringkas dan senang untuk dimasak iaitu Resepi Bergedel Daging ^_^
Sharing is caring
Belum pernah makan
Nama pun baru ini dengar
Bergedel, kenapa nama dia bergedel?
kalau xpernah makan..try la makan mmg sedap!emm cik tom xtau pulak kenapa nama bergedel..sebab bergedel ini asal masakan dari jawa..
bolehlah suruh orang rumah buatkan nanti..
try buat sendiri utk orang rumah..mesti happy incik suami tolong buatkan.. 🙂
wah sedap sgt. dah lma xmkn. balik rumah nnti nak try la^^
memang sedap bergedel..boleh cuba bila free2 nanti..
Bergedel adalah kegemaran saya. Terima kasih berkongsi resepi.
sama2..nanti boleh cuba utk orang rumah..
he masakan yng menjaid kegemaran ni klu bt hari2 untung dan tak perlu bli d luar sja
ye betul tue..fevret ni..
wahh..husna suka bergedel..eloklar..daging kisar dah lama ada dlm freezer..xtaw nk buat apa..cantikk!! thanx kongsi ciktom..
ramai yang suka bergedel kan..hee..sama2..selamat mencuba fatin.
My faveret tu Cik Tom…
boleh cuba buat kat rumah..sedap boleh makan banyak2..huhu
sedap tu,nak buat la
selamat mencuba anie!
INTI BEGEDEL BOLEH BUAT MURTABAK EH?
cik tom xtau la pulak boleh buat murtabak ke x?murtabak pun cik tom xpernah cuba masak lagi..makan memang favourite..hee
minat jugak dgn daging bergedel nih…cuma banyak kedai jual lebih kentang dr daging…..:), tu yg jadik kureng tuuu
memang kalau yang jual lebih kentang sebab deging mahal..buat sendiri boleh ikut selera nak banyak apa..
macm ni blh le cik tom kawin cpt2 hee..dah ada calon ke cik tom?
takde calok lagi suri..ada nak rekemen kan ke??hehehe ;p
senang aje buat bergedel ni. yang penting, mesti pedas. haha..
wah mesti dah biasa buat ni..memang lelaki serba boleh ni..
pernah buat sekali tapi orang-orang kat rumah tak suka makan bergedil.
eh? adik2 cik tom suka makan bergedil..
Bahan perasa tu apa? Hehe bru nak blajar masak
bahan perasa tue xnak letak pun boleh..perasa mcm “pasti sedap, secukup rasa” dan lain2 lagi..
Cuma lihat gambar air liuh I dah alir ngan x berhenti2. Mungkin boleh buat dan bagi I rasa ngan percuma? hehe..
Jom baca entri terkini Srii …Pakaian Tradisional di Malaysia Untuk Kaum Berlainan